#FallInLove
“Emm, Hasya. Awak free tak weekend ni? Ada kafe baru buka kat area sini. Awak nak try? Kita boleh pergi sana sama-sama. Awak jangan risau. Kafe tu halal.”
Hasya hanya tayang senyuman segaris. Inilah antara
sebab kenapa dia tidak mahu untuk merahsiakan tentang perkahwinan antara dia dan Harees. Sudah beberapa ajakan yang dia terpaksa tolak kerana memikirkan batasnya sebagai seorang isteri. Tapi Harees mana faham semua itu.“Kafe? Oh, nice juga. Kita boleh pergi sama-sama lunch nanti, nak tak?”
Hasya spontan memandang ke arah Dong Min, Mun Hee dan Ha Na bersilih ganti sambil menanti balasan daripada mereka. Hmm, mujurlah ada mereka bertiga.
Bolehlah juga Hasya mengambil peluang untuk mengelakkan diri daripada menerima ajakan tersebut.Dong Min sudah pun sembunyi senyum. Padanya Hasya itu terlalu polos kerana tidak menyedari bahawa Joon sedang cuba untuk mengajaknya lunch date bersama.
Joon pula sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Hasya ni benar-benar tidak faham ataupun sengaja berpura-pura tidak faham? Susah juga rupanya nak mengorat gadis ini.
“Err, maksud saya…”
Belum sempat Joon menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba kedengaran suara seseorang berdeham berhampiran dengan mereka. Joon mengolengkan mata. Bau haruman wangian yang menusuk rongga baunya itu sudah cukup memberitahu siapakah gerangan yang tiba-tiba mengacau rancangannya untuk mengajak Hasya keluar.
“Joon, Operation department perlukan kau untuk reformat dua buah laptop diorang sekarang.”
Sekali lagi Joon menggulingkan mata. Heh, masa ni pula la ada kerja yang menanti. Tak sempat dia hendak berborak panjang dengan gadis manis di hadapannya.
“O… okey. Baik,” balas Joon lalu memandang semula ke arah Hasya. “Tak apalah, Hasya. Nanti kita plan lagi sekali.”
Hasya hanya mengangguk namun anak matanya sempat mengerling wajah Harees yang dingin itu.
Bukan setakat dingin malah wajahnya kelihatan tegang saat ini. Harees marahkan siapa pula?“Dong Min, kau kata pc kau ada masalah?” Pandangan Harees kini beralih kepada Dong Min.
Dong Min yang tersentak itu mula terkial-kial lalu kembali semula ke meja kerjanya.
“A… ada. Aku nak minta tolong kau tengokkan software yang aku tengah guna ni. Macam ada problem sikit sebab dari pagi aku cuba run tapi asyik error saja yang ada.”
Harees turut melangkah ke arah meja kerja Dong Min lalu mendapatkan personal computer lelaki itu tanpa sedikit pun memandang wajah Hasya.
Hasya mencebik. Dia menghadap semula skrin komputer untuk menyambung kerjanya yang tertangguh. Belakang tubuh Harees yang sedang berdiri di sebelah Dong Min dijeling sekilas. Sekalipun diri itu sedang berada dalam keadaan bad mood, takkanlah tak sudi langsung hendak memandang wajah isteri walaupun cuma sesaat.
Huh, sombong betul!
YOU ARE READING
ANTOLOGI CINTA, MUSIM LURUH - TERBIT
RomanceCinta, Musim Luruh. Menghimpunkan lima cerita pendek daripada lima penulis berbeza namun mempunyai satu tema yang sama iaitu musim luruh. 1) Qaseh Terindah Buat Thaqif oleh nasyanur 2) Fall, in Love oleh snowdream 3) Between You & Me oleh Ema Raima...