Chapter 1

106 5 0
                                    

8 Jun 2015

Harini hari isnin. Hari paling dibenci. Perhimpunan lama. Beg berat. Jadual padat. Balik lambat.

Sekarang ni waktu kelas ICT. Subjek paling kami benci. Masa cikgu mengajar, kami tak pernah tumpukan perhatian. Kami selalu main game. Maklumlah, komputer kene share. Jadi kami kongsilah bertiga.

Seperti biasa, kami main game masa cikgu mengajar. Tiba-tiba, muncul iklan yang entah dari mana datangnya. "DREAMLAND?". Tertera pada iklan tersebut,

"Sertai kami ! Segala impian anda akan jadi kenyataan. Jika anda ingin sertai kami, sila tulis nama ada di sini. Fikir sebelum bertindak."

Pada mulanya, aku tak ambil kisah pasal iklan tu. Tapi, disebabkan Elynur tertarik dengan iklan itu. Jadi, aku pun sertai dreamland tu. Aku, Elyzar dan Elynur pun tulis nama kami di situ. Sebaik sahaja kami tulis nama kami, iklan tu terus hilang.

"Aik? Hilang dah. Dasar penipu!" Elyzar.

"Aku dah kata dah. Buang masa je tulis nama kat situ" Wani.

"Dah dah. Abaikan la iklan tu. Jom kita sambung main game." Elynur.

Tik tok tik tok. Masa berlalu dengan pantas. Hari isnin memang hari yang memenatkan. Malam ni, ada kelas tuisyen. Pulang dari sekolah, aku terus melemparkan badanku ke atas katil, tiba-tiba mataku terasa sangat berat. Tanpa aku sedar, aku terlelap.

DreamlandWhere stories live. Discover now