Fall, in Love - Blurb 13

447 8 0
                                    

#FallInLove

Joon senyum nipis sambil menghulurkan sehelai tisu kepada Hasya.

Hasya mengambil tisu tersebut lalu mengelap sisa air mata yang sedang menghiasi ruang wajahnya.

“Saya kenal Harees sejak  zaman belajar. Saya yakin yang dia takkan mengecewakan awak. Awak cuma perlu bagi dia masa dan percayakan dia, boleh?”

“Entahlah, Joon. Saya takut dia akan tinggalkan saya. Saya dan dia berkahwin sebab keluarga kami. Saya belum kenal sepenuhnya siapa diri Harees yang sebenar. Macam mana saya hendak percayakan dia?”

“Apa yang saya boleh katakan yang Harees takkan sekali-kali tinggalkan awak dan buat awak kecewa. Saya boleh je ceritakan kat awak segalanya tentang Harees tapi ada baiknya awak tanya dia directly.”

Sebuah keluhan dilepaskan. Kata-kata Joon masih belum mampu  untuk membuat dia rasa tenang.

Mungkin betul apa yang Joon cakap. Dia perlu tanya sendiri kepada empunya badan untuk mengetahui tentang perkara sebenar.

“Oh, wow! Aku tak tahu korang berdua ni err... dating?”

Joon berdecit perlahan. Dia sempat menggulingkan mata sebaik sahaja melihat Luna sedang berjalan beriringan bersama Harees melangkah masuk ke dalam ruang pantri.

Manakala Hasya hanya mendiamkan diri sambil menundukkan wajah. Dia tidak mahu Harees melihat dia dalam keadaan begitu.

“Budak baru, tolong ambilkan I plain water kat dalam fridge. I tiba-tiba rasa dahaga pula.”

Harees mengetap rahang. Wajahnya mulai berubah tegang. Hatinya menyumpah seranah akan tingkah Luna yang sewenang-wenangnya memberi arahan kepada isterinya. Hasya itu bukan orang suruhan untuk dia perlakukan sebegitu rupa!

Nak tak nak Hasya terpaksa turutkan sahaja arahan Luna. Dia tidak mahu mencari masalah dengan wanita itu lebih-lebih Luna merupakan anak kepada pengarah syarikat ini. Namun, suara Harees yang kedengaran keras itu mematikan langkahnya untuk berbuat demikian.

“Kau bukannya cacat, Luna. Pergi ambil sendiri. Hasya, pergi masuk office semula.”

Hasya memandang kedua wajah itu bersilih ganti. Kedua-duanya menunjukkan wajah tegang masing-masing menyebabkan Hasya tiba-tiba terasa kecut perut.

“Hasya, abaikan arahan Luna. Jom ikut saya.”

Joon menarik lengan Hasya yang berlapikkan kemeja lengan panjang gadis itu lalu meninggalkan Harees dan Luna berdua di situ. Dia sendiri sudah malas hendak melihat kerenah Luna yang sengaja ingin membuli Hasya dan menyakitkan hati gadis itu.

Luna menghentak perlahan kedua kakinya sambil menjeling tajam Harees yang berada di sebelahnya.

“You ni kenapa nak bela sangat budak baru tu?”

Harees memutarkan bebola mata sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Hasya adalah isterinya. Sudah semestinya dia akan membela isteri sendiri!

“Kau kata nak bincang sesuatu dengan aku sebab itulah aku ikut kau ke sini. Tapi nampak macam tak ada hal penting yang hendak dibincangkan.”

“Mestilah ada! I nak kita jadi macam dulu. I tahu I salah sebab I tak dapat bezakan yang mana permata, yang mana kaca. I tak patut buat macam tu kat you dulu. I dah menyesal, Harees. Maafkan I?”

*****

Info :-

Pra tempahan Cinta, Musim Luruh telah pun dibuka. Tarikh tutup pra tempahan adalah pada 21 Disember 2023. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan antologi Cinta Musim Luruh ni boleh terus berkunjung ke IG penulis atau penerbit.

IG penulis : __snowdreamm

IG penerbit: lucyanapublication

Untuk sebarang pertanyaan boleh terus pm kami di IG. ❤️

ANTOLOGI CINTA, MUSIM LURUH - TERBITWhere stories live. Discover now