"Dahaa. maafkan abah.. ini sahaja yang mampu abah beri dekat Dahaa. Selamat hari jadi anak abah , Dahaa Tahzir" ujar Encik Jamree.
"Abah .. terima kasih .. Dahaa hargai pemberian abah . Selagi mana motor ni berfungsi dengan baik, Dahaa akan abdikan motor ini dengan baik" kata Dahaa sambil memeluk motor yang diberikan oleh Si abah.
" Dahaa.. abah ada sesuatu permintaan dekat kamu" ujar Encik Jamree.
" Per.. permintaan apa itu , abah ? jangan mintak menantu sudahlah " seloroh Dahaa.
" Aduhai budak ini! boleh pulak dia fikir pasal menantu , abah piat juga telinga kamu kejap lagi.." bebel Encik Jamree.
" Habistu apa abah?" Tanya Dahaa.
" Tolong jadi pelumba F1 untuk abah " Jawab Encik Jamree.
Dahaa bagaikan terkesima dengan apa yang dikatakan oleh sang ayah. Betul ke apa yang dia dengar ?
" A.. Abah.. betul ke ni ? Abah bukan tak restu ke sebab Abah kata jadi pelumba F1 bagaikan tiada jaminan" Soal Dahaa.
" Abah betul-betul serious Dahaa , Abah nampak kamu betul-betul sukakan sukan motor sampai kamu curi-curi tampal poster pasal pelumba kamu dekat dalam bilik. Jadilah pelumba F1 yang bagus , Gunalah motor ini semasa kamu beraksi dekat dalam litar nanti " Balasan yang dijawab oleh Encik Jamree betul-betul membuatkan air mata Dahaa bertakung dan tunggu masa sahaja untuk mengalir.
" Terima kasih sebab sokong Dahaa, abah .. Dahaa sayang abah dan Dahaa akan buat yang terbaik sepanjang Dahaa berada di dalam dunia pemotoran" ucap Dahaa sambil memeluk si ayah.
" Abah sokong dengan minat kamu, bahagia kamu adalah bahagia abah .. abah dah tak ada orang lain untuk abah bahagiakan dekat dunia ini selain kamu " sambung Encik Jamree lalu membalas pelukan Dahaa.
YOU ARE READING
Track To Your Aim
RomanceDahaa Tahzir, seorang pelumba motorsikal yang terkenal di Malaysia yang mencemburi bidang ini pada usia yang muda . "Aku tahu berlumba di Jalan raya merupakan satu kesalahan, sebab itu aku pilih untuk menjadi pelumba motorsikal di litar " Dalilati...