WARNING!⚠⚠
THIS IS MY FIRST KARYAKalau rasa ada kekurangan pada story rea ini, rea minta tolong jasa baik readers untuk doakan rea, supaya dapat tulis dengan lebih baik!
DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
✨▫◽⭐☣↩
MI ENEMIGO MI AMOR,
MEMBUKA TIRAI
↪☣⭐◽▫✨✏✏
Enjoy Your Reading! 🌹
Petang itu , sang isteri leka melayani perasaannya sambil termenung di balkoni penthouse miliknya dan Altezza.Tepat pukul 6:40 petang, si suami pulang ke rumah, semenjak wanita kesayangannya itu membawa malaikat kecil mereka , dia mengusahakan untuk pulang lebih awal ke rumah.
"Assalamualaikum! Di manakah bidadariku?" Altezza memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke rumahnya.
Dua minit berlalu, namun tiada sahutan dari Fayyana. Altezza hairan, mengapa isterinya tidak menyambut kepulangannya pada hari ini.
"Sayang?" Suara Altezza kedengaran kuat tapi masih lembut memanggil sang isteri.
Tiada sahutan dari sang isteri membuatkan Altezza kalut mencari isterinya
"Sayang" Altezza melaung , masih tiada sahutan.
"Precious angel!" masih tiada yang menjawab.
"Little kiddo!" Nada suaranya meninggi namun masih lembut.
Jiwa Altezza diragut kerisauan , langkah kaki diatur ke bilik utama mereka. Berdesup laju dirinya menaiki tangga. Sampai sahaja di depan pintu bilik, tangannya kalut membuka pintu.
Seusai membuka pintu, matanya terkunci pada tubuh kecil yang sedang termenung di balkoni. Altezza menghembus nafas lega.
Altezza berjalan masuk ke bilik menuju ke arah isterinya, tangannya memeluk pinggang isterinya, dagunya disangkut ke atas bahu isterinya.
Sang isteri tersentak lalu tersenyum ke arah Altezza.
"Oh my abangkuuu" sapanya lembut.
"Bila abang balik? Abang nak makan? Dira minta maaf sebab tak sambut abang balik" ujarnya kepada Altezza.
"Nahh, it's okay little kiddo, abang tau yang sayang penat kan. Abang baru je balik. Kalut abang cari sayang tadi, Kenapa termenung ni?" Dia memandang raut wajah isterinya, ingin mengesan sebarang kegusaran yang sedang bermain di dalam kepala isterinya.
"Ada masalah yang abang tak tau ke? hm?" soal Altezza lembut.
"Takde ape la abang. Dira cuma fikir pasal Alif Teega tuu, sanggup dia duakan bini dia, bini dia tu dahla cantik, bekerjaya,berdikari, berduit, tang mana lagi kurangnya, dira tak tau la. Kesian isteri dia. Dasar suami tak bersyukur!" luah si isteri.
"Ha, abang pun jangan nak berkenal kenalan dengan wanita lain eh? Kalau dira tau abang ada scandal, siap abang, dira kerjakan. Try la kalau nak lepak underground awal" tegas si isteri berkata.
Altezza tergelak lembut. Sampai begitu sekali overthinking wanita kesayangannya. "Jiwa, raga, cinta dan kasih abang ni hanya untuk Nur Fayyana Indira . Selepas mama dan Azreanna , hanya bidadari abang nilah yang teristimewa di hati abang. Jangan risau Tengku Altezza Zayyan hanyalah untuk Nur Fayyana Indira selama lamanya. I'm yours, sayang" Altezza membalas seraya mencium pipi Fayyana dengan lembut.
Fayyana terasa yang pipi nya membahang merah tatkala suaminya mencium pipinya.
Altezza tertawa melihat pipi merah isterinya.
"Alahai, comelnya mak buyung ni. Blushing pulak dia" usik Altezza sambil mengusap perut bunting Fayyana.
"M-mana ada!" Fayyana mencantas laju. Manakala Altezza tersenyum senget.
"You cannot lying, little kiddo" Altezza berkata dengan nada husky. Saja nak usik mak buyung.
