Chapter 7

64 1 0
                                    

"Sebagai hukuman, awak bertiga dicampakkan pada tahun 70-an. Untuk keluar daripada sini, awak bertiga dikehendaki menyelesaikan kes pembunuhan En.Irwan."

"Siapa En.Irwan? Bagaimana kami nak selesaikan kes tu kalau maklumat pasal dia pun kami tak tahu!" Aku risau.

"En.Irwan berumur 35 tahun. Bekerja sebagai peguam. Dia ditikam dengan pisau tepat pada jantungnya. Tapi tiada cap jari yang terdapat pada pemegang pisau itu. Pisau didapati masih baru dan 4 orang saksi menyatakan bahawa pembunuh memakai baju hujan, topi keledar, but, cermin mata hitam, penutup mulut dan memakai sarung tangan. Pembunuh berbadan kurus, tinggi kira-kira 175cm, dan berdasarkan bentuk badannya, keempat-empat saksi itu memyatakan bahawa ia adalah lelaki. Masa kematian adalah kira-kira 4 petang. Saksi tersebut adalah Pn.Maria, En.Hilmi, En.Sabri dan En. Taufiq. Jadi, semoga berjaya!" Mr.K memetik jari.

Kami sudah lengkap memakai seragam polis. Biliknya dalam keadaan kemas menandakan tiada pergelutan berlaku. Kemungkinan besar, pembunuh adalah seseorang yang dikenali mangsa. Mangsa mati dalam keadaan miring ke kanan. Tangan kirinya sempat menulis huruf 's' menggunakan darhnya. Mungkin ini adalah "dying message" daripada mangsa. Bekas isteri mangsa menyatakan bahawa pintu rumahnya sentiasa berkunci. Dan tiada tanda-tanda pecah rumah. Ini bermakna, pintu dibuka oleh mangsa itu sendiri.

Elyzar menyoal siasat saksi untuk mengetahui cerita sebenarnya.

Mengikut saksi,

Pn. Maria yang sedang menonton televisyen di rumahnya terdengar jeritan dari arah rumah En. Irwan. Lalu dia pun menjenguk untuk melihat apa yang terjadi. Orang yang mencurigakan berlari keluar dari rumahnya. Lalu Pn.Maria pun mengetuk rumah En.Irwan beberapa kali tapi tiada sahutan dari dalam. Disebabkan Pn.Maria berasa risau, dia pun membuka tombol pintu itu dan mendapati pintunya tidak berkunci. Pn.Maria pun masuk ke dalam rumah tersebut dan mendapati En.Irwan sudah mati di dapur.

Seterusnya, En.Taufiq yang baru sahaja pulang daripada kerja, ternampak lelaki mencurigakan berlari dengan pantas ke arah semak-samun. En.Taufiq pun mengejar lelaki itu kerana baju hujan yang dipakainya penuh dengan darah.

Semasa mengejar si pembunuh, En.Taufiq pun meminta pertolongan daripada En.Hilmi yang kebetulan sedang berjalan di kawasan itu untuk menelefon polis. En.Taufiq terus mengejar si pembunuh sehingga termasuk kawasan hutan. Sebagai bukti, ada perempuan yang sedang mandi berkemban di sungai itu pada waktu itu.

Semasa mengejar lelaki itu, En.Taufiq semakin lelah. Jadi, lariannya semakin perlahan. Dan lelaki itu semakin hilang daripada pandangannya. Tapi En.Taufiq tetap mengejar pembunuh itu berdasarkan titisan darah yang jatuh daripada baju hujan pembunuh tu.

Dan En.Sabri yang sedang mencari kayu api terlanggar dengan lelaki misteri itu. Tapi tidak sempat mengejar lelaki itu dan titisan darah tidak dapat kelihatan lagi kerana hari semakin gelap.

Elynur pergi ke dalam hutan untuk mencari bahan bukti yang ditinggalkan si pembunuh.

Tiba-tiba, hujan gerimis membasahi bumi. Oh shit! Bahan bukti akan hilang kalau macam ni. Nampaknya, Elynur sahajalah harapan kami sekarang ni.

DreamlandWhere stories live. Discover now