Hai. Nama saya Wani. Budak biasa yang tiada apa-apa keistimewaan pun. Orang kata, setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Tapi, aku sendiri pun tak tahu apa kelebihan aku. Kalau nak senaraikan kelemahan pun, mungkin bukan senang nak senaraikan satu persatu guna lidah dan tangan sebab tiada manusia di dunia ini yang mahu mengaku kelemahan sendiri. Kelemahan, kelebihan, kekurangan, semua tu biarlah rahsia.
Aku ada kawan kembar. Nama dia Elyzar dan Elynur. Diorang ni kawan baik aku. Mula-mula, aku tak dapat bezakan mana satu elyzar, mana satu elynur. Muka sama. Ketinggian sama. IQ pun lebih kurang sama. Tapi, bila dah lama kenal, banyak perbezaan dia dari segi rupa, perangai, sifat, dan matang.
Elyzar ni adik tapi perangai dia lagi matang daripada Elynur. Peminat setia Ariana Grande. Gosip girl. Apa-apa saje perkembangan pasal artis, dia mesti tahu. Tapi artis orang putih je la. Artis melayu dia tak ambil tahu. Pandai english dan pandai merancang. Kami jadi besfren sejak kami sama kelas masa form3.
Elynur ni kakak tapi perangai dia keanak-anakan sikit. Dia ni pulak peminat setia 5SOS. Gelak kuat. Kami sama kelas masa form1. Dia selalu dapat nombor 1 dalam kelas. Dia pandai mathematics dengan english. Dan pandai berimaginasi. Kami jadi besfren sejak form3.
Kami kongsi cita-cita yang sama. Iaitu pergi disneyland sama-sama. Nampak simple kan? Sebab kami tak kaya. Takpe lah, asalkan kami ada memori untuk dikenang bila dah tua nanti. Sebab memori tu adalah benda percuma yang mahal kalau dijual.
YOU ARE READING
Dreamland
FantasyAku, Elyzar dan Elynur tersesat di dalam alam mimpi yang sama. Mimpi yang kalau difikirkan guna logik akal, memang tak logik. Orang kata mimpi tu mainan tidur tapi bagi aku, mimpi itu adalah dunia yang kita reka sendiri. Logik tak logik, itu lain ce...