Fall, in Love - Blurb 8

206 14 0
                                    

#FallInLove

“Harees, janganlah diam macam ni. Awak marahkan saya ke? Kenapa?”

Harees menjeling sekilas tangan Hasya yang sudah memeluk erat pinggangnya. Dia cuba untuk berlagak tenang walaupun dadanya seperti hendak meletup ketika ini. Dalam diam dia mengagumi Hasya. Berani betul isterinya berbuat begini terhadapnya.

“Adira, aku tengah masak ni. Kalau tangan kau terkena periuk panas ni macam mana?”

“Tak nak. Selagi awak tak cakap kenapa awak tak tegur saya, selagi tu saya takkan lepaskan.”

Hasya cuba mengintai wajah lelaki itu dari tepi sambil tersenyum. Kenapa tiba-tiba dia dapat merasakan yang Harees seperti sedang merajuk dengan dirinya sekarang ini? Harees merajuk? Biar betul?

“Harees? Awak marah ya sebab Joon dan Dong Min datang berborak dengan saya?”

Harees mematikan api dapur. Dia mula memindahkan sup tersebut ke dalam mangkuk tanpa menghiraukan Hasya yang masih lagi memeluk erat tubuhnya itu.

Sudah beberapa kali Harees cuba untuk meleraikan pelukan tersebut tapi semakin kuat pula Hasya mengeratkan pelukan itu menyebabkan Harees mula melepaskan keluhan.

“Adira, sudahlah tu. Aku nak makan ni. Lapar.”

Tiba-tiba Harees dapat merasakan Hasya sedang menggeleng kepala sambil membenamkan wajahnya ke atas belakang lelaki itu.

“Tak nak. Awak tak jawab lagi soalan saya, Harees. Kalau tak, sampai esok kita akan berdiri macam ni.”

Nak tak nak, terpaksa juga Harees mengalah dan memusingkan tubuhnya. Kini, mereka sedang menghadap satu sama lain. Hasya mengambil kesempatan ini dengan meletakkan dagunya ke atas dada bidang suaminya.

“Awak jealous, kan?”

Hasya mencebik sambil menatap anak mata Harees yang berwarna coklat itu. Sengaja dia tayang wajah seposen agar Harees termakan dengan pujukannya itu.

“Dah tahu tu buat apa tanya lagi.”

Harees akhirnya mengaku. Laju dia melarikan anak matanya daripada memandang Hasya yang sedang tersenyum lebar. Ya, Harees mengaku yang dia cemburu apabila melihat isterinya berborak mesra dengan staf lelaki di pejabat mereka.

Bukan dia tak tahu bahawa ada sebahagian staf lelaki sudah mula menaruh hati kepada Hasya sejak gadis itu mula bertugas. Lagi membuatkan dia semakin cemburu apabila Joon yang merupakan kawan baiknya sendiri tiba-tiba menyuarakan hasratnya untuk mendekati Hasya.

“Awak yang salah, Harees.”

Terjungkit kedua belah kening Harees apabila Hasya berkata begitu. Eh, kenapa pula salah dia?

“Ya, salah awak. Awak yang cadangkan supaya kita sembunyikan tentang hal kita. Awak dah lupa?”

“Tapi tak perlulah sampai nak bermesra-mesra macam tu sekali. Kau tu isteri aku. Jaga batas kau sebagai seorang isteri. Cuba tegas sikit bila bercakap dengan diorang tu. Nada suara kau macam manja, tahu tak?
Lagi-lagi bila kau dah mula cakap Korea.”

Tangan Harees secara automatik naik lalu memeluk tubuh Hasya sambil meletakkan dagunya ke atas kepala isterinya itu.

“Manalah saya tahu. Takkan saya nak speaking dengan diorang sedangkan masing-masing tahu yang saya boleh cakap Korea. Tapi, kalau kita berterus-terang dengan diorang, saya yakin diorang pun takkan berani langgar batas tu. Joon dengan Dong Min takkan kacau isteri orang.”

Harees meleraikan pelukan mereka sambil memegang kedua bahu Hasya.

“Cincin yang kau pakai tu tak cukup lagi ke melambangkan yang kau ni isteri aku?”
Hasya menggeleng perlahan.

“Sebab ramai je staf perempuan yang masih belum berkahwin pakai cincin juga sebagai aksesori. Jadi diorang anggap itu benda biasa. Mun Hee dengan Ha Na pun belum berkahwin juga tapi masih lagi pakai cincin.”

Harees mula melepaskan keluhan. Dah tu, takkanlah dia perlu gantung papan tanda di leher Hasya pula dengan menyatakan bahawa Hasya ini adalah isteri dia?

“Hmm, aku tak faham betul dengan culture kat company ni.”

Hasya tergelak kecil sambil mencuit hidung Harees menyebabkan lelaki itu turut melepaskan tawa.

“Awak pun satu. Mengaku jelah yang saya ni isteri awak. Buat apa nak simpan lagi? Macamlah kita ni buat kerja illegal.”

ANTOLOGI CINTA, MUSIM LURUH - TERBITWhere stories live. Discover now