Ketika pancaran terakhir matahari hilang di sebalik ufuk, senja menyinari bilik itu. Langit yang gelap menyinari suasana yang tenang dan damai yang dipenuhi dengan keindahan yang lembut dan halus.
Kini, , Fayyadh, Encik Fateh,serta Altezza sedang berbual santai di ruang tamu .Tirai berkibar ditiup angin sepoi-sepoi yang membawa bergema suara-suara yang asyik berbicara , meninggalkan kesunyian yang tenang, hampir penuh hormat, kesunyian. Pelbagai soalan diajukan kepada Altezza.
"Kamu dah lama ke berkawan dengan Rees? Kenapa abi tak pernah jumpa kamu eh?" soal Encik Fateh.
"Ehh, abi ni, abi tak ingat ke? dulu, abi selalu hantar Alt ni balik kalau mummy dia ada kerja" sampuk Fayyadh. Encik Fateh mengangguk.
"Kamu ni, abi dah tua mana nak ingat semua ni" ujar Encik Fateh. Kelihatan isteri bersama anaknya keluar dari dapur sambil menatang dulang air.
Fayyana menghidangkan air untuk mereka dengan berhati hati. Selesai menuang air , dia mengambil tempat di sebelah Fayyadh.
Tangan Fayyadh bergerak memegang tangan adiknya walaupun dia masih leka berbual dengan Altezza serta Encik Fateh.
Fayyana tersenyum sambil bermain dengan tangan abangnya, dibandingkan tangan abangnya dengan tangannya. Tangan Fayyadh berkali kali ganda besar darinya, kepala dilentokkan di bahu abangnya.
"Ni, apa nama? Azuzza? Ateza?" tanya Encik Fateh.
"Panggil Zayyan je la pakcik, senang" Altezza mengambil segelas kopi yang dihidang tadi. Bismillah dibaca sebelum dia menyisip kopi tersebut.
"Ehh ape panggil pakcik, panggil abi je, abi muda lagi la" Puan Faridah membuat muka toya.
"Ni kamu dah kahwin ke?" tanya Encik Fateh.
Tersedak Altezza dibuatnya, Fayyadh di sebelah Altezza bertindak sebagai Abang medic sementara. Ditepuk belakang Altezza dan di urut leher Altezza bagi menghilangkan rasa sakit yang dialami.
"Apa abang tanya macam tu, tengok, tersedak anak orang dibuat nya" Puan Faridah mengeleng.
"Abang tanya main main je, tak sangka pulak sampai tersedak, abi minta maaf ya, Zayyan" Altezza mengeleng.
"Takpe la abi, dah biasa, saya belum kahwin lagi pakcik"Altezza senyum seraya melirik ke arah Fayyana.
"Oo belum kahwin, tak pe jodoh tak kemana pernah dengar tak satu hadis ni"Encik Fateh berhenti sejenak sebelum menyambung
"Jodoh ni takkan ke mana-mana . Pasangan jiwa kita ni adalah cerminan diri kita dan tidak akan jauh dari diri kita .
Bismillahirrahmanirrahim
الْأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ
Ia bermaksud:
"Roh itu diibaratkan seperti tentera yang berpasangan, mereka yang mengenali antara satu sama lain terlebih dahulu akan bersatu dan mereka yang mengingkari satu sama lain akan berselisih." (HR. Bukhari dan Muslim)" hujah Encik Fateh
Encik Fateh menyambung lagi
"Hal ini juga ditegaskan oleh salah satu ayat al-Quran iaitu Surah An Nur ayat 26.
Bismillahirrahmanirrahim
ٱلْخَبِيثَـٰتُ لِلْخَبِيثِينَ وَٱلْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَـٰتِ ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ ۖ لَهُم مَّغْفِرَةٌۭ وَرِزْقٌۭ كَرِيمٌۭ ٢٦
Ia bermaksud:
“Wanita yang tidak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik." (QS. An Nur: 26)"
"Tetapi, pada pandangan abi, tak semestinya, bila lelaki yang tidak baik untuk perempuan yang tidak baik, kerana pasti Allah akan menghantar pembimbing untuk setiap lelaki yang tidak baik dan setiap perempuan yang tidak baik, dimana pembimbing itu adalah jodoh mereka sendiri".
Encik Fateh menyudahi ceramahnya dengan menghela nafas.
Kelihatan, semua terpaku dengan ceramah Encik Fateh, sungguh tinggi ilmu agama yang dimiliki oleh Encik Fateh. Untuk pengetahuan, sebelum kahwin Puan Faridah sebenarnya adalah seorang yang kurang pengetahuan tentang agama ,akan tetapi dia bertuah.
Puan Faridah sangat bertuah kerana terjumpa dengan Encik Fateh, lelaki yang banyak mengubahnya, dari lalai dengan solat, berubah menjadi seorang yang menunaikan solat dengan cukup , dari tidak bertudung, sekarang menjadi tak ubah seperti ustazah.
Inilah dipanggil satu dalam sejuta.
Agaknya sudah lupus lelaki seperti Encik Fateh pada zaman sekarang ni. Pada zaman sekarang, kebanyakan pasangan lelaki mahukan perempuan atas dasar nafsu semata mata.
Oleh itu, sebagai perempuan, haruslah mengenali dengan lebih teliti atau dalam, sifat sebenar pasangan yang ingin dinikahi. Dalam hidup kita kena sentiasa berjaga jaga, kerana kita tak tahu, ujian apa yang menunggu kita.
Mereka berbual bual sehingga masing masing meminta diri untuk berundur dan tidur.
maaf jika hambar
keep votingg!Author hargai sokongan awak!
(\_/)
( •_•)
( >🌸
nah bunga untuk awak!
YOU ARE READING
MI ENEMIGO, MI AMOR [og]
RomanceTengku Altezza Zayyan x Nur Fayyana Indira Pertemuan singkat antara Altezza dan Fayyana membuatkan masing-masing bingung. Siapa sangka? Mereka tertukar bagasi di lapangan terbang!! ketika itu, kapal terbang selamat mendarat di kelantan, dan itulah...