BAB SEMBILAN BELAS

498 20 3
                                    

KAWASAKI ZX25R yang dipandu laju akhirnya berhenti disebuah tapak parkir kereta yang sunyi. tiada sebarang sosok manusia yang dapat dia lihat. hanya dia seorang sahaja di situ, ditemani dengan sapaan angin lembut yang menerpa wajah dan rambut lembut coklatnya yang terurai.

helmet merek agv dibuka, lalu diletakkan diatas motosikalnya perlahan. tiada apa sebenarnya yang dia mahu lakukan. dia sekadar hanya mahu menenang diri, mengosongkan fikiran yang penuh dengan permasalahan hidup yang sudah semestinya hampir memakan dirinya sendiri.

dia sudah muak dengan semua benda. semua perkara yang dia cuba lakukan tidak pernah kena dengan orang lain. semuanya salah, semuanya tak betul. semua yang dia buat umpama hina dimata mereka.

kadang-kadang dia pernah berfikir, adakah dia seteruk itu? adakah dia memang tak pernah beruntung dalam hal percintaan? atau adakah memang nasib tidak pernah berpihak kepada dia?

dia sendiri pun tak pernah tahu. bahkan sekarang, dia malas untuk ambil tahu. perasaannya dikhianati berkali-kali, tetapi tiada seorang pun yang datang untuk meminta maaf. adakah manusia terlampau pentingkan diri sendiri? sehingga kata maaf pun susah untuk diungungkapkan?

“sedih betul engkau ni rayden... hidup tak pernah bahagia... sentiasa penuh dengan kekecewaan aje...” rayden berkata sendiri sambil bermain dengan jarinya. dulu dia ada seseorang yang mampu merawat luka, sekarang orangnya sudah tiada. jadi, dia sendiri sahajalah yang kena memujuk diri, untuk berdamai dengan keadaan.

“hidup tak pernah betul. padahal hidup kau sentiasa terisi, cuma hati aje yang terasa kosong...”

“orang yang kau sayang ada, tapi entah kemana pula dia pergi. padahal sekarang ni kau memang perlukan dia...”

“sakit sial. aku anggap dia rumah, tapi dia cuma anggap aku sebagai persinggahan...”

rayden memandang langit, menatap cahaya bulan yang menyinari malam. sama seperti hidupnya, cuma, cahaya yang menerangi itu sekarang semakin malap. sudah tidak seindah dulu.

“aku adalah orang yang satu-satunya sayang kau, meskipun kau bagi aku beribu alasan untuk tidak...”

“jauh kau terbang azalea, terlalu jauh sampai aku susah nak gapai”

“macam mana aku nak hidup sekarang, kalau ubat yang sentiasa buat aku tenang dah hilang?”

rayden mendiamkan diri buat seketika. tiba-tiba hati terasa berat untuk terima semua ini. terlalu pelik, dia yang lepaskan, tapi dia juga yang inginkannya kembali.

“aku tak tahulah kenapa aku masih berharap. meskipun hati aku berkecai sebab cintai engkau...”

itu maknanya kau masih sayang dia”

azrael berkata sambil mengatur langkah untuk berdiri di sebelah rayden. dia tidak memandang, mata kekal menatap bulan.

gio juga sama. dia menepuk lembut bahu rayden sebagai tanda sapaan. dia tahu keadaan lelaki itu, sebab itu dia kesini. setidaknya rayden tidaklah keseorangan, kerana masih lagi ada ramai orang yang peduli tentangnya.

“hidup ini umpama cerita rayden. mungkin pada mula ramai yang benci, sebab mereka tak baca keseluruhan cerita dalam buku tu sampai habis”

“manusia memang ramai yang macam tu. diaorang percaya first impression itu segalanya. tapi diaorang tak percaya yang cinta pandang pertama mampu mengubah dunia” azrael berkata sambil mengeluarkan sepuntung rokok, lalu menyedutnya.

“samalah macam kau. kau dah berubah sejak kau jumpa perempuan tu” gio menyampuk.

“merepeklah kau, tak ada yang berubah pun pada aku” rayden tersengih, seakan-akan dia geli hati dengan apa yang gio baru katakan tadi. walaupun sebenarnya, hatinya terlalu sakit.

