🤍 BAB 48

7.5K 254 3
                                    

Selepas subuh, sibuk Aryssa periksa beg pakaian dan beg kerja Ku Adlee jika ada barangan suaminya yang tertinggal.

"Baju-baju abang, Aara dah pilihkan and masukkan dalam luggage abang tau," pesan Aryssa sambil mengambil minyak wangi jenama Tom Ford Oud Wood milik suaminya itu lalu dimasukkan ke dalam poket luggage.

Berkerut dahi Aryssa apabila tangannya terseluk sesuatu lalu dikeluarkan dari poket tersebut. Lama botol ditangannya itu ditenung.

"Aara..." perlahan Ku Adlee memanggil isterinya.

Mendongak Aryssa memandang ke arah suaminya.

"Abang ambil pil tidur?" soal Aryssa lalu berdiri menghadap suaminya yang sudah lengkap berkemeja hitam bersama seluar slack hitam.

"Abang dah lama tak ambil since kahwin dengan Aara. Abang bawak ubat tu in case dekat sana abang tak boleh tidur," jawab Ku Adlee. Nervous pula nak menjawab dengan bini. Confirm dia membebel ni karang. Getus hati Ku Adlee.

"Aara ingat insomnia abang tak teruk sangat. Tapi kalau sampai ambil ubat, abang dah di tahap kronik," ujar Aryssa perlahan.

Diam Ku Adlee berdiri tidak berkutik mahupun menjawab. Aryssa kembali memasukkan botol ubat itu ke dalam poket luggage dan kembali berdiri lalu dipeluk suaminya erat.

"I want to help you abang. Please, tell me how. I don't want you to take drugs just for sleep," rayu Aryssa. Tepat mata hitam suaminya direnung dalam. Tergamam Ku Adlee dengan tingkah isterinya. Ku Adlee menghela nafas lega.

"Just stay with me baby. That's all."

Terdiam Aryssa dengan jawapan ringkas Ku Adlee.

"Abang perasan, abang senang sangat tidur bila dengan Aara. I don't know what power do you have. Once Aara tepuk abang, belai abang, abang terus hanyut," jelas Ku Adlee diselangi tawa kecil.

"Abang sampai dah lupa betapa senangnya kita manusia untuk tidur bila kita rasa penat. Abang dah lama tak rasa nikmat tu. Penat dan tidur. Yang abang rasa sebelum ni, abang penat tapi abang keep awake. Tak boleh tidur. And it goes on and on sampai abang lali."

"Habis, macam mana nanti dekat sana. Aara tak ada..." soal Aryssa risau.

"Tak apa, dekat sana before tidur abang video call Aara macam yang Aara suggest hari tu. Boleh sayang? Abang cuba tak ambil ubat."

"Of course! Abang call je Aara tau. Ha! Kejap," Aryssa meleraikan pelukannya dan melangkah ke arah katil mereka. Night gown yang dipakainya malam tadi masih ada di atas katil tidak berbasuh. Aryssa mengambil baju itu dan dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam luggage milik suaminya.

Terangkat kening Ku Adlee memerhati kelakuan isterinya.

"Baju tu ada bau Aara. Nanti abang pakailah dekat sana waktu tidur," pesan Aryssa selamba.

Berkerut dahi Ku Adlee cuba mencerna kata-kata Aryssa.

"Gila jugak kepala kau ni baby," laju tangan Ku Adlee menyekeh kepala Aryssa perlahan. Terlepas tawa Aryssa melihat wajah kelat suaminya.

"Ala ala Aara gurau. Abang peluk lah baju Aara tu, mana tahu boleh lepas rindu sikit," pujuk Aryssa. Tersenyum Ku Adlee menatap wajah cantik isterinya itu.

"Okay baby, thank you!"

"Welcome! Dah jom, nanti abang lambat," pantas tangan Aryssa mencapai selendang hitamnya dan dililit ringkas di kepalanya sebelum beriringan dengan Ku Adlee menuruni tangga.

Kelihatan Pak Nik sudah menunggu Ku Adlee di tepi Vellfire milik keluarganya untuk menghantar Ku Adlee ke lapangan terbang.

"Aara jaga diri ya sayang. Apa-apa yang berlaku please report to me. Nak kemana-mana please inform Chad. He always on standby. Jangan bagi dia makan gaji buta boleh sayang?" panjang pesanan penaja Ku Adlee pada Aryssa. Diusap kedua belah pipi gebu Aryssa.

