BAB 3

27 3 0
                                    

" Bibik ngak sangka bahawa kamu udah berhasil menjadi polisi" ujar bibik .

" Alhamdulillah , berkat sokongan bibik juga yang dalam diam jumpa kita tanpa pengetahuan bapak" kata Dalilati.

" Kamu semua baliklah balai dahulu, nanti saya menyusul sebab ada perkara penting nak kena siasat dekat sini " Dalilati memberikan arahan sebaik sahaja anak-anak buahnya berkumpul di situ.

Dalilati ingin mengeledah bilik bapanya untuk mencari bukti yang berkaitan dengan kegiatannya selama ini.

Bilik tidur si ayah dimasuki dan Dalilati memulakan penyiasatannya. Segala bukti mengenai kegiatan haram yang dilakukan oleh bapanya termasuklah kegiatan memperdagangkan manusia.

Bapanya menipu semua orang bahawa dia berniaga kereta tetapi dia melakukan aktiviti memperdagangkan manusia.

Bapanya sudah tidak boleh terlepas , Bapanya perlu mendapatkan hukuman setimpal!

Hari ini merupakan hari perlawanan . Hatinya berdegup kencang tetapi tatkala melihat gambar Dalilati yang diambil secara dalam diam semasa di Balai Polis menyebabkan semangatnya meningkat semula.

"Bahir.. race dah nak mula, pergi dekat line up sekarang" arah jurulatihnya dan mendapat anggukan daripada dirinya sendiri.

Dahaa menganggap bahawa perlumbaan ini merupakan perlumbaan untuk mendapatkan hati Dalilati.

Ready.. Set .. Go!

Pada awal permulaan , Dahaa membawa dengan kelajuan yang perlahan tetapi masuk sahaja ke laps kedua , Kelajuan motorsikal terus ditingkatkan begitu juga dengan laps terakhir.

" Looks like Mr.Jamree from Malaysia win the race ! "

Dahaa tersenyum. Impiannya untuk menewaskan musuh utamanya dalam pelumbaan tercapai.

Abahnya iaitu Encik Jamree turut mengikutinya dalam pelumbaan berlari ke arah Dahaa lalu memeluknya.

"Congratulations anak abah, abah bangga dengan Dahaa" ujar Encik Jamree.

"Tanpa sokongan abah dan motor yang abah hadiahkan ni , Dahaa tak akan mampu berada di sini" kata Dahaa.

"Nampaknya rezeki Dahaa memang berada di dalam sukan pemotoran . Teruskan perjuangan mu di sini anakku . Abah tahu kamu dapat motivation lain selain daripada abah " seloroh Encik Jamree.

"Motivation apa? mana abah tahu?" Soal Dahaa terkejut .

" Macam lah abah baru kenal kami sehari dua, kamu dah dilamun Cinta kan sebab itu kamu punya motivasi untuk berlumba meningkat " Jawapan yang diberikan oleh Encik Jamree membuatkan Dahaa tersenyum.

" Kau kenapa selongkar barang anak aku ? Kau memang tak berhati perut langsung sebab tangkap bapak sendiri " marah Datin Hajah Wan Hafsah.

" Bapak sendiri atas kertas ajalah , dah anak kesayangan Datin Ni penjenayah tak akan saya Nak biarkan " bidas Dalilati sambil memandang atoknya.

Atok yang sentiasa berhubung dan menyokong perbuatannya.

" Kau berdegil tak apa, aku boleh gunakan lawyer aku untuk keluarkan anak aku !" Jerit Datin Hafsah.

" Lawyer Datin tu bukan Bagus sangat pun . Bagus sangat lah Datin Ni.. suap orang dengan rasuah.. patutlah kes rasuah dekat Malaysia Ni meningkat sebab Datin Salah Satu penyumbang . Tak malu ke berasuah? Dah cukup ke amalan Baik Datin tu ?" Bidas Dalilati.

Sekiranya Arisya masih berkhidmat di sini, sudah pasti dia akan meminta tolong daripadanya .

Tatkala bukti yang diingini dijumpai, Dalilati segera mengambilnya . Dia akan pastikan rahsia sang ayah akan terbongkar Satu persatu .