“kau berubah, rayden. aku perasan sejak kau jumpa azalea, kau dah tak macam dulu. azalea tu umpama ubat, yang mampu tenangkan orang lain yang ada dalam tubuh kau”

“kau dah tak macam dulu. yang selalu bunuh orang sesuka hati, yang langgar undang-undang semata-mata untuk dapatkan apa yang kau nak. kau dah jadi yang lebih baik, cuma engkau yang tak sedar”

rayden gelengkan kepala. dia sedaya upaya menidakkan segala apa yang gio katakan. dia tidak mahu dengar kerana disebabkan gadis itu, dia dapat luka yang paling teruk dalam hidupnya.

mencintai azalea membuatkan dia sedar, bahawa tak semua benda di dalam dunia ini yang kita mahukan akan tercapai. sesekali kita juga perlu tidak terlalu mendongak kelangit, supaya kita tidak perlu basah kerana air hujan yang menimpa.

dia dah tak bermakna untuk aku. aku janji aku akan bunuh dia kalau aku nampak dia”

sebab sekarang dia tidak seberharga itu untuk aku”

azrael ketawa sendiri. putung rokok yang ada ditangan dilempar kebawah lalu dipijak dan digeser beberapa kali. perhatiannya kini tertuju kepada rayden.

“berani ke kau nak bunuh orang yang pernah menjadi sebahagian dari hidup kau?”

jeda.

“berani ke kau nak bunuh orang yang kau masih harapkan balasan cinta dari dia, meskipun dia berkali-kali sakitkan hati kau?”

rayden mendiamkan diri menunduk kebawah. berat mulut untuk membalas, berat lagi hati yang memikul.

“AKU TANYA KAU NI SIAL! BERANI KE KAU BUAT MACAM TU DEKAT DIA?!” kolar hoodie rayden direntap kuat. tumbukan azrael sudah sedia untuk dihayunkan pada wajah rayden yang kelihatan lemah. gio sudah panik, bergegas dia cuba untuk meleraikan kedua-dua kawannya itu.

“SUDAH AZRAEL! FAHAM KEADAAN DIA SEKARANG!”

“HANYA SEBAB PEREMPUAN TU KAU BOLEH LEMAH MACAM NI SEKALI RAYDEN? LELAKI JENIS APA KAU NI?!”

tumbukan dihayunkan berkali-kali, sehingga membuatkan bibir rayden pecah. tetapi lelaki itu tidak melawan. dia anggap ini balasan untuknya. dia sudah buat azalea tersiksa, dan dia layak untuk menerima segala balasannya.

“AZRAEL, SUDAH! MATI DIA NANTI!”

“BIAR DIA MATI, GIO! BIAR DIA SEDAR YANG DIRI DIA TAK SELEMAH INI!”

“MANA RAYDEN YANG AKU KENAL? MANA RAYDEN YANG TAK BERPERASAAN PERGI?”

tumbukan terakhir dilayangkan sebelum tubuh rayden terjelopok ketanah. dia sedaya upaya untuk bangun, air matanya dikesat kasar. rayden sudah tidak berdaya.

gio terus membantu, tetapi ditepis kasar oleh rayden. dia tidak mahu rakan-rakannya melihat dirinya dalam keadaan yang selemah ini. dia kuat, tapi mungkin tidak buat kali ini.

pergi...”

tapi kau tak–”

pergi sebelum kepala korang aku penggal kejap lagi...”

rayden, kau tak sihat. kau–”

“aku tak main-main, gio. aku cakap, aku buat”

gio agak teragak-agak. tetapi terus sahaja dia mengatur langkah, menghidupkan motosikalnya sebelum meninggalkan rayden keseorangan disitu.

rayden masih tidak berganjak. tangannya yang penuh dengan luka dan torehan dia kepal, walaupun dalam keadaan terketar.

“aku akan balas perbuatan kau azalea. aku sumpah hidup kau takkan bahagia, selagi kau masih terikat dengan aku”

aku akan buat hidup kau merana. aku takkan biarkan kau keluar kemana-mana, sehingga orang yang terakhir kau terpaksa jumpa adalah aku”




𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now