Dalilati Dan anggota polis yang lain menunggu masa sahaja untuk menceroboh masuk ke dalam markas sang musuh.
Semasa melihat musuh sedang bersenang lenang, Dalilati memberikan isyarat supaya mereka mula menyerbu markas musuh .
Dalilati sengaja meminta seorang Dari mereka untuk melakukan bunyi yang boleh menarik perhatian musuh.
" Wei! Bunyi apa tu wei! Kita semua akan terbakar ke ?" Tanya pekerja syarikat itu.
" Wei! Aku tak nak mati! Jom cepat kita keluar Dari sini " Jawab rakannya.
Cepat betul anak-anak buah Dalilati membuat kerja, mereka berdua terus menggari Dua orang pekerja itu.
" Siapa pula yang kacau kita ni? Eh Kejap kita digari?! Tidak! Polis dah berjaya jejak kita!" Ujar pekerja itu.
" Bagitau kitaorang kegiatan menipu apa lagi yang korang nak buat ?" Tanya Dalilati dengan nada yang dingin.
" Eh mana ada kitaorang buat kegiatan apa-apa" Pekerja itu menafikan persoalan Dalilati.
" Teringin nak makan pistol ke ? Cuba cakap betul-betul! Kitaorang Tanya dengan cara yang baik ni " kata Melur.
"Ada lagi 100 client .. " belum sempat lelaki yang berada di hadapan Dalilati Dan Melur menghabiskan ayat-ayatnya, sang majikan yang merangkap sebagai empunya syarikat itu sudah menjerit meronta.
" Okay fine, taknak Jawab takpe .. nanti akan ada Soal siasat dekat balai sebelum korang kena heret masuk Mahkamah. Kalau tak berikan kerjasama, nahaslah korang" perli Dalilati.
Semua pekerja termasuk boss mereka Sudah berada di dalam kereta polis. Mereka semua Sudah dibawa ke penjara tetapi Dalilati Dan Melur Masih lagi belum pulang dari situ kerana mereka mahu merampas semua aset syarikat itu.
Dahaa menyimpan semula suit baju lumbanya di locker. Satu disimpan satu lagi berada di rumah kerana dia membasuhnya hari itu.
Tatkala dia menoleh ke belakang, dia terkejut kerana ada seorang Wartawan di belakangnya.
" Apa awak buat dekat sini ?" Tanya Dahaa dengan nada yang penuh terkejut.
" Datang untuk merakam segala kegiatan awak sebagai pelumba " Jawab Wartawan itu.
" Ha? Bila masa pula saya ada wawancara?" Soal Dahaa .
" Baru sahaja berkuatkuasa hari ini" Jawab sang Wartawan.
Dahaa mengerutkan keningnya, mengapa dia tidak tahu dan mendapat sebarang maklumat mengenai ini?
Sekiranya Dalilati tahu yang tiba-tiba dirinya diwawancara Dan didokumentasikan pasti dia akan membebel kerana dia tidak memberitahunya.
* Maaf, saya perlukan bukti yang saya kena diwawancara. Saya tak suka orang terus datang wawancara saya tanpa ada maklumat " kata Dahaa.
Dia tidak kisah diwawancara seperti Kebiasannya yang dimana dia diwawancara selepas tamat perlumbaan tetapi diwawancara seperti ini , dia tidak menyukainya.
Bukan mahu berlagak sombong tetapi setiap insan memerlukan ruang mereka sendiri. Ada masa mereka memerlukan privacy .
Rasa ingin Marah ditahan terlebih dahulu memandangkan sekarang ini mereka perlu bersiap sedia untuk menyoal siasat suspek.
Mereka tidak mempunyai perasaan bersalah agaknya kerana perbuatan mereka amat kejam!
Sang empunya syarikat itu menjeling ke arah Dalilati Dan Dalilati perasan akan perbuatan tersebut.
Ewah! Ewah ! Ewah! Apa jeling-jeling? Lempang Kang!
Bukan Dalilati yang akan menduga mereka tetapi rakan sekerjanya yang mengambil alih. Dalilati memerhatikan Dari luar .
Disebabkan Dia tiada masa untuk berehat, dia lupa untuk bertanyakan keadaan Dubbies kepada bapa mertuanya .
Pegawai polis yang melakukan soal Jawab kepada sang pelaku itu memandang Dalilati Dan Dalilati pun memberikan isyarat untuk memulakanya.
Masaalah ini Sudah semestinya akan dibawa ke Mahkamah tetapi pihaknya meminta sedikit masa sebelum perbicaraan kerana bukan senang Dan bukan sedikit untuk mengumpulkan mangsa yang tertipu oleh mereka.
" Dubbies, ibu tak angkatlah ayah Telefon. Ibu tengah sibuk sekarang ini " ujar Dahaa sebaik sahaja dia tidak berjaya menghubungi Dalilati buat Kali kedua.
" Ibu tengah sibuk tumpaskan penjenayah sebab itu ibu tak Jawab . Nanti bila ibu dah siap, ibu Telefon lah tu" kata Encik Jamree.
" Jangan berkecil hati Dan jangan cakap ibu tak sayangkan Dubbies Tau. Kalau tak ada penjenayah memang dah lama ibu duduk lengang kangkung dekat rumah " sambung Encik Jamree.
Sepanjang Dahaa berlatih, Encik Jamree sempat melihat berita Dan di dalam berita itu menuar-uarkan pencarian mangsa yang ditipu oleh syarikat yang sedang hangat diperkatakan sekarang .
YOU ARE READING
Track To Your Aim
RomanceDahaa Tahzir, seorang pelumba motorsikal yang terkenal di Malaysia yang mencemburi bidang ini pada usia yang muda . "Aku tahu berlumba di Jalan raya merupakan satu kesalahan, sebab itu aku pilih untuk menjadi pelumba motorsikal di litar " Dalilati...