Chapter 3

75 1 0
                                    

Pulang daripada tuisyen, aku terus menyusun jadul kelas dan menggosok baju agar pagi esok tak kelam-kambut. Seusai tu, aku terus membuat kerja sekolah.

Setelah semua kerja sekolah aku dah siap, aku pun mengemas meja belajar dan melemparkan badanku di atas katil.

"Selamat datang!" Mr.K memberikan tepukan kepada aku. Aik? Dia ni lagi?

"Ya. Saya lagi. Hahahahaha" Mr.K

Macam mana dia boleh tahu apa yang aku fikir?

"Hahahaha! Jangan terkejut. Saya dapat membaca minda awak. Kan saya dah kata, dalam dreamland ni, saya yang control segala-galanya. Hahahaha." Mr.K

"Sekarang ni apa yang awak nak?!" Wani

"Tenang. Tenang. Kenapa nak marah-marah ni? Awak sendiri yang tulis nama awak. Jadi, awak kenalah ikut cakap saya." Mr.K

"Baiklah. Apa yang awak nak daripada saya?" Wani

"Hmmmm. Game? Kita main game. Awak bertiga kan suka main game." Mr.K

"Ber... ber... bertiga? Apa maksud awak bertiga?" Wani

"Cuba tengok sana." Mr.K menuding jarinya ke utara. Di puncak bangunan lama yang paling tinggi.

Aku terkejut. Tergamam. Elyzar! Elynur! Elyzar dan elynur tergantung. Tangan dan kakinya diikat.

"Kalau awak nak selamatkan kawan awak, awak boleh tapi jangan ingat perjalanan ke sana sangat mudah. Dan untuk keluar daripada sini, awak kene pergi ke bangunan itu dan pergi ke puncak bangunan itu lalu terjun." Mr.M menuding jarinya ke arah yang berlawanan daripada bangunan yang tadi.

"Kedua-dua bangunan itu mempunyai jarak yang sama. Awak bertiga hanya dapat bertahan dalam dreamland ini selama 7 jam sahaja. Lebih daripada itu, awak bertiga akan terperangkap dalam dreamland. Dan itu bermakna dalam realiti, awak mati. Jam di tangan awak tu, menunjukkan masa yang diperuntukkan. Saya bagi awak 3 situasi,

Pertama, pergi selamatkan kawan awak dan awak bertiga kekal di dalam ini. Dan itu bermakna, awak bertiga jadi hamba abdi saya.

Kedua, abaikan kawan-kawan awak dan pergi ke bangunan itu seorang diri.

Dan ketiga, awak pergi selamatkan kawan awak, dan berharap awak dapat keluar daripada sini.

Kata kunci dalam dreamland ialah, imaginasi. Fikir guna otak. Dan berfikirlah sebelum bertindak. Jadi? Mana satu pilihan awak? Gudluck!"

Mr.K menghentakkan tongkatnya dan hilang daripada pandangan.

"Tit tit. Masa telah bermula."

Jam digital yang tadinya kosong kini aktif. Aku terus membuka langkah seribu ke arah bangunan utara untuk selamatkan mereka. Mana boleh aku tinggalkan mereka. Kawan adalah segala-galanya.

DreamlandWhere stories live. Discover now