Prologue

107 5 0
                                    

"Dahaa. maafkan abah.. ini sahaja yang mampu abah beri dekat Dahaa. Selamat hari jadi anak abah , Dahaa Tahzir" ujar Encik Jamree.

"Abah .. terima kasih .. Dahaa hargai pemberian abah . Selagi mana motor ni berfungsi dengan baik, Dahaa akan abdikan motor ini dengan baik" kata Dahaa sambil memeluk motor yang diberikan oleh Si abah.

" Dahaa.. abah ada sesuatu permintaan dekat kamu" ujar Encik Jamree.

" Per.. permintaan apa itu , abah ? jangan mintak menantu sudahlah " seloroh Dahaa.

" Aduhai budak ini! boleh pulak dia fikir pasal menantu , abah piat juga telinga kamu kejap lagi.." bebel Encik Jamree.

" Habistu apa abah?" Tanya Dahaa.

" Tolong jadi pelumba F1 untuk abah " Jawab Encik Jamree.

Dahaa bagaikan terkesima dengan apa yang dikatakan oleh sang ayah. Betul ke apa yang dia dengar ?

" A.. Abah.. betul ke ni ? Abah bukan tak restu ke sebab Abah kata jadi pelumba F1 bagaikan tiada jaminan" Soal Dahaa.

" Abah betul-betul serious Dahaa , Abah nampak kamu betul-betul sukakan sukan motor sampai kamu curi-curi tampal poster pasal pelumba kamu dekat dalam bilik. Jadilah pelumba F1 yang bagus , Gunalah motor ini semasa kamu beraksi dekat dalam litar nanti " Balasan yang dijawab oleh Encik Jamree betul-betul membuatkan air mata Dahaa bertakung dan tunggu masa sahaja untuk mengalir.

" Terima kasih sebab sokong Dahaa, abah .. Dahaa sayang abah dan Dahaa akan buat yang terbaik sepanjang Dahaa berada di dalam dunia pemotoran" ucap Dahaa sambil memeluk si ayah.

" Abah sokong dengan minat kamu, bahagia kamu adalah bahagia abah .. abah dah tak ada orang lain untuk abah bahagiakan dekat dunia ini selain kamu " sambung Encik Jamree lalu membalas pelukan Dahaa.

Track To Your Aim Where stories live. Discover now