" Kau beritahu aku dekat mana kau letak semua orang yang kau dagangkan! Beritahu aku sekali dekat mana kau jual diaorang dekat Thai tu" Soal Dalilati dengan nada yang serious.
" Aku takkan buka mulut pasal ini lagipula ini rahsia" Jawab suspek itu.
" Rahsia? Rahsia apa? Disebabkan perangai kau inilah masaalah jenayah dekat negara kita tak pernah berkurangan tahu tak " Marah Dalilati.
Dalilati sudah mengetahui port persembunyian suspek yang berada di hadapannya ini cuma tengah menunggu masa untuk meletup!
Disebabkan kes ini maka Dalilati beserta pasukannya bekerjasama dengan Polis Thailand untuk mencegah aktiviti ini .
"Rizky.. Kurung diaorang ini dan make sure jangan bagi dia terlepas " arah Dalilati . Sesi soal siasat akan diadakan seawal yang mungkin.
"Arahan diterima,puan!" sambung Rizky.
Dalilati tekad untuk ke Bangkok , menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dengan bantuan polis Thailand menumpaskan penjenayah yang terlibat dalam kes ini.
Sebaik sahaja sang penjahat dibawa pergi oleh rakan sekerja Dalilati, Dahaa menghampiri gadis idamanya yang dia sudah jatuh cinta sejak pandang pertama di Balai Polis .
" Kau tak nak ikut aku pergi England?" Tanya Dahaa.
Dalilati tersentak, soalan apa yang dia dapat ini?
" Soalan yang tak bernas , kau nak aku gari kau jugak macam mana aku gari dia tadi?" Soalan dibalas dengan soalan .
"Aku taknak kau gari aku dekat tangan , aku nak kau gari aku dekat hati " Jawab Dahaa.
" Ei! sudahlah kau , malas aku nak melayan orang gila macam engkau ni .. Jangan tanya kalau mahkamah keluarkan waran tangkap dekat aku untuk tangkap kau " ujar Dalilati dengan nada yang tegas.
Dahaa tersenyum , misi dia untuk memikat hati Dalilati sudah dimulakan!
Sebelum dia terbang ke England, Kebanyakkan peminat sukan pemotoran mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama dirinya . Mereka juga menitipkan ucapan kepada dirinya.
" Goodluck race dekat England! Make Malaysian pround"
"Caiyok Dahaa! Please Kalahkan pelumba yang handal tu kali ini"
Dahaa hanya mengenakan tshirt dan ditutupi dengan hoodie pasukan pelumbaannya sahaja . Dia malas hendak memakai set lengkap yang dia selalu pakai ketika pelumbaan kerana panas .
Bagaimana dengan motor yang dia gunakan untuk berlumba di litar ? motor itu sudah diletakkan di kapal yang bertugas untuk membawa barang termasuklah parcel.
Balik sahaja daripada Lapangan Terbang , Dalilati terus diserang oleh Melati.
" Kenapa kau tak ajak aku pergi airport? aku nak tengok Dahaa Tahzir aku untuk kali terakhir sebelum dia berlepas" ujar Melati.
" Aku pergi airport sebab apa?" Tanya Dalilati yang sememangnya ingin menyedarkan Melati bahawa dia pergi ke sana disebabkan kerja bukan ingin mencuci mata.
" Sebab kau tangkap penjenayah, bukan 1 tapi 3 " Jawab Melati.
" Tahu pun kau , aku menang tak ada masa nak tengok Dahaa Tahzir ke apa ke yang engkau minat sangat tu sebab aku busy , ini pun aku dah dapat arahan untuk pergi ke Thailand musnahkan markas suspek yang bertapak dekat sana "ujar Dalilati.
" Puan! Bilik dah sedia untuk mulakan sesi soal siasat" Laung Hazami.
Dalilati mengangguk faham . Nasib baik dia sudah menukar uniform kepada uniform polis semula sebelum dia sampai ke balai.
Sebaik sahaja masuk ke dalam perut kapal, wajah Dahaa tidak henti-henti mengukirkan senyuman. Dia mempunyai azam baharu , selain daripada berlumba untuk membanggakan abahnya dia juga ingin membanggakan Dalilati walaupun Dalilati bersikap Dingin kepadanya . Tidak mengapa , dia tidak akan mengalah .
