-Malam-
TOK! TOK! TOK!
Jin mengetuk pintu bilik Jungkook.
"Kookie ah ~ keluar dari bilik dulu.. Kookie masih belum makan kan dari tadi tengah hari.. dah la tu Kookie.. hyung juga sedih dengan semua ini.. tapi hyung cuba bersabar dengan semua ni.. hyung faham macam mana dengan perasaan Kookie.. but please stop crying about them.. kalau dorang nampak Kookie sedih, dorang mesti sedih.. Kookie ah.. Jeball.. keluar dari bilik ni.. turun temankan hyung dengan Ha Ni makan.." pujuk Jin sambil berdiri di depan bilik Jungkook. Namun tiada sahutan. Jin hampa.
"Nanti Kookie turun makan ya.." kata Jin sebelum turun. Jin turun ke bawah. Kelihatan Ha Ni dan Hye Rim sedang menghidangkan makanan.
"Mana Jungkook?" soal Ha Ni.
"Dia masih dekat dalam bilik.. tak nak keluar." kata Jin hampa.
"Eottoke? Dia dah seharian tak makan.." kata Hye Rim pula.
"hmm.. saya dah pujuk.. tapi tak dapat.." kata Jin hampa.
"Hurm.. tak pala .. awak makan la dulu.. nanti awak pula yang sakit. Jungkook tu nanti kita cuba pujuk lagi.." kata Ha Ni pula.
"Nae ~ korang pun la.." ajak Jin senyum. Ha Ni dan Hye Rim duduk di meja makan itu. Lalu mereka menjamu selera. Jin makan perlahan² sambil memikir sesuatu. Ha Ni pula asyik memandang Jin. Hye Rim perasan kelakuan Ha Ni sambil tersenyum.
"Yahh makan.. nanti sejuk pula.." tegur Hye Rim secara berbisik kearah Ha Ni. Ha Ni tersedar.
"Ehh.. Hah.. ok.."
***
-Di Bilik Jungkook-
Jungkook merenung diluar tingkap. Matanya sudah bengkak akibat banyak menangis.
"Wae korang tinggalkan kami berdua?" soal Jungkook sendirian. Jungkook tunduk.
"Waeyo ~" bisik Jungkook. Jungkook memandang gambar mereka bersama dahulu.
***FLASHBACK***
"Saegil Chukahamnida, Kookie.." kata mereka semua. Jungkook tersenyum malu.
"Gomawo ~" kata Jungkook.
"Ok tiup la lilin kek ni.. kalau tak aku yang rasmi kan.." kata Suga tersengih.
"Pabo Yahh!! ni hari kan birthday dia.. dia la yang tiup lilin kek tu.. bukannya kau .! birthday kau dah lama berlalu.. jangan perasan keyh ni hari kau.." kata V sambil menghempuk kepala Suga.
"Adoii!! itu sakit!! biarlah! hmmphh!! mentang² birthday kau hujung tahun nanti.. hmmphh!!" Suga mencebik.
"Ehh dah la korang berdua!! kang tak pasal² kepala korang benjol oleh aku.." celah Jhope pula sambil mengepal penumbuk nya. Suga dan V mencebik. Jungkook tertawa melihat mereka.
"Ok.. Kookie ah.. tiup.." kata Rapmon tersengih.
"Nae... fuuhh!!" Jungkook meniup lilin kek itu.
"Perrghh!! wangi sangat bau mulut kau.. kau pakai ubat gigi apa ehh?" soal Suga yang berada dihadapan Jungkook.
"Dia pakai FRESH AND WHITE ~ tu sebab gigi dia putih and wangi.." celah V.
"Ada aku tanya kau?" Suga menjeling V.
"Takde la.. aku just jawab bagi pihak Kookie.. kan Kookie? Hehe.." kata V tersengih. Jungkook cuma tersengih.
"Cehh.. sibuk je.." kata Suga mencebik.
