Chapter 2

86 2 0
                                    

Suasana di sini sangat gelap, dingin dan sunyi. Aku diikat di atas kerusi. Kaki dan tangan aku diikat. Aku tak tahu dimanakah aku sekarang ni. Aku tak nampak apa-apa. Aku cuba menendang-nendang apa sahaja yang berdekatan. Namun, tiada apa pun yang dapat aku tendang. Semuanya kosong. Kat mana aku ni? Aku takut. Aku cuba meminta pertolongan. Tapi, mulut aku terkunci. Apa yang dah jadi sekarang ni? Aku cuba meronta-ronta. Mana tahu, ikatan aku makin longgar.

Tiba-tiba, aku terdengar suara garau. Dan muncul seorang lelaki bertongkat memakai topeng dan berbaju hitam. Walaupun gelap, tapi aku boleh nampak dia. Kerana ada lampu daripada atas. (Kira macam lampu pentas la)

"Jangan risau. Awak tak apa-apa."

"Si... si... sia... siapa tu?"

"Saya tiada nama. Tapi awak boleh panggil saya Mr.K"

"Mr.K, saya dekat mana ni?"

"Awak kini berada di dalam dreamland. Tahniah! HAHAHAHA" Gelak lelaki itu memecahkan kesunyian.

"D.. dreamland? Apa tu? Ma.. ma.. macam pernah dengar."

"Jangan jadi bodohlah budak! Awak bertiga sudah sertai kami. Takkan awak tak tahu?"

"hah?! Ohhh yang iklan tu." Aku bermonolog sendiri.

"Jangan menyesal. Fikir sebelum bertindak."

"Me... me.. menyesal?"

"Awak akan menyesal kalau awak tak gunakan anugerah tuhan yang paling penting iaitu otak. Dalam tempat ini, saya yang tetapkan peraturan. Sama ada awak boleh keluar ataupun tidak daripada tempat ni, semua tu, saya yang tetapkan. Gudluck! Jumpa lagi!"

Mr.K petik jari.

Aku terjaga daripada tidur aku. Nafas aku sangat kencang berbanding biasa. Peluh membasahi dahi aku. Apa tu? Apa maksud dia? Takpe. Nasib baik mimpi. Aku melihat jam dinding di bilikku. Fuh sudah pukul 5 petang.

Aku segera membersihkan diri. Solat asar. Beriadah. Makan malam. Solat maghrib. Dan bersiap ke kelas tuisyen.

Aku : Weh, tadi aku dapat mimpi pelik.

Elyzar & Elynur : Aku pun! *serentak*

Aku : Tapi aku punya mimpi pelik sangat sangat sangat sangat!

Elyzar & Elynur : Aku pun! *serentak*

Aku : Weh, aku serius ni. Aku mimpi.....

Aku menceritakan segala mimpi aku. Elyzar dan Elynur terkejut.

Elyzar : Weh aku pun.

Elynur : Aku pun. Aku ingat aku sorang je mimpi tu. Korang pun sama ke?

Aku : Hmmm.. A'ah

Elyzar : Takpe semua. Jangan takut. Mimpi kan mainan tidur. Lagipun, tak mungkin la iklan tu ada kaitan dengan mimpi tu.

Aku : Tapi, yang peliknya. Kenapa korang mimpi sama mcm aku?

Elynur : Entah. Takpe, abaikan je la. Mimpi mana boleh bersambung. Kita anggap je la yang mimpi tadi tu satu kebetulan. Dah kita kene fokus.

Kami segera menghentikan perbualan dan melupakan mimpi tadi.

DreamlandWhere stories live. Discover now