BAB TIGA

770 31 2
                                    

DERUMAN ENJIN sebuah toyota gr supra milik bunga nur azalea yang terparkir dihalaman rumah tan sri adreal menarik perhatian ketiga-tiga abangnya yang kebetulan sedang bersantai disitu. masing-masing memandang antara satu sama lain lalu dikerling waktu yang terpapar di kaca telefon pintar mereka. azalea lambat.

bro, who let her coming home late this time?” soal ezrayn mikhail yang merupakan abang azalea yang kedua tertua dalam salasilah adik-beradiknya itu.

“aku rasa aku dah sembunyikan kunci kereta supra tu, asal dia boleh jumpa balik ni?”

rhys erfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. pelik juga dia apabila azalea dapat jumpa kunci supra yang dia sembunyikan. adik bongsunya itu ada tangkal ke apa?

“dia tu dah besar rhys, bukan kanak-kanak rebina yang kau boleh pedajal macam dulu. tahulah dia nak cari kunci kereta dia dalam rumah ni”  kata-kata malik nazhif, yang merupakan abang sulung kepada adik-beradiknya itu membuatkan rhys tak semena-mena memegang lehernya, menahan malu. lupa pula dia yang azalea bukan budak kecil seperti dahulu. dia sudah berubah, membesar menjadi seorang gadis yang cantik yang  menarik perhatian lelaki lain apabila melihatnya.

melihat ketiga-tiga abangnya masih tidak beralih dari memandangnya, azalea menapak perlahan kearah mereka. satu persatu tangan kekar milik mereka dijabat tanda hormat, lalu dilabuhkan punggung di kerusi rehat yang tersedia disitu.

you late, my love. where are you going?” soal malik nazhif yang mematikan telefon pintarnya, lalu menumpukan seluruh perhatian kepada adik perempuan bongsunya itu. begitu juga dengan rhys erfan dan ezrayn mikhail.

azalea menunduk, memandang ke lantai. dia tahu dia lambat, dan dia tahu abangnya tidak memarahinya pun. mereka cuma bertanya. tapi, apabila abang-abangnya melihatnya seperti itu, ia membuatkan jantungnya berdegup kencang, takut dan kerisauan muka menyelubungi diri.

“pergi mana sayangku azalea? abang-abangmu yang segak bergaya ini masih menunggu jawapan daripada bibirmu yang kedap tertutup itu~” sedar yang azalea seperti sedang takut, ezrayn mikhail cuma merendahkan nadanya apabila menyoal azalea. dia sudah tahu jawapannya, cuma dia mahu gadis itu jujur sahaja.

“azalea...” jeda.

masih menunggu. mereka masih sabar menunggu jawapan keluar dari bibir bunga nur azalea. mereka sebenarnya sudah tahu kemana gadis itu pergi, cuma saja mereka bertanya semula. maklumlah, kalau bukan berkat ezrayn mikhail yang mahir dalam penggodaman, tak adalah mereka dapat jejak lokasi terakhir azalea semasa gadis itu keluar tadi.

“sepuluh saat, my love. cakap hal yang sebenar atau kami yang cakap” malik nazhif memberikan amaran. rhys erfan juga mula membuka telefonnya lalu dibelek-belek mencari sesuatu untuk menggertak azalea. namun, sebelum dia sempat menunjukkan gadis itu sebuah gambar yang terpapar dalam galerinya, azalea terlebih dahulu menjelaskan.

“azalea ada r-race, sebab tu azalea balik l-lambat” nada gadis itu bergetar.

“azalea tahu yang azalea tak beritahu abang awal-awal sebab tadi niko pun call azalea secara mendadak. so, i had no choice rather than join them”

rhys, malik dan ezrayn menghela mafas berat. sebenarnya mereka tidak berapa setuju apabila azalea mula menubuhkan kelab kereta itu dan mengetuainya. bukan apa, hobinya itu agak ekstrem, sekali tersalah langkah, nyawa boleh melayang.

dan kalau boleh, mereka tidak mahu perkara itu berlaku.

“maafkan azalea, azalea tahu yang azalea salah” gadis itu memohon maaf.

rhys dan ezrayn memandang malik, menanti jawapan darinya. kesian pula mereka melihat adiknya seperti itu, tapi jika dikenangkan semula apa yang terjadi, azalea memang patut menerima pengajaran.

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now