Sebaik sahaja aku sampai di pintu bangunan utara. Aku melihat jam tanganku, lagi 6 jam! Aku menarik nafas dalam-dalam dan menerjah masuk bangunan itu. Aku berlari anak menaiki tangga dengan berhati-hati kerana ada sesetengah anak tangga, simennya telah hancur. Kini aku sudah sampai ke tingkat 25. Yang peliknya, aku tak berasa penat langsung. Tak sangka stamina aku kuat jugak rupanya. Rasa macam dalam game. This is amazing!
"Huh, takde la susah mana."
Tiba-tiba muncul ultraman bersaiz manusia daripada celah-celah bangunan itu dan terus menyerang aku. Ultraman? Biar betul? Aku mengelak dan cuba melarikan diri. Tapi, badan aku menjadi kebas tiba-tiba.
"Awak kena kalahkan dia!" Suara Mr.K bergema.
Tiada pilihan. Nampaknya terpaksa lah!
Aku menendang, dia mengelak. Aku tumbuk dia melibas. Semua serangan aku dia dapat elak. Aku melihat jam tangan aku, 30 minit berlalu? Badan aku dipenuhi luka dan darah. Manakala, badan ultraman tiada cacat cela pun. Tak boleh jadi ni. Aku kena fikir strategi. Strategi. Fikir. Kelemahan. Yesss! Kelemahan! Aku kena fikir kelemahan musuh untuk kalahkan musuh.
Kelemahan ultraman ialah kegelapan. Tapi, tempat ni dah memang gelap. Jadi maknanya, kena berlawanan. cahaya! Mana nak dapat cahaya? Cuaca di luar mendung. Fikir. Fikir. Fikir.
"Jangan ingat perjalanan ke sana sangat mudah." Kata-kata Mr.K terngiang-ngiang dalam kepala aku. Jangan ingat. Jangan ingat? Tu diaaaa! Aku faham! Aku tak dapat kalahkan ultraman sebab aku fikir perjalanan ke sini senang. Maknanya, aku kene fikir perjalanan ke sini sangat susah!
Aku pun tetapkan dalam mindset aku, "susah". Tiba-tiba aku terpandangkan kamera lama pada celah-celah runtuhan bangunan itu.
"Hesh susahlah macam ni. Kamera lama je ada."
Sebaik sahaja ultraman mula menyerang aku, aku menangkap gambarnya dan flash kamera berfungsi dengan baik. Dan ultraman terus hilang daripada situ. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke tingkat 50, puncak bangunan itu untuk selamatkan Elyzar & Elynur.
YOU ARE READING
Dreamland
FantasyAku, Elyzar dan Elynur tersesat di dalam alam mimpi yang sama. Mimpi yang kalau difikirkan guna logik akal, memang tak logik. Orang kata mimpi tu mainan tidur tapi bagi aku, mimpi itu adalah dunia yang kita reka sendiri. Logik tak logik, itu lain ce...