Chapter 10

55 1 0
                                    

En.Sabri : Tak mengapa la cik. Semua yang awak nyatakan tadi tu semuanya betul. Saya la pembunuhnya. Tapi macam mana awak boleh syak yang saya adalah pembunuhnya?

Wani : Hehe senang je.
Pertama, awak kata awak nampak perempuan berkemban yang memakai kain batik berwarna hitam sedang mandi di sungai. Tapi, yang sebenarnya perempuan itu memakai kain batik warna coklat. Pada pandangan awak, coklat tu bertukar menjadi warna hitam kerana awak memakai cermin mata hitam pada waktu itu.
Kedua, jumlah kayu api yang awak kutip tu sikit saje. Tapi, kesemuanya bukan kayu api. Pada pendapat saya, kalau orang yang mengutip kayu api pada jumlah yang sedikit walaupun sudah lama berada dalam hutan ini, adalah kerana orang tu sangat berhati-hati ketika mengutip kayu api.
Jadi, dari situ la saya mula curiga dengan awak.

En.Sabri : Oh begitu rupanya. Saya kalah dengan awak.

Hukuman telah selesai! Aku, Elyzar dan Elynur berasa sangat gembira dan tak sabar keluar daripada Dreamland ini. Aku meneliti jam tangan aku, 30 minit lagi.

"MR.K !!! KAMI DAH BERJAYA! WOIIII!! KAMI DAH BERJAYA!"

Namun tiada sahutan daripada Mr.K. Macam mana nak keluar daripada ruang masa ini? Macam mana nak pergi ke bangunan selatan? Dimanakah Mr.K? Fikir. Fikir. Fikir. Apa aku nak buat ni?

"Pertama, pergi selamatkan kawan awak dan awak bertiga kekal di dalam ini. Dan itu bermakna, awak bertiga jadi hamba abdi saya.

Kedua, abaikan kawan-kawan awak dan pergi ke bangunan itu seorang diri.

Dan ketiga, awak pergi selamatkan kawan awak, dan berharap awak dapat keluar daripada sini." Kata-kata Mr.K terngiang-ngiang dalam kepala aku.

20 minit lagi. Pilihan aku adalah pilihan yang ketiga. Jadi, apa aku nak buat untuk keluar daripada sini? Fikir. Fikir. Fikir. Hmmmm... Jadi.... Yes! Aku tahu! Aku kena berharap untuk keluar daripada sini.


"guys! Jom kita berharap untuk keluar daripada sini!" Kami semua berdoa agar dapat keluar daripada sini. Tiba-tiba, terdapat cahaya yang sangat cerah sehingga menyilaukan mata kami.

DreamlandWhere stories live. Discover now