"Dahaa, macam mana kau dapat lesen international tu eh ? "Tanya Dalilati.
"Obviously lepas aku dapat lesen motor aja aku terus mohon untuk lesen international lagipula as a formula 1 racer memang kena ada lesen international " Jawab Dahaa.
"Macam mana bapak kau boleh izinkan kau jadi racer formula 1 eh? apa pandangan orang-orang sekitar kau masa kau bertekad nak ceburui bidang ni "Soal Dalilati lagi.
" Mula-mula tu bapak aku memang tak bagi sebab dia anggap pelumba formula 1 ini terdedah dengan pelbagai risiko lah itulah inilah tapi aku ni memang suka merempit sebab aku ni racer kampung tau . Orang-orang sekitar aku tak ada cakap apa-apa pun sebab dia tahu aku memang suka merempit " Balas Dahaa.
"Nasiblah kau tak merempit area jalan besar , bandar atau seangkatan dengannya kalau tidak memang terkubur terus niat kau nak jadi racer ni " seloroh Dalilati.
"Come on lah aku masih lagi waras tau" ucap Dahaa.
" Jom ikut aku , aku nak kenalkan kau dengan anak angkat aku " ajak Dahaa.
"Ha? bila masa kau ada anak angkat ? sempat ke kau jaga anak kau tu ?" Soal Dalilati.
"Bukan anak angkat aku yang aku kena pergi JPN buat dokumen tu semua tu tapi ni anak kawan aku yang suka dengan perlumbaan formula 1 . Dia dengan satu family memang suka merempit tapi mak bapak dia je yang boleh merempit atas langit sekarang " Jawab Dahaa.
Sebaik sahaja Dahaa dan Dalilati sampai ke tempat yang Dahaa sudah berjanji untuk bertemu dengan Caliph, Caliph berlari menuju ke arahnya dan memeluk dirinya.
"Congratulations ayah sebab menang race hari ini!" Ujar Caliph keriangan.
"Terima kasih kesayangan ayah sebab menjadi salah satu motivate untuk ayah menang . Cal ingat lagi kan janji ayah ? " Tanya Dahaa.
"Janji? Janji yang nak bawak Cal jumpa ibu ? "Pertanyaan dibalas dengan Pertanyaan.
Ibu? ibu yang dimaksudkan itu aku lah kan?
"Ibu cantik ! pandai ayah cari " puji Caliph.
"Mestilah sebab ayah suka dekat ibu . Ayah tahu Cal mesti suka " ujar Dahaa.
"Cakap Terima kasih dekat ayahnda dan bonda Hay sebab diaorang yang buat Ayah dengan Ibu jumpa" kata Dahaa dan itulah yang menyebabkan Caliph tersenyum.
Dalilati bertanya kepada Dahaa sebaik sahaja Caliph kembali ke meja dan mendampingi Cailie.
"Ibu yang dia maksudkan itu , aku? Ayahnda dan Bonda yang dia maksudkan itu, Hir dan Hay?"Soal Dalilati.
Dahaa mengangguk mengiyakan.
Perjumpaan bersama rakan-rakan Dahaa hari ini diadakan di sebuah restoran ternama . Muzammir sahaja yang tidak dapat hadir dek kerana sibuk dengan urusan kerajaan kerana Muzammir mentadbir kerajaan tanpa seorang permaisuri.Pintu hatinya tertutup untuk mencari yang baharu kerana cintanya kepada arwah isteri yang syahid semasa melahirkan anak bongsu mereka terlalu kuat.
"So, my friend bila kau nak kahwin?"Tanya Dillon.
"Aish kau ni , balik-balik soalan itu juga yang kau tanya.. Dah tak lama dah, kitaorang free memang halal terus " Jawab Dahaa.
"Bagitahu secara spesifik boleh tak? Jadual aku , Cailie, Hir tu semua manalah tetap sangat macam Dal. Kang nanti salah seorang daripada kitaorang tak ada nanti kau mogok pulak" ucap Asytar.
Cailie dan Bahir mengangguk setuju. Macamlah mereka tidak kenal dengan kawan mereka yang mereka gelar sebagai "baby of the group" ini.
"2 minggu lagi , a week after aku race dekat sepang" ujar Dahaa.
"Bagus bagus nanti kau minta si burung ni sponser tiket flight honeymoon lepastu minta si ceo tu sponsor hotel honeymoon" kata Dillon.
"Habistu kau ? " Tanya Adrian.
"Aku? aku tukang makan ajalah masa majlis Dahaa ni nanti" dengan selamba, Dillon menjawab.
"Dasar buruk siku! Macam manalah umaira boleh tahan dengan perangai Bakhil kau ni eh " bidas Dahaa.
"Biarlah rahsia.."ujar Dillon.
"Ada yang sebut pasal kahwin ke tadi?" Soal Muzammir.
"Zam! ingatkan kau lama lagi. Hrm, adik kesayangan kau ni lah yang nak kahwin " Ujar Leon.
"Kau nak aku sponsor buat wedding of the year , ke?"Tanya Muzammir kerana dia tahu Dahaa suka menghabiskan duitnya dan rakan-rakannya yang lain. Mentang-mentanglah paling muda.
"Aku tak kisah tapi apa kata kau simpan duit untuk majlis kahwin kau . Kau perlukan permaisuri " saran Dahaa.
Adrian, Leon, Dillon,Asytar,Cailie dan Bahir mengelengkan kepala melihat aksi Muzammir dan Dahaa. Aduhai, Dahaa! Kau memang sengaja menaikkan darah Raja .
"Aku dah cakap berulang kali , Dahaa Tahzir! Aku tak akan kahwin lagi sekali dan rakyat tak akan dapat permaisuri lain. Cukuplah Ara sebagai isteri aku satu-satunya , bidadari syurga aku sampai mati lagipula anak-anak aku tak sokong aku kahwin lain " ujar Muzammir.
"Dal, jangan layan lah dua orang tu ya. Diaorang memang love-hate relationship" kata Dillon.
"Tengah cakap mengenai diri sendiri ke tu, bang?"Soal Bahir.
"Atleast aku tak songsang" Jawab Dillon.
"Akhirnya, Hiyyah dah ada kawan yang kerja pakai uniform" seloroh Aisyah.
"Itulah tu" sokong Buthaynah.
"Kawan beruniform dan kawan yang cuti tak tentu" sambung Catelia.
"Hrm, nak buat macam mana . Setakat ni yang selalu cuti pada hari yang sama Aku dengan Aisyah ajalah" ucap Umaira.
"Kalau Ara ada lagi memang dia lah geng kita . Tapi tak apalah, dia dah tunggu kita dekat sana " ujar Aisyah.
Kisah Cinta di antara Raja a.k.a Putera Mahkota Raja Muzammir Adraki dan Tengku Lashira Aralyn pernah menjadi perbualan hebat dan dikagumi . Disebabkan kesetiannya terhadap Lashira, Muzammir menetapkan bahawa sepanjang pemerintahannya nanti , Negerinya tidak akan ada permaisuri .
YOU ARE READING
Track To Your Aim
RomanceDahaa Tahzir, seorang pelumba motorsikal yang terkenal di Malaysia yang mencemburi bidang ini pada usia yang muda . "Aku tahu berlumba di Jalan raya merupakan satu kesalahan, sebab itu aku pilih untuk menjadi pelumba motorsikal di litar " Dalilati...