Petang itu , pukul 1635 petang, azan mula berkumandang, menandakan telah masuk waktu solat asar.
Setelah solat asar berjemaah yang diimamkan oleh Fayyadh, Fayyana bercadang untuk mengajak abangnya ke taman rekreasi untuk berjalan jalan.
"Abang Rees" Fayyana memanggil Fayyadh dengan nada yang meleret tapi lembut . Tahulah Fayyadh yang adik nya ingin kan sesuatu.
Faham dengan nada Fayyana, dia bertanya kepada adiknya.
"Yes princess, want something?lapar? just say it" Fayyadh memegang tangan adiknya lalu dibawa ke katil miliknya.
"Adik rasa kan adik nak.." Fayyana sengaja menggantung ayatnya. Manakala Fayyadh dengan penuh sabar menadah telinga.
"Nak? Nak apa? Come on tell me, if Ana nak ikan paus pun abang sanggup cari, just like i said, anything for you, sayang" Tangan adiknya dibawa ke bibir dan dikucup lembut kekura adiknya.
Tertawa Fayyana mendengar ayat buaya abangnya. Eleh sembang je lebih!
"Adik nak pergi taman rekreasi, oyeh tak??" Dengan nada yang sehabis comel, berserta kepala yang dimiringkan ke tepi. Gayanya tak ubah seperti kanak kanak yang inginkan gula gula.
Fayyadh tertawa mendengar permintaan adiknya.
"Of course we can Princess, Princess stay sini kejap, abang nak tukar baju dulu lepas ni Princess pula yang tukar baju, okay?" Fayyadh tersenyum bila melihat adiknya mengangguk comel dengan mata tertutup.
"Comel la dia ni!" Ujar Fayyadh seraya mencubit pipi adiknya. Fayyadh bangun dan berjalan ke arah walk in closet yang terdapat di biliknya.
Setelah beberapa minit menunggu, Fayyadh keluar dengan hanya mengenakan seluar puma, eh! tak boleh, tak boleh, boikot boikot!
Fayyadh keluar dengan hanya mengenakan jersey harimau malaya yang dibelinya bersama dengan seluar track suit hitam.
Melihat abangnya, dia terus berjalan ke arah abangnya, dia mengambil bangku pendek yang disediakan khas untuk nya, lalu dia berdiri di atas bangku tersebut dan mula melakuan kerja.
Kabinet yang menyimpan segala jenis skincare itu dicapai, dan diambilnya sunscreen, lalu di apply ke muka Fayyadh.
Lip balm juga dioles ke bibir abangnya.Tak boleh buat degil ni, ni lah sugar brother nya! Kalau dia tak nak keluarkan duit sendiri, pasti duit Fayyadh dikebasnya.
Tapi Fayyana memang sudah ada duit sendiri pun, iyalah dah nama pun CEO, mana tak ada duit nya.
Dia digelar CEO termuda oleh kerana, dia dapat memegang jawatan tersebut di usia yang muda. Tambahan pula, dia berkerja di syarikat orang, namun mampu menyandang jawatan tersebut dalam masa 3 tahun.
Pemilik syarikat Fier's Holding, sekaligus merupakan CEO di syarikat tersebut , arwah Dr Hajah Norzafiera Bin Abdul Basit, adalah seorang wanita yang hidup sebatang kara. Pada mulanya, beliau mempunyai seorang suami , namun umur suaminya tidak panjang.
Arwah Inspektor Haji Sulaiman bin Hamid yakni suaminya, meninggal semasa di hospital akibat terkena peluru yang menembusi dada nya, semasa menjalankan tugas nya.
Arwah Dr Hajah Norzafiera , akhirnya menyerahkan syarikat nya kepada Fayyana kerana kesihatannya yang sudah dimamah usia, akhirnya beliau meninggal dunia pada umur 85 tahun. Dan bermula detik itu, FIER'S HOLDING diserahkan kepada Fayyana.
Selesai mengurus kan abangnya, dia masuk pula ke walk in closet untuk menukar bajunya dengan yang sesuai.
Seusai menukar baju, dia berjalan ke arah kabinet yang menyimpan segala jenis skincare tadi dan melakukan perkara yang sama yang dia lakukan pada Fayyadh.
YOU ARE READING
MI ENEMIGO, MI AMOR [og]
RomansaTengku Altezza Zayyan x Nur Fayyana Indira Pertemuan singkat antara Altezza dan Fayyana membuatkan masing-masing bingung. Siapa sangka? Mereka tertukar bagasi di lapangan terbang!! ketika itu, kapal terbang selamat mendarat di kelantan, dan itulah...