BAB 1

58 4 0
                                    

Penat tidak terkata apabila dia terpaksa menyelesaikan kes yang berat pada hari ini. Kes menangkap pengedar dadah.

Dadah memang tidak akan pernah berhenti menjadi musuh utama negara.

Tiba-Tiba sahaja mata Dalilati tertumpu ke arah seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti pelumba Formula 1 yang sedang membuat laporan itu.

"Pstt.. helok kan Abang formula 1 tu " bisik rakan sekerja Dalilati

" Engkau ni nak suruh aku jentik dahi engkau ke apa ? fokus lah buat kerja tu jangan nak menyibuk usha orang " kata Dalilati.

"Masaalahnya itu pelumba formula 1 yang aku minat sangat dekat Malaysia ini " ujar Melati.

" Dah tu ? apa kena mengena dengan aku?kau nak mengurat dia pergilah sana " ujar Dalilati .

" Dalilati! we need to go now ! " Rakan sekerjanya yang lelaki berlari anak mendapatkannya.

"Ha? pencuri mana pula yang kita kena tangkap hari ini ?" Tanya Dalilati . Baru sahaja ingin berehat tiba-tiba kena beraksi semula.

" Ada dua orang keldai dadah yang ditahan dekat imigresen airport . Dadah yang diaorang bawak tu dadah jenis shabu " Jawab Rizky.

Dalilati mengangguk lalu mereka berdua mendekati kereta polis yang terparking elok di hadapan balai.

Dahaa memerhatikan gerak geri Dalilati. Ya, gadis itu bernama Dalilati . Sedap namanya seperti wajahnya.

"Jadinya Encik Dahaa Tahzir , Bila kali terakhir encik nampak motor encik?" Soal pegawai polis sambil menyedarkan Dahaa yang tekun memandang Dalilati .

"Pagi semalam around 8 pagi sebelum saya pergi circuit that's mean 30 jam yang lepas " Jawab Dahaa.

"Encik ada syak sesiapa ke yang mencuri motor encik tu ? al maklumlah encik pelumba terkenal dekat Malaysia " Pegawai polis itu menyoal lagi.

Kali ini Dahaa mengeleng .

" Tapi.. saya nak buat permintaan boleh? serahkan kes ini kepada pegawai polis yang baru sahaja dipanggil ke airport untuk settlekan " pinta Dahaa.

" Adakah ini encik maksudkan dengan Dalilati? saya tidak boleh nak janji kerana dia sentiasa sibuk tetapi kalau dia setuju saya proceed " ucap pegawai polis yang bernama Wan Muhammad Zulfa.

Setibanya di Airport,Dalilati dan Rizky mencepung keldai dadah yang ditahan itu. Nasib baik mereka berdua belum lagi berlepas daripada Malaysia.

"Lepaskan lah aku ! Lepaskan! " jerit seorang lelaki yang digari oleh Rizky.

" Dah tahu apa kesalahan yang kau buat kan? untuk apa aku nak lepaskan kau"balas Rizky.

Dalilati pula telah menangkap seorang lagi suspek dengan jayanya. Semalam dalam perjalanan untuk menghantar sang suspek ke dalam kereta polis yang berada di hadapan pintu utama Lapangan terbang,dia ternampak sesuatu yang mencurigakan.

" Fong, Datang jumpa saya ambik suspek dekat depan pintu utama airport ni, saya ada misi penting selain daripada menangkap keldai gila ni dekat sini" Dalilati berkata menerusi walkie talkie.

Sekejap sahaja masa yang diambil oleh Fong untuk tiba di situ. Setelah memastikan suspek sudah berada di dalam kereta polis, Dalilati bergegas menuju ke tandas untuk menukar baju untuk menyamar supaya suspek yang dijumpainya tidak dapat mengesan dirinya.

Dalilati memakai baju pekerja pembersihan Lapangan terbang yang diberikan sendiri oleh Pihak pengurusan Kapal Terbang beserta cermin mata.

Memandangkan Suspek yang dia ingin jejaki ini tidak mengetahui bahawa GPS yang dipasang oleh Dalilati sendiri beberapa bulan yang lepas masih lagi berfungsi, ianya memudahkan Dalilati untuk beraksi.

Seperti yang dirancang, suspek itu melanggar badan Dalilati tatkala Dalilati sedang berpura-pura ingin memulakan aktiviti mengemop lantai di situ.

"Ei! Dalam banyak-banyak tempat dekat sini lah kau nak mop! kau tahu tak dekat sini kawasan larangan " Lelaki itu memarahi Dalilati.

"Saya minta maaf encik, saya tidak tahu pun sini kawasan larangan untuk saya masuk dan bersihkan lagipula atasan saya tidak beritahu bahawa kawasan ini kawasan larangan" bidas Dalilati.

Selepas pulang daripada Balai Polis, Dahaa segera menuju ke Lapangan Terbang untuk menuju ke England kerana dia mempunyai pelumbaan di sana . Bayangan Dalilati bermain di mindanya. Aduhai, dia benar-benar sudah angau!

" Dahaa! what's wrong with you sampai tersenyum sorang-sorang ? busy memikirkan kemenangan ke ?" Tanya Jurulatih Dahaa.

"That's one of the reason tapi tak nak berharap sangat sebab lawan yang turun berlumba dekat England bukan calang-calang orangnya" Jawab Dahaa.

" Kalau nak kalahkan mereka semua, senang aja.. gunakan teknik yang saya dah latih banyak kali dan pada setiap kali latihan . Yang penting, fokus " pesan Jurulatih Dahaa lagi.

Dahaa mengangguk setuju. Menjadi pelumba Formula 1 juga dapat membanggakan nama Negara supaya lebih dikenali oleh masyarakat di persada dunia.Masyarakat Malaysia yang meminati sukan ini sudah semestinya mengharapkan kemenangan daripada dirinya.

Nasib baik tidak terkantoi! Dalilati berjaya mengikuti suspek itu sambil memasangkan alat penghubungnya dengan Balai Polis.Senang untuk dirinya untuk berhubung dan mendapatkan arahan untuk tindakan seterusnya.

"Dah berapa orang kau bunuh ? " Tanya lelaki yang dipercayai merupakan seorang majikan kepada lelaki yang diburunya.

" Tidak terkira banyaknya tetapi aku banyak dagangkan mereka dekat luar negara " suspek berkata dengan riak.

Dalilati mengetap bibirnya menahan amarah. Tanpa menunggu masa yang lama Dalilati menendang pintu bilim tersebut sehingga menyebabkan sang musuh tersentak.

Belum sempat mereka membuka mulut, Dalilati terus membelasah mereka lagipula dia yang bertanggungjawab menguruskan kes mengenai dua orang ini memandangkan dia handai dalam melaksanakannya.

Akhirnya tumpas juga mereka lagipula dia tidak perlu berlembut dengan mereka berdua .

Disebabkan mereka berdua, Dalilati terpaksa membeli tiket untuk ke Thailand untuk menyelesaikan kes ini bersama dengan polis di sana pada hari ini.Dalilati bergerak sendiri kerana atasannya hanya mengantar dirinya sahaja dalam misi ini.

Konco-konco mereka berdua lari ke selatan Thailand kerana itulah tempat yang sesuai untuk mereka meneruskan kegiatan utama.

Track To Your Aim Where stories live. Discover now