BAB DUA PULUH ENAM

546 29 1
                                    

     SEMUA tetamu kelihatan gembira dengan perkahwinan mereka. banyak yang mengucapkan tahniah, banyak juga yang memberikan hadiah, sebagai suatu semangat untuk azalea dan rayden memulakan hidup baru.

tapi apa gunanya semua itu, jika hatinya tidak rela?

selepas sahaja lafaz akad dilafazkan, azalea menghembus nafas berat. ternyata semua ini berlaku dengan sangat cepat, dia masih tidak sempat memproses apa yang berlaku. tahu-tahu sahaja dia sudah sah menjadi isteri kepada seseorang yang tidak dia cintai, iaitu . . .

rayden al-mateen bin muhammad imran

dan dihadapannyalah lelaki yang bergelar suami itu berada, menatapnya dengan wajah bangga, seolah-olah puas setelah dia dapat memilikinya. azalea hanya menunduk, tak mampu melihat sepasang mata itu dari terus menatap kearahnya.

dagu azalea diangkat lembut, memastikan gadis itu untuk fokus kearahnya. rayden mendekatkan wajahnya kearah gadis itu, sambil tangannya perlahan mengelus tangan mulus milik azalea, seraya berkata,

“awak sudah menjadi milik saya azalea. seutuhnya milik saya. saya takkan lepaskan awak lagi, walaupun hanya sesaat. saya akan pastikan awak akan sentiasa di sisi saya, walaupun awak terpaksa” bisik rayden ditelinga gadis itu. nadanya lembut tapi berbaur amaran.

azalea tak mampu membalas, dia hanya diam mengangguk lalu melihat jarinya yang sudah bercincin oleh rayden. ingin dia menangis, ingin juga dia menjerit. tapi emosinya seakan lenyap, dia hampir tidak mampu untuk merasakan apa-apa.

rayden tersenyum puas. dia mendekatkan lagi wajahnya lalu mendaratkan kucupan di dahi azalea lalu menatap kembali kearahnya sambil mengelus pipi gadis itu perlahan-lahan. rayden terlalu teruja, dia juga mungkin tidak mampu mengawal keterujaannya.

malik dan ezrayn hanya tersenyum, bahagia mereka rasa setelah tahu bahawa adik mereka sudah ada penjaga. perlahan-lahan mereka mendekat kearah azalea, lalu mengelus kepala adik kesayangannya mereka itu perlahan-lahan.

“dah besar dah azalea sekarang, bangga abang tengok azalea bahagia macam ni” kata ezrayn dan malik. azalea hanya tersenyum tipis, seolah-olah setuju dengan apa yang abangnya itu katakan.

tetapi dari sudut pandangan matanya, dia dapat melihat abangnya, rhy yang sedang menatapnya tajam. azalea perasan yang abangnya lagi seorang itu kelihatan lain sejak dari awal majlis ini bermula. seakan-akan dia tidak mempersetujui perkahwinan ini.

perasan yang dirinya diperhatikan, rhys memalingkan wajahnya dari terus menatap tajam kearah azalea. rhys langsung tidak bercakap dengannya sejak dari tadi, mengucapkannya tahniah apatah lagi.

dia ada di majlis ini, tapi hubungan mereka seolah tidak rapat lagi.

abang rhys taknak tengok azalea ke?”  badan malik dan ezrayn mengeras tiba-tiba. mereka hanya diam menatap azalea, memujuk gadis itu bahawa semua itu hanyalah perasaannya semata-mata.

“takdelah, abang rhys ada tu. mungkin ramai orang, jadi dia bagi orang lain tengok azalea dulu” malik memujuk.

azalea mengangguk faham, sebelum terasa pinggangnya dililit kuat oleh tangan kekar seseorang. wajah naik melihat siapakah pemilik tangan itu. tahu-tahu,  ianya milik rayden, yang sedang menatapnya tajam.

don't talk to them, love. pay attention on me~” rayden menarik azalea dari pinggang gadis supaya azalea semakin dekat dengannya.

wajah rayden mengukir senyum nakal. dia mendekatkan wajahnya ke telinga gadis itu.

azalea dapat merasakan nafas berat rayden di telinganya. tapi sedaya upaya dia beriak normal, tidak mahu rayden perasan yang dia sedang gementar.

“why you shaking, love? do i make you nervous” kata terakhir rayden sebelum tangannya perlahan mengelus paha gadis itu.

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now