Keesokan Harinya..
" Dannasan, saya minta maaf sebab saya tidak dapat cuti pada hari ini" Ujar Dalilati.
" Dekat polis ni ada bakat untuk suami-suami tak ? " Soal Dahaa.
" Ei awak ni mengada-ngada lah . Mana ada . Bakat tu untuk isteri aja " Jawab Dalilati.
" Harini yome tak payah nak bawa motor pergi balai " ucap Dahaa.
" Eh? Kenapa pula ?" Soal Dalilati.
" Sebab .. harini yome ada personal driver yang akan hantar yome Pergi i
" Dannasan tidak kisah kalau Yome nak salahkan Dannasan sebab hati , jiwa dan raga dannasan semua yome dah gari" kata Dahaa sambil mengenyitkan mata kepada Dalilati.
Sebaik sahaja tiba di balai , Dalilati segera menuju ke mejanya memandangkan dia Masih lagi mempunyai kes untuk diselesaikan. Kes mengenai gadis yang dibunuh Masih lagi belum selesai sudah ditambah dengan kes lain iaitu mengenai orang yang dibunuh Dan dijumpai di tong sampah.
" Hei pengantin baru, tak cuti ke ?" Soal Melur.
" Soalan apa ni ? Ada Dua kes berat nak kena selesaikan siasatan , macam mana nak cuti " bidas Dalilati.
Melur tertawa, ya dia sendiri pun tidak dapat menafikan bahawa mereka sebagai anggota polis tidak akan dapat cuti bahkan ketika cuti ada sahaja urusan yang mereka perlu laksanakan Dan perlu datang ke balai.
Dalilati bagaikan lipas mengkudung Tika ini kerana dia hendak menyelesaikan banyak kes .
" Melur, ada perkembangan tak pasal kes perempuan kena bunuh tu?" Tanya Dalilati.
" Tak ada Puan, bukti-buktinya dah tak dapat dikesan" Jawab Melur.
" Awak nak cakap suspek hapuskan segala bukti itu ke ?" Soal Dalilati.
" Puan! I got a new clue" entah Dari arah mana Widad datang dan menuju ke arah Dalilati.
" Clue apa ni ?" Tanya Dalilati.
" Clue pasal pembunuhan tu Puan. Saya dapat rakaman cctv yang dah dibuang dan rakaman suara " Jawab Widad.
Dalilati mengambil bukti itu daripada Widad lalu melihat bukti yang diserahkan itu.
Ketika video itu berada pada minit yang ke 4 , Dalilati memberhentikan seketika tayangan video itu.
" Melur, cari lokasi tempat ni " arah Dalilati.
Melur mengangguk .
" Isteri yang cari rezeki, suami jadi suri rumah tangga ke ni ?" Soal Encik Jamree membuatkan Dahaa tertawa.
Aduhai, boleh pula abahnya berkata sedemikian .
" Bukan lah abah, Dua minggu ini aja abah nampak Dahaa terperap dekat rumah nanti bila dah sibuk dengan latihan Dan juga perlumbaan, jangan harap dapat jumpa Dahaa dekat rumah macam Dal " Jawab Dahaa.
" Nasib baik anak abah ni bukan suami yang king control " ujar Encik Jamree.
" Abah ni , mana mungkin Dahaa jadi king control kalau nak tawan hati menantu abah yang seorang tu susah . Kalau Dahaa control dia tak pasal-pasal Dahaa masuk penjara dulu " seloroh Dahaa.
Stress dengan kehidupannya kini, Encik Dahlan 'menyerang' Dalilati di Balai Polis.
" Puan!" Jerit Sally.
" Kenapa Sally? Ada kes yang perlukan kita untuk beraksi ke ?" Soal Dalilati yang sedang sibuk itu.
" Ayah Puan datang nak buat onar" Jawab Sally.
Dalilati melepaskan keluhan . Apa lagi yang menjadi isu daddynya untuk membuat onar di sini?
Tanpa memberikan sebarang kata terhadap Sally, Dalilati keluar ke luar balai. Sebenarnya, dia agak malas hendak berperang mulut dengan ayahnya memandangkan banyak lagi kes pembunuhan dia hendak selesaikan.
" Apa yang tuan nak ?" Tanya Dalilati.
" Tahniah ya sebab dah berkahwin. Tak ajak daddy pun " Jawab Encik Dahlan.
' Kalau ajak pun dia datang ke ?" Soal Dalilati di dalam hati.
" Jangan nak memutar belitkan cerita. I know you have something to tell me jadinya Sila beritahu sekarang kalau tidak saya masuk dalam semula " ujar Dalilati.
" Tolong bayar semua jaminan dan Saman aku " Ujar Encik Dahlan.
" Dalam mimpi ajalah " Jawab Dalilati. Dia Sudah penat ditipu dan Sudah masak dengan perangai daddynya yang tidak pernah untuk berubah itu.
Hidup daddynya memang untuk keluar masuk penjara sampai meninggal agaknya.
" Aku ni daddy kau, tak akanlah seorang anak tidak mahu tolong daddynya sendiri?" Bidas Encik Dahlan.
" Daddy ? Daddy atas kertas ! Kau ingat aku dah lupa pasal kau curang dengan mummy aku daripada awal kahwin sampailah dia mati? Kau bunuh mummy aku dengan dadah! Kalau aku tolong kau Hari ini pun , apa yang aku dapat? Aku dapat malu . Kenapa malu? Sebab kalau aku bayarkan sekalipun tak lama kemudian muncul jugak laporan jenayah yang kau buat " kata Dalilati.
Malas hendak berhadapan dengan Encik Dahlan yang tidak habis-habis menyakitkan hatinya bahkan dia merupakan ayah kandungnya, Dalilati segera masuk ke dalam balai untuk menyelesaikan kerjanya.
Sebaik sahaja masuk ke dalam, Dalilati terpandang akan file kes yang berkaitan daddynya yang berada di atas mejanya .
" Mummy, Dal tak boleh nak tangkap daddy tapi Dal sakit sangat . Apa lagi cara yang Dal kena buat untuk insafkan Daddy Dan hentikan dia daripada buat semua ini ?" Rintih Dalilati.
Flashback
" Dal.." seorang emak memanggil anaknya.
" Ya, mummy . " Balas sang anak .
" Dal janji dengan mummy boleh ?" Tanya Puan Durrah.
" Janji apa tu , mummy?" Soal Dalilati.
" Boleh tak Bila dah besar nanti, Dal jadi polis ?. Tolong mummy untuk pantau gerak geri daddy ? " Puan Durrah kembali menyoal.
Dalilati mengetap bibirnya. Dia tahu Impian Mummynya untuk menumpaskan daddynya di tangan sendiri tidak berkesampaian.
" Mummy, macam mana Kalau Dal tidak dapat menumpaskan daddy ?" Tanya Dalilati polos.
" Jangan cakap macam itu sayang , mummy yakin Dal boleh " Jawab Puan Durrah.
YOU ARE READING
Track To Your Aim
RomanceDahaa Tahzir, seorang pelumba motorsikal yang terkenal di Malaysia yang mencemburi bidang ini pada usia yang muda . "Aku tahu berlumba di Jalan raya merupakan satu kesalahan, sebab itu aku pilih untuk menjadi pelumba motorsikal di litar " Dalilati...