"Assalamualaikum, anak papa, anak papa dekat dalam tu macam mana? sihat tak? Cukup makan tak? Harini ada mengidam nak makan apa apa tak? Hmm?". Dikucup lembut perut isterinya.
"Anak papa jangan buat macam-macam dekat ibu tau, kesian ibu ni tau. Nak bawak anak papa kehulu kehilir lagi, dah la ibu anak papa ni pendek je" Altezza seolah olah berkomunikasi dengan bayi yang berusia 8 bulan yang dikandung Fayyana.
"Tsk.. aduh" Niat ingin memarahi Altezza kerana mengatakan dia pendek tidak jadi , sebaliknya Fayyana mengaduh sakit.
Dahi Altezza berkerut risau.
"Kenapa ni, sayang? Ada sakit mana-mana ke?" nada Altezza kedengaran risau.
Fayyana tertawa lembut sambil mengusap perutnya "Anak papa ni, aktif sangat, ditendangnya perut ibu".
Altezza tersenyum lembut.
"Anak papa ni, papa baru je pesan jangan buat macam-macam dekat ibu, kan? Tak nak dengar cakap papa macam ibu jugak ke sayang?" Altezza mengucup pipi isterinya.
Wajah Fayyana sudah masam mencuka bila suaminya berkata bahawa Fayyana degil dan tidak mendengar kata suaminya. Padahal elok je dia ikut every single thing apa yang suami dia suruh.
Eleh penipu yang kau degil nak makan aiskrim pastu merajuk masa Altezza tak bagi tu ape bende!
Altezza tertawa lembut melihat wajah isterinya yang masam mencuka tu. Dikucup lembut pipi nyawanya itu.
"Alalalala, masamnya muka mak buyung ni, ala sayang, abang gurau jelah, sayang" Nada memujuk dikeluarkan untuk mencairkan hati isterinya.
"Ish abang ni hmph" Fayyana mendengus perlahan.
Mendengar dengusan Fayyana membuatkan ketawa Altezza meletus. Spontan tangan Fayyana memukul lembut tangan kekar Altezza.
"Abang, abang nak anak lelaki ke perempuan?" soalan Fayyana membuatkan Altezza terdiam sebentar
"Hmm,abang tak kesah lelaki atau perempuan, sempurna dari segi fizikal dan mental ataupun tak, sebab bagi abang, anak ni anugerah daripada Allah yang kita kena sayang dan jaga. Tak kira jantina atau rupa paras mereka, mereka tetap amanah Allah yang kita kena jaga" lembut je nada Altezza
Fayyana terharu dengan kata kata suaminya, benarlah , tiada yang sempurna di dunia ini
"Abang! Tengok tuu" ujar Fayyana dengan nada teruja sambil jarinya menunding ke arah matahari yang terbenam.
"Masyaallah indahnya ciptaan Allah, macam yang kat depan abang sekarang ni " Altezza mengucup lembut pipi gebu milik isterinya.
'Sempat lagi orang tua ni' Fayyana mengutuk dalam hati .
"Ha kutuk abang la tu, macam la abang tak tahu" Altezza berkata seraya mencubit perlahan pipi isterinya.
Alamak! oloh berigak dh ehh!
Fayyana tertawa olok olok bagi menutup debaran di dada.
Masing-masing melihat matahari yang terbenam dengan tenang.
Setelah banyak perkara yang mereka lalui bersama, pahit manis, asam garam dalam kehidupan berumah tangga, Altezza berharap yang hubungan mereka sentiasa dipelihara dan dilindungi oleh Allah.
INSYAALLAH THIS HALAL RELATIONSHIP, UNTIL JANNAH
tbc
peace yowmaaf jika hambar
hello hy hy readers,
izinkan author bertanya, ada yang tak faham bahasa Kelantan ke, ke kena translate?
sila jawabb!

ANDA SEDANG MEMBACA
MI ENEMIGO, MI AMOR [og]
Ficção HistóricaTengku Altezza Zayyan x Nur Fayyana Indira Pertemuan singkat antara Altezza dan Fayyana membuatkan masing-masing bingung. Siapa sangka? Mereka tertukar bagasi di lapangan terbang!! ketika itu, kapal terbang selamat mendarat di kelantan, dan itulah...