" Kamu dah kenapa tersenyum sorang-sorang ini Dahaa?"Tanya jurulatihnya.
"Tersengih sorang-sorang sebab motivasi saya untuk menang perlumbaan ini meningkat dua kali ganda " Jawab Dahaa.
" Bagus! i love your spirit" puji jurulatihnya dan ianya membuatkan Dahaa tersenyum .
walaupun baru kali pertama berjumpa namun Dahaa sudah angau dengan Dalilati.
Selepas sahaja habis perlumbaan di England, dia akan berehat selama 3 hari sebelum menyambung perlumbaan di Bangkok.
"Kenapa kau tidak bukak mulut langsung? Kenapa tidak berikan kerjasama ? tahu tak semua yang keluar daripada mulut kau tu penting bagi kitaorang" marah Dalilati.
" Itu hak aku .. suka hati aku lah nak jawab ataupun tidak " sang pelaku memberikan respons yang bagaikan hendak diterajang oleh Dalilati.
" Aku tahu game kau , aku dah berkeras jadinya kau jangan terfikir nak terlepas " ujar Dalilati.
" Uu takutnya aku , setakat berhadapan dengan polis cabuk macam engkau ni aku tak takut langsung "
3 pegawai polis yang berada di luar tersentak mendengar kata-kata sang suspek. Polis cabuk dia cakap? No! Dalilati merupakan seorang inspektor polis yang digeruni dan berpotensi tinggi.
Dalilati memberikan isyarat kepada anak buahnya untuk memasukkan suspek yang berada di hadapan matanya ini kembali ke dalam lokap.
" kau dah boleh balik, eh tak jangan balik lagi " ujar Melati.
" Kau ni jangan main-main boleh tak? shift aku dah habis takkan tak boleh balik pulak lagipula aku kena sediakan mental dan fizikal aku untuk hari seterusnya" ngomel Dalilati.
"Atasan arahkan kau untuk siasat kes mengenai bapak kandung kau " kata Melati.
" Forget it, aku boleh siasat tapi aku tak akan mengaku dia bapak aku same goes to my dad ! " ujar Dalilati.
Melati terdiam . Dia tahu asbab Dalilati membenci ayah kandungnya walaupun ayahnya merupakan ahli perniagaan yang terkenal.
Dato'Rashdan mengemas barangnya dengan keadaan yang tergesa-gesa.Dia perlu lari daripada sini sebelum polis tiba namun hasratnya tidak berjaya tatkala polis sudah berkumpul di hadapan rumahnya.
Bibik yang setia bekerja di rumah Dato'Rashdan terkejut tatkala melihat Dalilati di hadapan pintu . Rindu terhadap Dalilati tidak dapat digambarkan.
" Cik muda.. Cik muda pergi mana? bibik kangen banget sama kamu " Tanya bibik Dato'Rashdan.
"Bik, nanti aja ya kita ngobrol.. aku di sini bukan sebagai Cik muda kamu tetapi sebagai polisi" Jawab
Dalilati.Memandangkan pintu rumah ini terbuka, Dalilati meluru masuk ke dalam dan menuju ke bilik Dato'Rashdan . Dekorasi rumah ini sudah berubah 100% daripada kali terakhir dia berada di sini.
Pintu bilik Dato'Rashdan diketuk kuat . Tatkala dia menyoal , tiada sebarang respons yang diberi . Dalilati sendiri yang sahaja untuk mendiamkan diri biar Dato'Rashdan sendiri yang menunjukkan mukanya.
Akhirnya Dato'Rashdan keluar juga dalam masa 15 minit selepas itu. Dengan segera Dalilati mengari tangannya.
" Dato'Rashdan , anda ditangkap disebabkan pelbagai faktor . JANGAN melawan atau berkata apa-apa pun selagi belum sampai ke balai" tegas Dalilati .
YOU ARE READING
Track To Your Aim
RomanceDahaa Tahzir, seorang pelumba motorsikal yang terkenal di Malaysia yang mencemburi bidang ini pada usia yang muda . "Aku tahu berlumba di Jalan raya merupakan satu kesalahan, sebab itu aku pilih untuk menjadi pelumba motorsikal di litar " Dalilati...