“Sorry, Hasya. Sa… saya menyesal. Kita tak patut berpisah. Saya nak fix semula hubungan kita, boleh kan?”
Hasya sudah menayangkan muka menyampah. Anas ni dah tertelan ubat gegat agaknya. Hari itu bukan main lagi berlagak sombong. Sekarang, tengoklah. Siapa yang merayu dekat siapa?
“Mengarut betul kau ni. Pergilah cari Dina tu. Cari aku buat apa?”
Anas mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia mati akal kerana dia tidak sangka Hasya boleh berubah secara mendadak seperti ini. Lain benar dengan apa yang dia bayangkan setelah mereka berpisah.
“O… okay then, kalau kita tak dapat jadi macam dulu pun sekurang-kurangnya kita boleh jadi kawan biasa. Tak salah kan?”
“Kawan? Dengan kau? Maaf. Aku tak berkawan dengan pengkhianat macam kau.”
“Kenapa tak nak? Bukannya salah pun kalau kita berkawan.”
Hasya mengeluh kecil. Kedua tangannya sudah mula terasa kebas akibat menjinjing beg plastik yang berat terlalu lama. Hmm, menyesal pula keluar bersendirian. Kalau ada Harees, sudah pasti Anas tidak berani mendekatinya.
Tiba-tiba, Anas menjerit kecil apabila dia merasakan tangannya direntap oleh seseorang dari belakang. Hasya turut terkejut dengan tingkah Anas itu.
“Aku tak rasa kau pekak dan aku tak rasa kau bodoh sebab kau pun sedang buat MBA, kan?” Harees terus melepaskan tangan Anas lalu berdiri di hadapan Hasya.
Hampir jatuh rahang Hasya sebaik sahaja dia melihat Harees kini sedang berdiri di hadapannya, seolah-olah ingin melindungi dia daripada diganggu oleh Anas.
Anas meringis sambil menggosok kasar tangannya. Cis!Siapa pula jantan tak guna ni? Tiba-tiba saja muncul di hadapan mereka berdua.
“Harees? Apa awak buat kat sini?” Hasya menjengketkan kakinya sambil berbisik di telinga lelaki itu.
Harees hanya mengerling lalu mengabaikan soalan Hasya. Matanya masih lagi memandang tajam wajah lelaki di hadapannya ini membuatkan Anas berasa sedikit gerun dengan pandangan tersebut.
“Ha… Hasya, awak kenal dia? Dia kawan awak ke?”
“Dia isteri aku jadi aku harap kau jangan ganggu dia lepas ni. Aku takkan teragak-agak untuk ambil tindakan kalau kau masih teruskan niat kau tu.” ujar Harees berbaur amaran.
Anas menelan perit liurnya. Isteri? Sejak bila pula Hasya berkahwin? Paling tak masuk dek akal, gadis itu sudah pun berkahwin selepas mereka berpisah.
“Isteri?”
Anas cuba memandang Hasya bagi mendapatkan jawapan namun gadis itu hanya buat tidak peduli terhadapnya. Lagi pula tubuh Harees yang agak tinggi darinya itu menyukarkan dia untuk berbicara dengan Hasya.
“Ya, dia isteri aku!”
![](https://img.wattpad.com/cover/345748405-288-k199614.jpg)
YOU ARE READING
ANTOLOGI CINTA, MUSIM LURUH - TERBIT
RomanceCinta, Musim Luruh. Menghimpunkan lima cerita pendek daripada lima penulis berbeza namun mempunyai satu tema yang sama iaitu musim luruh. 1) Qaseh Terindah Buat Thaqif oleh nasyanur 2) Fall, in Love oleh snowdream 3) Between You & Me oleh Ema Raima...