"Ehh kisah pula kau.. ini la kenapa perempuan tak nak dekat kau.. kau tau swag je.. and no chill with yeoja.. just chill with SWAG je memanjang.. aigoo.." kata V lagi.
"Ehh ehh.. kau kutuk swag aku!!? kau lagi teruk!! Alien sesat =.=" balas Suga geram.
"Bo!!! kau kutuk keturunan aku?!" marah V.
"Ehh sepha juga nak kutuk? perasan -.-" Suga mencebik. Tiba²..
BUK!
"Adoii!!!" rengek Suga dan V sambil memegang kepala mereka.
"Kan dah kena.." Jhope meniup² buku limanya. Nasib baik kek Jungkook, Rap Mon yang pegang.
"Hyung!!" rengek V.
"Woii!! sakit tau tak!!" marah Suga.
"Siapa suruh korang.. gaduh je tak habis².. kan dah kena ketuk kepala.." jawab Jhope selamba. Jungkook ketawa melihat mereka. Tiba² Jimin mencalitkan krim kek di muka Jungkook.
"Yahh Jiminnie!!" Jungkook terkejut.
"Mari kita serang!!" jerit Jimin dengan senyuman jahat ala² lanun.
"Jom!!" kata Rap Mon tersengih.
"Andwaeee!!!" Jungkook lari. Berkejaran mereka didalam rumah itu. Suga dan V turut mengejar Jungkook even dorang asyik bertikam lidah ..
***END FLASHBACK***
"Hyung ~" Jungkook menitis kan air matanya. Gambar itu direnung. Semua itu hanya kenangan. Masa tidak akan berulang semula. Tiba² kedengaran pintu biliknya diketuk.
"Kookie ah.. hyung bawakan makanan.. untuk Kookie makan.. Kookie mesti makan tau.. buka dulu pintu ni.." pujuk Jin dari luar. Jungkook tidak mengendahkan Jin. Jin hampa.
"Tak apa la.. hyung letak makanan ni dekat luar ehh.. Kookie ambil dekat luar ni.. Kookie mesti makan tau.." kata Jin sambil meletakkan makanan di dalam dulang itu diatas alas kaki depan pintu Jungkook. Lalu Jin menuju ke biliknya untuk berehat. Jungkook hanya terus merenung di luar tingkap dengan ditemani air mata.
***
-Di Bilik Jin-
Jin tidak habis² berfikir tentang Jhope dan Jungkook.
"Kenapa Jhope boleh jadi macam tu?" soal Jin sendirian .. Jin menghempaskan badannya di katil empuknya.
***FLASHBACK (JHOPE)***
Jhope merenung depan cermin. Jhope membelek² wajahnya.
"Kenapa aku mesti sakit? Kenapa aku harus begini..? Wae?" soal Jhope sendirian. Jhope membuka cermin itu dan terdapat banyak ubat tersusun disitu. Jhope mengambil salah satu ubat dan membelek²nya. Ubat itu sudah dicampuri dadah yang boleh membuat orang mati. Jhope merenung ubat itu.
"Kalau hidup aku sudah singkat.. aku tak perlu tunggu lagi.." kata Jhope sambil membuka penutup ubat itu.
"Mianhae Jungkook, Jin.. aku terpaksa tinggalkan korang.." ucap Jhope. Jhope menuang semua ubat itu ditangannya lalu Jhope menelan kesemua ubat itu .. Beberapa minit selepas itu tiba² kepala Jhope pening. Jhope memegang kepalanya.
"Aduhh.." Jhope terus terebah di lantai tandas itu.
***END FLASHBACK***
-TBC-
Any typo? Mianhae..
YOU ARE READING
[C] We Are Bestfriend Forever || bts
FanfictionCast: → BTS → Kim Ha Ni as you Short Synopsis: Kisah persahabatan sampai mati. ∞ Complete ✔ Start: 29/04/15 End: 05/05/15 Note & Warning: 90% from my brain and 10% from I Need U M/V.. Do not copy.