Bagaikan tidak percaya , dirinya sudah bergelar seorang " Ayah".
Selepas selesai mengazankan anak kecil itu, Dahaa memberi Salam kepada Dubies Ghailan.
" Assalamualaikum anak ibu ayah. Selamat datang ke dunia yang penuh Cabaran ini, wahai Dubies Ghailan. Ibu ayah sangat sayangkan Dubies " .
2 hari selepas Encik Dahlan pergi ke luar negara, lahirlah cucu kandung pertamanya.
Dahaa membawa Dubies ke arah Dalilati.
" Alhamdulillah, lahir dah police junior " kata Dahaa.
" Kenapa pula police junior ? Bukan formula 1 punya junior ke ?" Tanya Dalilati.
" Formula 1 tu untuk Caliph " Jawab Dahaa.
" Dubies, tengok ayah awak ni sayang.. confident dia memang bukan biasa -biasa. " Ujar Dalilati.
" See the leg lah, ayah dia punya confident memang tak boleh ditandingi sebab ayah dia memang Sudah lama confident lebih sebelum dapat ibu dia " kata Dahaa.
" Dannasan.. memandangkan anak kita dah lahir, Dannasan izinkan kan Yome beraksi gila-gila semasa menjalankan tugas seperti dulu?" Tanya Dalilati. Risau tidak terkata dia sekarang ini kerana takut Dahaa tidak akan mengizinkannya.
" Kalau Dannasan halang, yome nak ikut ke ? Tak kan .. Jangan risau , Dannasan tak akan halang kalau tidak tak pasal-pasal Dannasan kena ceramah 7 hari 7 malam dengan Melur nanti " Jawab Dahaa.
" Hei! Apa menyeru nama aku ni? Dari luar boleh dengar Tau " Sampuk Melur sambil diiringi dengan lelaki yang dipercayai sebagai tunangnya itu.
" Tak ada apa cuma teringat macam mana kau sedih bila dipaksa berhenti menjadi seorang polis " ujar Dalilati.
" Tak jadi sebab tunang aku ni dah berubah fikiran untuk membenarkan aku berada di sisi ibu Dubbies dekat balai ! " Kata Melur lalu melagakan pipinya dengan Dalilati.
"Ty Mel, Dubbies nak friend . Cepatlah kahwin" kata Dalilati.
" Kau jangan sampai aku kahwin lagi 2 minggu yang akan datang " ujar Melur.
Dahaa melagakan lengannya kepada tunang Melur. Semoga tunang kesayangan Melur peka dengan kata-kata yang baru sahaja Melur lontarkan itu tadi.
" Ei mengatal ek nak kahwin lagi Dua minggu, banyak dokumen belum settle lagi " Bebel Dalilati.
" Alah last minute kan boleh" ujar Melur dengan rasa yang tidak bersalah.
" Dubbies, cakap dengan Ty Mel, jangan sampai ibu isikan borang pertukaran bagi pihak dia " kata Dalilati.
" Argh, sampai hati " rengek Melur lalu memeluk Dalilati.
Dahaa dan encik tunang Melur menuju ke luar untuk membiarkan Dalilati Dan Melur meluangkan masa bersama.
" Hei bro, apa yang menyebabkan kau tukar fikiran nak bagi Melur sambung berkhidmat kepada negara sebagai polis ?" Tanya Dahaa.
" Aku terpesona dengan aura dia semasa pakai baju uniform lengkap polis " Jawab Muqri.
Dahaa tersenyum, sebenarnya dia turut jatuh cinta dengan aura Dalilati yang anggun memakai baju uniform polis.
" Samalah kita, bro. Tetapi cara kita untuk mengikat kekasih hati kita lain " kata Dahaa.
"Dengarnya isteri kau hampir nak Soal siasat aku sebab aku tak bagi Melur berkerja sebagai polis Bila dah kahwin " ujar Muqri.
" Memang pun, diaorang kan bagai isi dengan kukuh sejak zaman sekolah rendah lagi sebab itulah diaorang tidak boleh dipisahkan " kata Dahaa.
Sepanjang dalam perjalanan menuju ke UK,Encik Dahlan banyak mendiamkan diri. Menyesal ? Ya , dia merasakan perasaan itu namun dia sendiri kurang pasti berapa banyak peratus kekesalannya itu.
Walaupun Sudah diisytiharkan gila namun bibirnya sentiasa menyebut nama arwah isterinya.
" Kalau inilah balasan untuk aku sebab mempermainkan isteriku, anakku dam juga menjadi Salah seorang penjenayah negara.. aku terima bahawa aku merupakan orang yang sudah disahkan sebagai orang gila dengan hati yang terbuka " kata Encik Dahlan di dalam hati.
Sebenarnya, ramai yang menjadi gila di atas perbuatannya .
Dirinya sudah tidak bebas lagi. Dikelilingi oleh 2 anggota polis, ibu bapanya Dan juga 2 orang doktor dan 2 orang jururawat.
YOU ARE READING
Track To Your Aim
RomanceDahaa Tahzir, seorang pelumba motorsikal yang terkenal di Malaysia yang mencemburi bidang ini pada usia yang muda . "Aku tahu berlumba di Jalan raya merupakan satu kesalahan, sebab itu aku pilih untuk menjadi pelumba motorsikal di litar " Dalilati...