" Ziyah.." panggil sang atuk.

" Ya atok.. Ada apa ?" Tanya Dalilati.

" berjuanglah habis-habisan semasa perbicaraan Nanti. Orang yang macam daddy kamu memang patut dihukum. Ini baru sedikit kesalahan yang dia buat, kesalahan lain belum diperketengahkan lagi" Jawab Dato' Dahlan.

" Terima kasih sebab sokong ziyah , atok.. ziyah sayang atok " ujar Dalilati dan kedua-duanya berpelukan erat.

Perlawanan sudah tamat dan Dahaa membuat keputusan untuk berehat sebelum menuju ke destinasi perlumbaan yang lain. Malam Nanti sebelum dia berlepas pada esok Hari akan adanya sesi training yang menjadi kebiasaanya pada setiap Hari.

" Good game , Dahaa! Congratulations because you managed to defeat me "Ujar juara perlumbaan formula 1 Dunia 5 tahun berturut- turut.

" You already won the race for 5 years so this is the time for me to shine" seloroh Dahaa.

Memandangkan Dalilati tiada masa untuk menonton television, dia sendiri mengirimkan gambarnya kepada Dalilati.

" Kau kenapa hantar gambar dekat aku? Takde kerja ke apa? "

" Aku Tahu kau sibuk akan kerja dan tidak sempat menonton berita jadinya aku hantar gambar ini dekat kau"

Dalilati tidak membalas sebaliknya memberikan tumpuan untuk memandu pulang ke Balai . Fikirannya sudah serabut dengan kerja ditambah lagi dengan Dahaa!

" Mr Jamree, we would love to make an exclusive press conference with you"

" Wait for a while, I will come soon "

Misinya untuk membanggakan negara sudah separuh dilaksanakan , misi memikat hati Dalilati sahaja belum .

" Sir.. what is your motivation to win this race?"

" My motivation is my parents and.. someone that I love and hope to be her husband soon "

Sorakkan Mula kedengaran di telinga Dahaa namun Dahaa hanya tersenyum tenang.

" Lilaaaaa!" Jerit rakan seperjuangan Dalilati.

" Kau Nak apa ? Aku baru balik daripada siasat kes ni, jangan cakap Ada kes baru pulak " ujar Dalilati.

" Bukan itu, aku sedih lah aku punya local formula One racer dah crush dekat seseorang, sweet betul dia siap cakap dekat wartawan yang dia harap dia dapat tawan hati orang yang dia suka tu " Kata rakan seperjuangan Dalilati lagi.

" Sudahlah kau, aku malas Nak dengar apa-apa info pasal mamat tu, tak ada kena mengena pun dengan kerja Kita" ujar Dalilati sambil menuju ke mejanya untuk mempersiapkan skrip Ucapan pada Hari esok memandangkan dia diarahkan untuk pergi ke sebuah sekolah menengah.

Dahaa pada ketika ini bukanlah Dahaa yang sekarang, tidak Sampai 2 jam selepas perlumbaan, Dahaa memulakan latihannya awal daripada biasa sehingga menyebabkan jurulatihnya terkejut.

" Awak mimpi apa Malam tadi Sampai awal sangat mulakan Latihan ?" Soal sang jurulatih.

" Mood saya baik Hari ini coach, kalau Nak Berjaya Kita kena gandakan sedikit usaha " Jawab Dahaa sambil memperkemaskan topi keledarnya.

Ketika itu, wartawan, penonton yang hadir bahkan saingannya sendiri sudah pulang ke destinasi masing-masing, hanya tinggal Dahaa dan pasukannya.

" Nampak gayanya Malam ini tak adalah Latihan , bersedia dekat garisan Mula dan anggap Ni perlumbaan sebenar sebab masa akan diambil" pesan jurulatih Dahaa.

Dahaa mengangguk lalu menghidupkan enjin motornya. Ingatkan 1 sahaja set laps yang akan dibuatnya pada petang itu rupa-rupanya 3 set !

Track To Your Aim Where stories live. Discover now