Fall, in Love - Blurb 9

200 12 0
                                    

#FallInLove

“Hasya, boleh tak tolong check sama ada rekod payment client ni tally tak dengan cadangan bajet yang kita buat sebelum ini?”

Hasya tersentak seketika sebelum dia mula mengukirkan senyuman buat Dong Min. Alahai, minta-minta la Dong Min tidak perasan dengan apa yang dia buat sebentar tadi.

“Ba… baik. Nanti saya check.”

Dong Min masih tidak berganjak dari situ. Keningnya digaru sekilas. Dia kemudian menyeluk kocek seluarnya lalu menghulurkan sekeping coklat kepada gadis itu.

Berkerut seribu dahi licin itu sewaktu melihat coklat tersebut yang sudah pun berada di atas meja.

“Untuk apa ni?”

“Saja. Muka awak nampak stress dari tadi. Orang kata makan dark chocolate boleh bantu kita untuk kurangkan tahap stress.”

Hasya hanya tersengih. Kepingan coklat bar ditilik seketika sebelum dibuka pembalutnya.

“Ha, kan bagus senyum macam ni. Tak baik kalau stress sangat. Tak elok untuk kesihatan.” ujar Dong Min sambil memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket seluar. Hatinya mula kembang setaman apabila melihat gadis idamannya itu menerima pemberiannya.

“Ada sesiapa boleh tolong uruskan dua invoice ni secepat yang mungkin tak? Aku nak urgent.”

Kini semua mata memandang ke arah Harees yang sedang berdiri berhampiran dengan meja Hasya.
Suasana pejabat itu turut menjadi sunyi sepi. Manakan tidak, masing-masing tersentak apabila mendengar suara Harees yang menerjah mereka secara tiba-tiba.

Hasya turut tidak terkecuali. Kelam-kabut dia memeriksa rekod bayaran yang telah diberikan oleh Dong Min sebentar tadi. Dong Min yang masih berdiri di sebelah tidak dipedulikan. Dia sengaja berpura-pura sibuk kerana tidak mahu menatap wajah tegang Harees ketika ini. 

Bibirnya menyungging senyuman sinis tatkala melihat
Dong Min masih lagi setia berdiri di sebelah Hasya. Lantas Harees mengatur langkahnya mendapatkan lelaki itu. Dia turut menghulurkan invoice yang
dimaksudkan kepada Dong Min.

“Selesaikan invoice-invoice ni secepat yang mungkin. Bos nak jumpa client selewat-lewatnya pagi esok.”

Dong Min sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Walaupun bukan dia yang sepatutnya menguruskan bahagian invoice namun dia tetap mengambilnya juga. Kata-kata Harees itu seolah-olah bukan permintaan tetapi lebih kepada arahan.

“Err, o… okey,” ujar Dong Min seraya pulang semula ke meja kerjanya.

Harees bergegas keluar dari situ menyebabkan mereka semua tertanya-tanya apa yang terjadi kepada lelaki itu. Inilah kali pertama mereka melihat wajah tegang Harees yang seperti sedang menahan marah.

“Kenapa dengan Harees hari ini? Nampak macam bad mood. Tak pernah lagi tengok dia dalam keadaan macam tu.”

Mun Hee mula mengherotkan bibirnya sambil cuba memikirkan sesuatu. Ha Na turut mengangguk tanda setuju dengan kata-kata kawannya itu.

“Tak sure. Client dia buat hal lagi agaknya.”

Hasya memutarkan bebola mata sewaktu mendengarkan perbualan Mun Hee dan Ha Na itu. Bibirnya sengaja dijuihkan. Dia tahu Harees bukannya bad mood disebabkan client tapi disebabkan diri sendiri yang tidak dapat menahan diri daripada rasa cemburu apabila melihat Hasya dan Dong Min berbual sebentar tadi. 

Itulah. Nak take it slow sangat, kan?

ANTOLOGI CINTA, MUSIM LURUH - TERBITWhere stories live. Discover now