"Okay abang, Insyaallah. Abang pun jaga diri, jaga kesihatan dekat sana okay? Malam, jangan lupa call Aara before tidur tau," pesan Aryssa juga.

Tersenyum Ku Adlee lalu dicium dahi, hidung dan bibir Aryssa lama.

Pak Nik yang sedang berdiri tegak di luar terus berpaling membelakangi pasangan itu sambil meraba-raba pokok bunga mawar di laman rumah itu lalu bernyanyi kecil.

"Malam~ masih muda~ asal kau duduk macam tak buat apa~ bazir masa nak fikir tentang cinta~ ya aku sakit~ aku healing sampai pagi tak balik~ Oh noo~~~"

'Ahh, cantik jugak bunga rose ni. Haih, tahu lah aku ni bujang terlajak, ingat tak ada perasaan ke tengok orang bercium. Sob! Sob!' Rungut Pak Nik mengurut matanya yang sudah tidak suci itu.


"Astaghfirullahal'azim..." beristighfar Kamilah yang baru menuruni tangga. Terhenti langkahnya apabila melihat anak lelakinya sedap bercium dengan isteri di muka pintu.

Tersedar Aryssa lalu menolak kuat tubuh Ku Adlee.

"Kenapa tak cium dalam bilik Lee? Ni depan-depan pintu mencium bini. Tak kesian ke dekat Nik dekat luar tu ha dah mengira pokok bunga rose dah tu," tegur Kamilah. Tersipu-sipu Aryssa menutup wajahnya dengan tangan.

"Sorry, Lee lupa," tersengih kambing Ku Adlee membalas. Dipeluk Aryssa yang sudah menutup wajah akibat malu kantoi dengan ibu mertua.

"Kesian Aara, malu dia," kata Kamilah sambil tersenyum.

"Lee pergi dulu ya mama. Tolong tengokkan Aara ya ma?"

"Iya, Lee jangan risau," dibiar tangannya dicium Ku Adlee sebelum anak lelakinya itu masuk ke dalam perut Vellfire untuk bertolak ke lapangan terbang.

"Jom breakfast Aara. Kejap lagi Aara nak masuk kerja dah," pelawa Kamilah sambil menarik tangan Aryssa lembut menuju ke dapur.

"Okay mama. Mama nak air apa? Aara buatkan," tanya Aryssa sambil merangkul lengan ibu mertuanya itu.

"Mama nak teh tarik Aara boleh? Sejak minum teh Aara hari tu, mama dah tak jumpa dah teh sedap macam Aara buat." Tersengih Aryssa.

"Boleh mama. Mama duduk dulu, Aara buatkan."

Duduk mereka berdua mahu menikmati nasi goreng yang dibuat Yanti. Terpejam-pejam mata Kamilah menghirup teh tarik yang dibuat Aryssa.

"Argh, sedapnya Aara. Cukup kaw dia," puji Kamilah terangguk-angguk. Aryssa hanya tersenyum dan mula menyuap nasi goreng ke mulutnya.

"Aara, mama minta maaf bagi pihak mak long ya," perlahan suara Kamilah memecah sunyi mereka berdua.

"Mama tak sangka mak long boleh cakap macam tu dekat Aara."

Terhenti suapan nasi goreng Aryssa. Dipandang wajah sedih Kamilah di hadapannya.

"It's okay mama. Aara okay je. Mama janganlah risau," senyum Aryssa.

"Mama tahu Aara tak okay. Kalau mama dekat tempat Aara, mama dah kecil hati sangat-sangat."

"Sejujurnya, lepas mak long cakap macam tu, Aara mula terfikir-fikir. Macam mana kalau Aara ni betul-betul tak boleh bagi mama cucu? Apa Aara patut buat?" soal Aryssa serius.

"Jangan cakap macam tu Aara. Elakkan fikir benda yang belum terjadi. Lagi pun korang baru je kahwin. Jangan sesakkan fikiran dengan hal tu ya Aara. Just enjoy your marriage. Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk Aara dengan Lee. Jangan risaukan mama. Mama nak korang bahagia. Tu je dah memadai," pujuk Kamilah.

Risau melihat Aryssa yang kelihatan tenang dan baik-baik sahaja. Tidak tahu apa yang terkandung di dalam hati menantunya itu.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now