PROLOGUE

1.8K 54 0
                                    

26 OKTOBER 03, 21:03

SEMUA ahli keluarga yang menyambut sambutan hari lahir rayden al-mateen terlihat sangat bahagia. pelbagai senyum yang dapat kanak-kanak lelaki itu lihat, tapi satupun langsung tidak menarik perhatiannya, melainkan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang duduk berseorangan sambil memegang patung beruang di tangannya.

kanak-kanak itu nampak bosan, hanya duduk diam sahaja di bangku. kek serta makanan ringan yang ibunya berikan juga langsung tidak dia jamah, lihat apatah lagi. kanak-kanak itu hanya khusyuk bermain dengan patung beruangnya, tanpa mempedulikan keadaan yang riuh rendah disekelilingnya.

rayden al-mateen masih memandang. matanya langsung tidak lari dari menatap kanak-kanak perempuan itu. seketika ia memandang, mungkin dia perasan yang ada seseorang yang menatapnya dari jauh. kanak-kanak perempuan itu melambai, tapi rayden al-mateen tidak membalas, dia hanya sekadar melihat sebelum fokusnya tertumpu pada majlis hari lahir ini, majlis dimana dia diraikan oleh ramai orang.

"ish, apalah dia tu! orang dah lambai, dia buang muka pula!" ayat yang dituturkan oleh kanak-kanak perempuan itu mendapat perhatian dari ibunya, puan ratna. sebelum dia melabuhkan punggung disebelah anaknya, terlebih dahulu bibirnya bertanyakan soalan.

"sayang ibu membebel apa sorang-sorang ni? siapa yang lambai azalea? cuba sayang bagitahu ibu" puan ratna mengelus lembut ubun-ubun anaknya sambil mendaratkan sebuah kucupan kasih sayang di kepala anaknya.

"budak itulah ibu! dari tadi dia asyik pandang azalea, tapi bila azalea lambai, dia buang muka. sombong betul! azalea tak suka dia!"

luahan hati yang azalea sampaikan bukan sahaja menarik perhatian puan ratna, malah puan aisyah yang kebetulan lalu disitu. tersenyum mereka melihat kelatah azalea, geli hati pun ada. usia tak padan dengan mulut! kecil-kecil lagi dah pandai kutuk anak orang.

"amboi! azalea marah siapa ni? cuba bagitahu mama aisyah. mana tahu, mama aisyah boleh tolong azalea smack down budak yang tak balas lambaian azalea tu tadi?" puan ratna memukul lembut bahu puan aisyah. puan aisyah ini, kalau bab azalea, dimanjakan betul! kadang-kadang dia keliru juga. azalea itu anak dia ke, anak puan aisyah?

"ish, jangan macam-macamlah aisyah. biasalah budak-budak. tadi dia kata rayden asyik pandang dia, tapi bila di lambai, rayden tak balas. itu yang azalea tak puas hati tu"

puan aisyah membulatkan mata, berpura-pura terkejut. dia mencekak tangannya di pinggang, berpura-pura yang dia sebenarnya marah dengan sikap rayden.

"rayden buat macam tu dekat azalea? beraninya dia! azalea tunggu sini, biar mama aisyah panggil dia ke sini" puan ratna ingin menahan puan aisyah. takut pula dia tersalah erti dengan kata-kata azalea tadi. tapi apabila puan aisyah mengenyitkan mata tanda dia tidak serius mahu memarahi rayden, puan ratna menghela nafas lega. karang tak pasal-pasal dia yang kena nanti.

"marah dia mama aisyah! marah dia banyak-banyak!" azalea bersorak gembira. suka benar dia apabila melihat puan aisyah menuju kearah rayden untuk memarahinya, tapi apa yang dia sangkakan lain daripada apa yang ia bayangkan. puan aisyah bukan memarahi rayden, sebaliknya, dia membawa rayden kearahnya!

"eh? kenapa mama aisyah tak marah anak dia? mama aisyah tak sepatutnya bawa lelaki tu dekat sini, azalea tak suka!" puan ratna tersenyum sahaja apabila mendengar rungutan dari anaknya yang berusia enam tahun itu. memang tak puas hati betul azalea apabila puan aisyah membawa rayden menuju kearahnya. tengok muka pun, bila-bila masa sahaja boleh bertukar jadi singa itu nanti.

"haa azalea, ini rayden. tadi azalea cakap dekat mama yang azalea tak puas hati dekat rayden kan? apakata azalea luahkan amarah azalea tu dekat rayden sekarang. biar rayden dengar" arah puan aisyah sambil tersenyum manis.

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now