Fall, in Love - Blurb 6

236 16 0
                                    

#FallInLove

“Makan malam dah siap. Kau nak makan sekarang?”

Hasya mengangkat sedikit kepala sambil melihat ke arah meja makan. Meja itu sudah pun dipenuhi dengan pelbagai hidangan yang telah disediakan oleh Harees sedikit sebanyak membuatkan perutnya mula terasa lapar.

“Sedapnya bau. Awak masak apa?”

“Sup ayam, telur dadar dan sayur campur. Itu je yang aku mampu buat. Aku cuma reti masak masakan Melayu aje.” tutur Harees. Tangan kanannya turut dihulurkan kepada Hasya.

Gadis itu bingkas menyambut tangan Harees lalu bangun daripada pembaringan. Mereka berdua kemudian mengatur langkah masing-masing ke arah meja makan. Sempat juga Hasya menghidu bau sup ayam tersebut sebelum dia melabuhkan duduk. Manakala Harees pula mengambil tempat bertentangan dengan Hasya.

“Tiba-tiba rasa lapar pula bila bau sup ayam ni. Buat saya terliur.”

Harees hanya tersengih ketika melihat tingkah Hasya yang masih lagi tidak berhenti mengambil bau sup ayam itu. Tangannya pula lincah menyenduk nasi untuk mereka berdua.

Selesai membaca doa makan, Hasya terus menjamah tanpa melihat kiri dan kanan membuatkan Harees sembunyi senyum. Dah lapar sangat agaknya.

“Emm, Harees. Awak tak rasa ke kita patut beritahu
diorang tentang kita berdua?”

Hasya mengunyah perlahan sambil menunggu jawapan. Harees pula nampak seperti sedang memikirkan sesuatu sambil menghabiskan kunyahan pertamanya.

“Aku rasa kita patut rahsiakan pasal hal ni buat sementara waktu.”

Wajah Hasya hanya mempamerkan senyuman kelat tatkala dia mendengar jawapan yang diberikan oleh suaminya. Perlahan-lahan dia mengangguk tanpa berniat untuk melanjutkan perbualan mereka. Entah mengapa, jawapan yang diberikan oleh Harees itu sedikit sebanyak telah membuatkan hatinya sedikit terusik.

Dia tidak faham dengan tindakan Harees. Kenapa Harees beria hendak menyembunyikan hubungan mereka berdua daripada pengetahuan orang ramai? Harees sudah mempunyai calon isteri yang sepatutnya ke? Tapi kalau betul ada, kenapa lelaki ini masih lagi menerima cadangan kedua orang tua mereka untuk menikahi dirinya?

Masih segar lagi di ingatan Hasya tentang kata-kata Harees sewaktu mereka berdua bertemu untuk kali kedua, Kata Harees, cinta itu boleh hadir pada bila-bila masa. Namun bagaimana pula cinta itu hendak berputik sedangkan hubungan mereka sendiri masih lagi berada dalam keadaan sama-samar dan tidak pasti?

ANTOLOGI CINTA, MUSIM LURUH - TERBITWhere stories live. Discover now