“Tak salah pun kalau kau nak menangis.”
Suara garau itu sedikit sebanyak membuatkan Hasya tersentak. Eh, sejak bila pula lelaki asing ini berada di sebelahnya?
Lelaki itu memandang kosong ke arah Hasya. Seketika, dia mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna coklat lalu dihulurkan kepada gadis tersebut.
“Nah, untuk cover muka buruk kau tu.”
Hasya mengemam bibir namun tangannya tetap mengambil sapu tangan tersebut. Air mata yang ditahan sejak tadi mula mengalir deras tanpa dipinta.
Hasya menangis tanpa suara. Dia turut melindungi wajahnya dengan menggunakan sapu tangan itu.Lelaki asing itu hanya berdiri bersebelahan dengan Hasya tanpa berkata apa-apa. Mujurlah tiada orang yang lalu-lalang di sini. Mungkin kerana suasana yang agak dingin pada hari ini membuatkan para pengunjung mengambil keputusan untuk meluangkan masa di dalam kawasan yang bertutup. Contohnya, kafe.
Hasya menyedut hingusnya buat kali yang terakhir sebelum dia memandang semula ke arah lelaki itu. Dia masih lagi tertanya-tanya siapakah lelaki ini namun persoalan itu hanya terkubur dalam mindanya begitu saja.
“Dah puas menangis?”
Hasya mengangguk.
“Thanks, rasa lega sikit bila dah dapat lepaskan semuanya. By the way, awak ni siapa?”
Lelaki itu tersengih lalu menggosok sedikit hidungnya yang sudah kemerahan akibat kedinginan.
“Just a stranger. Aku ada kat situ masa kau tengah bergaduh dengan jantan tu.”
Lelaki itu memuncungkan bibirnya sambil menunjuk ke arah tempat yang dimaksudkan.
Hasya hanya mengangguk kecil.
“Dahlah. Aku pergi dulu. Jaga diri kau baik-baik.”
“Eh, sekejap. Sapu tangan awak ni...”
“It's okay. Kau simpan aje la. Lagipun kau guna sapu tangan tu buat lap hingus kau, kan?”
Pipi Hasya serta-merta menjadi kemerahan. Lantas dia menyimpan semula sapu tangan tersebut ke dalam poket sweater yang dipakainya.
Belum sempat dia mengucapkan terima kasih sekali lagi, lelaki tersebut sudah pun jauh melangkah meninggalkan dirinya.
Hasya hanya mengukirkan senyuman kelat sambil melihat lelaki itu sehingga hilang daripada pandangannya.
“Terima kasih, orang baik.”
YOU ARE READING
ANTOLOGI CINTA, MUSIM LURUH - TERBIT
RomanceCinta, Musim Luruh. Menghimpunkan lima cerita pendek daripada lima penulis berbeza namun mempunyai satu tema yang sama iaitu musim luruh. 1) Qaseh Terindah Buat Thaqif oleh nasyanur 2) Fall, in Love oleh snowdream 3) Between You & Me oleh Ema Raima...