BAB 21

10 1 0
                                    

Keesokan Harinya..

" Yome betul-betul dah sihat ke ni? Tak payahlah masuk kerja lagi hari ini " Tanya Dahaa.

" Tak boleh Dannasan , Yome memang tak boleh cuti " Jawab Dalilati.

" Yome, Dannasan tahu Yome memang susah nak dapatkan cuti sebab polis memang jarang cuti tapi kelihatan pun kena jaga juga" Bebel Dahaa.

" Sayang juga Dannasan dekat Yome ya " sempat lagi Dalilati mengusik.

" Kalau tak sayang tak adanya dannasan bersungguh-sungguh nak dapatkan hati Yome " ucap Dahaa.

Telefon bimbit Dalilati pun berbunyi, aduhai kacau daun betul!

" Puan... Puan.. Puan.." kata Damien.

" Dah kenapa? Tak sabar nak kena Bebel ke ?" Tanya Dalilati.

" Bukan itu puan." Ujar Damien.

" Habis ?" Tanya Dalilati sekali lagi. Tolong lah jangan ada kes baharu untuk dia siasat cukuplah hanya tinggal satu sahaja kes yang Masih lagi perlukan siasatan polis.

" Puan diarahkan untuk pergi ke ibu pejabat secepatnya hari ini juga" sambung Damien lalu menamatkan panggilan.

Dalilati mengerutkan kepalanya. Mengapa Tiba-Tiba sahaja ?

" Damien ! Jangan gula-gulakan saya " Marah Dalilati.

Damien tertawa. Sebenarnya dia sengaja mahu membuatkan Dalilati Marah kepadanya.

Mujurlah dia tidak terlambat untuk tiba di pusat latihannya memandangkan Dalilati mengambil cuti rehat secara tiba-tiba. Walaupun dia tengah cuti berlumba namun tanggungjawabnya untuk datang berlatih tetap perlu dilaksanakan.

Berdasarkan jadual perlumbaan, perlumbaan seterusnya akan berlangsung lagi 3 bulan yang akan datang .

Seperti biasa, sebelum berlatih , Dahaa akan berinteraksi dengan motornya.

" Hei boy, sorry you are not the top one for me anymore." Kata Dahaa.

Serta merta , motor Dahaa itu berbunyi Dan menyebabkan Dahaa tertawa. Aduhai, Jealous ya?

" Eh eh dia ni , nak jealous Kenapa ? Jangan risau walaupun dah tak top for me tapi dirimu akan menjadi motor kesayangan sampai bila-bila" sambung Dahaa lalu naik ke atas motor kesayangannya.

" Awal berlatih, ada apa-apa ke tu?" Tanya jurulatih Dahaa.

" Saja, sementara cuaca masih lagi cantik " Jawab Dahaa.

" Jangan lupa bulan depan " ujar sang jurulatih.

" Ha? Bulan depan ada apa? " Soal Dahaa.

" Bulan depan kan ada friendly race " Balas jurulatihnya.

" Oh, yang itu memang tak akan lupa " kata Dahaa.

Lawan yang akan menjadi pesaingnya ketika itu merupakan seseorang yang handal dalam bidang ini bahkan berdasarkan cerita Melur, lelaki itu menyimpan perasaan terhadap Dalilati sejak dahulu lagi.

" Aku dah berjaya mengalahkan kau sebab aku yang berjaya tawan hati Dalilati, aku juga akan kalahkan kau bulan depan " ujar Dahaa di dalam hati. Dia bertekad mahu menumpaskan kawannya itu.

Sebenarnya, pada hari ini Dalilati sudah tidak dibebani dengan kes-kes berat . Itu sudah membuatkan dirinya sedikit senang.

" Puan, kita ada job baharu" ujar Damien.

" Job apa? Awak jangan gula-gulakan saya lagi " Tanya Dalilati.

Damien menyerahkan ipadnya kepada Dalilati sebagai jawapan kepada Pertanyaan Dalilati.

Dalilati membaca satu persatu maklumat di ipad Damien. Mereka perlu membuat serbuan hari ini.Serbuan terhadap syarikat pemerdagangan manusia. Misi ini tidak melibatkan TLDM memandangkan syarikat itu tidak berada berdekatan laut.

" Kita boleh access gerak geri mereka,Puan" ujar Damien sekali lagi.

" Kita akan buat serbuan selepas makan tengahari. " Kata Dalilati.

" Baik Puan" kata Dalilati.

Sebenarnya, 2 orang anggota polis sedang menyamar Dan menyorok di situ . Suara pihak musuh yang boleh diacsess Dan membolehkan Dalilati mendengar segala perkataan yang keluar daripada mulut musuh itu.

Setengah jam sebelum waktu makan tengahari selesai, Dalilati Dan Damien memulakan perjalanan ke markas pihak musuh.

Track To Your Aim Where stories live. Discover now