Sejak dari tadi, Fayyana asyik berkepit dengan si jejaka tadi. Taknak lepas langsung lengan sasa si jejaka tersebut. Sampaikan makan pun si jejaka tu suap, heih nak lepas rindu lah katakan, korang apa tau, korang kan single! HAHAHA
"Ana, lepas la tangan abang tu, kesian abang nak makan." Ujar Puan Faridah.
"Ala mama, Ana rindukan abang, lagipun dah lama abang tinggalkan Ana, wak lek wak pis." Si Jejaka itu tertawa mendengar ujaran buah hatinya.
"Ala tak pe la mama, Yaz faham, adik rindu dekat Yaz biarlah dia lepaskan dia punya rindu tu puas puas" Ha! Ha! Ha! Rea tahu ramai yang Overthinking kan? Jangan risau.
Sebenarnya, si jejaka tu ialah abang sulung Fayyana, iaitu Mohd Fayyazh Izham. Don't worry la babeh, masih awal lagi untuk konflik. Kita enjoy dulu, sedih kemudian!
"Kamu berdua ni memang keras kepala kan, ikut suka kamulah" Kata Puan Faridah sebelum minum air.
"Ha Zayyan, kenapa senyap je tu? ape Mama masak tak sedap ke?" Altezza yang sedari tadi sedang memerhati pasangan sejoli, tersentak bila Encik Fateh menegur nya.
Bau bau orang cemburu gess! Ehek!
"Eh tak de la abi, sedap je ni" Fayyadh menepuk bahu sahabatnya dengan muka 'aku faham perasaan kau'.
Encik Fateh mengangguk sebelum berkata.
"Ha Zayyan, kenalkan ni anak abi, Fayyazh Izham, Yaz ni Zayyan, kawan Rees, dia akan menetap kat sini selama mana kerja dia berjalan" Altezza dan Fayyaz mengangguk serentak.
Nak bersalam pun tengah makan kan? Kalau tak, boleh Rea buat scenes yang bila berjabat tangan tukan, diorang saling cengkam mencengkam tangan masing masing kan? Sebab apa? Sebab cemburu dek!
"Yaz" Altezza mengangguk kan kepala.
"Altezza" Fayyaz tersenyum nipis.
Setelah menghabiskan suapan terakhir, Altezza bangun dan meminta diri sebelum berlalu ke bilik tetamu. Masih ada kerja yang perlu dia siapkan.
Dia melangkah masuk ke dalam bilik dan menutup pintu secara perlahan lahan.
Altezza duduk di meja kerja yang tersedia di situ, lalu membuka komputer ribanya dan mula melakukan kerja.
Selang setengah jam dia membuat kerja, dia mendengar ketukan dari luar pintu bilik yang dia duduki.
"Masuklah, pintu tak berkunci" Laung Altezza dari dalam.
Pintu dibuka dari luar, maka terserlah lah gerangan yang mengetuk pintu bilik tadi.
Fayyana masuk bersama secawan kopi yang dibuat olehnya atas arahan Puan Faridah.
Altezza tersenyum nipis melihat Fayyana mendekati ke arahnya dengan cawan yang berisi air.
"Coffe, Don't stay up until midnight" Pesan Fayyana.
"Thank you, little kiddo" Ujar Altezza sebelum menyisip kopi tersebut.
Dia kembali ke kerjanya.
Baru saja Fayyana ingin melangkah keluar, dia mendengar dengusan kasar oleh seseorang.
"Kenapa ni?" Soal Fayyana sambil turut memandang skrin komputer riba Altezza.
"Ni tak boleh nak key in data" adu Altezza.
"Tengok" Fayyana memusingkan komputer riba tersebut menghadap ke arahnya.
Jari runcing milik Fayyana bergerak menekan nekan keyboard komputer riba itu. Adakalanya, dia menekan mouse juga. Kening yang terukir laksana taji dibentuk, juga bercantum sepanjang dia melakukan kerja.
YOU ARE READING
MI ENEMIGO, MI AMOR [og]
RomanceTengku Altezza Zayyan x Nur Fayyana Indira Pertemuan singkat antara Altezza dan Fayyana membuatkan masing-masing bingung. Siapa sangka? Mereka tertukar bagasi di lapangan terbang!! ketika itu, kapal terbang selamat mendarat di kelantan, dan itulah...