*kring kring*
Bunyi telefon dalam poketku berdering. Aku meraba-raba poket kananku.
"Fuyooo. Retro gila telefon aku." Aku gelak sorang2 dalam hati.
Wani : Hello?
Elynur : Wani, aku dah jumpa dah pakaian pembunuh. Cepatlah datang sini. Aku ada kat bawah pokok rambutan.
Wani : wei agak-agaklah bagi nama tempat. Mmg ada satu je pokok rambutan tu dalam hutan tu. *nada sinis*
Elynur : Habis kau nak aku cakap mcm mana? No 4, Jalan Engku Omar, Taman Usaha, 67548 Dreamland, Malaysia? Macam tu? Hutan kot. Mana ada nama tempat kat sini.
Wani : Ok ok takpe. Kau bg la hint sikit kau kat mana. Agak-agak, jauh ke daripada tempat En.Sabri jatuh tu?
Elynur : Haa tak jauh pun. Kau jalan dalam 50m dari tempat En.Sabri jatuh tu, kau nampak aku.
Wani : Ok ok aku datang. sekarang juga! Alang-alang tu kau cuba la cari bahan bukti daripada situ. *pandang jam tangan*. Kita kena cepat! Tinggal 2 jam 10 minit.
Elynur : Ok bos!
Kami mematikan telefon.
"Hmm Elyzar! Kau cari semua kenalan En.Irwan yang namanya mula dengan huruf S. Lepastu soal-selidik satu-persatu di manakah mereka pada jam 4 petang dan apa hubungan mereka dgn mangsa. Ingat! lelaki sahaja."
Aku bergegas ke tempat Elynur berada.
Sampai sahaja di tempat tu, Elynur menyatakan bahawa,
"Berdasarkan jarak antara titisan darah, Kesemua bahan ini dicampak daripada jarak yang jauh. Nampak gayanya, pembunuh tu ada tenaga yang banyak untuk campak kesemua pakaiannya sejauh ni. Jadi sah-sah la, Pembunuh tu adalah lelaki."
Aku pergi ke tempat kali terakhir titisan darah ditemui. Aku menoleh ke kanan dan ke kiri, mana tahu ada bukti lain yang ditinggalkan pembunuh. Bila aku terpandangkan daun di sebelah kiri aku, aku tersenyum. Yes! Bukti dah ada. Sekarang ni tinggal nak cari je siapa pembunuhnya.
"Tit tit. 5 jam sudah berlalu."
Cis. Aku kena cepat ni. Aku menggapai telefon bimbit untuk menelefon Elyzar.
Wani : Weh Elyzar! Macam mana?
Elyzar : Aku dah soal selidik kesemua kenalannya. Kenalannya yang mempunyai nama bermula dengan huruf S adalah seramai 50 orang. Dan kesemuanya ada alibi yang kukuh kecuali 5 orang daripada kenalannya iaitu En.Salleh, En.Syakir, En.Syamir, En.Syafiq dan En.Sabri.
Wani : Hmm kalau macam tu, kau bawa dorang semua ke sini.
Elyzar : Kau dah tahu ke siapa pembunuhnya?
Wani : Belum
Elyzar : Ingat Wani! Kita kena guna otak untuk keluar daripada sini.
Wani : Ye ye aku tahu. Kau bawa je diorang semua ke sini.
Aku segera mematikan telefon.
YOU ARE READING
Dreamland
FantasyAku, Elyzar dan Elynur tersesat di dalam alam mimpi yang sama. Mimpi yang kalau difikirkan guna logik akal, memang tak logik. Orang kata mimpi tu mainan tidur tapi bagi aku, mimpi itu adalah dunia yang kita reka sendiri. Logik tak logik, itu lain ce...