Fall, in Love - Blurb 12

240 11 0
                                    

#FallInLove

“Harees!”

Suara nyaring itu telah berjaya menarik perhatian pasangan tersebut termasuklah Joon yang berada di hujung rooftop itu.

Wajah Harees mula berubah sebaik sahaja dia melihat kelibat wanita yang memanggil dirinya.
Hasya pula mengetap bibir sambil melihat Luna melangkah laju ke arah mereka berdua.

“Puas I cari you, kat sini rupanya.”

Laju sahaja Luna menghampiri Harees sambil tersenyum mesra menyebabkan Hasya mula berasa tidak sedap hati dengan tingkah wanita itu.

“Kau nak apa?” soal Harees. Dia turut menjarakkan sedikit tubuh apabila Luna seperti ingin memeluk lengannya.

“Saja. I rindukan you. Kenapa sejak akhir-akhir ni you selalu reject call I? Dulu tak ada pun macam ni. Sampai hati you, Harees.”

Luna sengaja merapatkan tubuhnya ke tubuh Harees sehingga Harees dapat merasakan lekuk tubuh wanita itu. Harees lantas berdecit perlahan lalu berdiri di sebelah Joon yang sudah pun berada berdekatan dengan mereka.

“Kau jangan nak mereka-reka cerita, Luna. Sejak bila pula aku layan call kau ni?” Harees mendengus kasar.

Hati mula mendongkol geram dek perangai Luna yang dikira sudah melampaui batas. Apa yang dikatakan oleh Luna itu hanyalah dusta semata-mata. Dia sendiri langsung tidak pernah menerima apa-apa panggilan daripada Luna selama ini.

Luna mencebik. Sesaat, dia mengerling tajam ke arah Hasya yang masih lagi berdiri sambil memerhatikan mereka berdua. Seingatnya, inilah budak baru yang dia jumpa sewaktu dia mencari Harees di pejabat pagi tadi.

“Harees, you kenal ke dengan budak baru ni?”

“Sejak bila kau ada kat sini?” Joon segera mencelah tatkala dia melihat raut wajah Hasya mula berubah apabila ditegur oleh Luna. Dia sempat memincingkan matanya ke arah Luna yang tidak segan silu mencari Harees setelah apa yang dia telah lakukan kepada lelaki itu.

Luna tersenyum sinis lalu menyilangkan tangan ke dada.

“Joon, kau masih tak berubah. Tapi jangan risau. Aku bukan nak jumpa kau. Aku datang sini nak jumpa Harees. Tak salah pun kalau aku jumpa teman lelaki aku, kan?”

Ayat terakhir Luna membuatkan Hasya tergamam. Tanpa dia sedar, tubir matanya sudah berasa hangat.

Luna adalah teman wanita Harees? Jadi adakah ini alasan Harees mahu merahsiakan hubungan mereka berdua? Adakah ini juga bermaksud yang Harees masih mencintai Luna?

“Eh, budak baru. Kau tak nak sambung buat kerja ke? Atau kau memang suka curi tulang?”

Sindiran Luna menyentakkan Hasya. Dia lantas menundukkan sedikit kepala sebelum beredar dari situ.

“Ma… maaf. Saya balik dulu.”

Langkahnya dipercepatkan. Hasya ingin meninggalkan tempat ini secepat yang mungkin. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya tumpah sewaktu dia menuruni anak tangga.

Harees, kenapa awak perlu tipu saya?

ANTOLOGI CINTA, MUSIM LURUH - TERBITWhere stories live. Discover now