BAB DUA BELAS

632 23 4
                                    

BUNYI DERUNGAN KAWASAKI ZX25R yang baru masuk ke perkarangan tapak perjumpaan itu membuatkan semua perhatian anggota black force tertuju kepada penunggang motosikal yang serba hitam itu. nampaknya dia tidak datang berseorangan, ada orang lain yang turut serta mengiringi ketua mereka itu untuk sampai ke sini.

“rayden dah sampai” kata salah seorang anggota sambil memberikan isyarat kepada anggota lain supaya mengalihkan motosikal masing-masing untuk memberikan laluan kepada ketua mereka yang baru sampai itu.

mata mereka masih tidak berkalih dengan karisma yang ada pada ketua mereka itu. dengan pakaiannya yang serba hitam itu sudah cukup untuk membuat mereka gerun, tambahan lagi dengan aura gelap lelaki itu yang sememangnya membuatkan mereka meremang bulu roma dengan hanya menatapnya sahaja.

“lambat kau sampai rayden, sesak ke tadi?” tanya gio sambil menyalakan api pada puntung rokok yang dia pegang.

“tak adelah, ada hal sikit tadi. lagipun ini bukan kali pertama pun aku buat macam ni kan?” balas rayden sambil membuka helmet yang tersarung dikepalanya, memaparkan rambutnya yang berwarna coklat keperangan serta iris mata yang menjadi pujaan ramai gadis.

“ada hal ke, atau sibuk dengan perempuan tu?” gio menghembuskan asap rokok sambil menantikan jawapan daripada rayden. dia tahu tentang azalea, kerana dia juga terlibat sama dalam rancangan menculik gadis itu.

rayden menyengih. pantang betul dia apabila ada orang membuka cerita tentang gadis kesayangannya itu, terus saja jiwanya berbunga. fikirannya mula tak keruan.

“asal kau nak tahu?” rayden mengangkat keningnya.

“eleh kau, bukan aku tak tahu. kau tu kalau dah kemaruk dengan orang, apa-apa pun kau boleh buat”

“aku cuma risau aje yang kau tu buat benda tak betul dengan perempuan tu. ingat rayden, kawal diri kau. walaupun kau tak sebilik dengan dia, tapi keselamatan dia kau kena jaga”

rayden menggelengkan kepala sahaja apabila mendengar nasihat daripada gio. pandai pula dia bermukadimah di hadapannya. lagipula, bukan dia tak tahu yang gio itu sama sahaja seperti dirinya, bahkan lebih teruk daripada itu.

“aku bawa dia ke rumah aku, bukan sebab aku nak buat benda tak senonoh dengan dia, gio. aku cuma nak dia disisi aku, sentiasa berada di hadapan mata aku supaya aku tahu yang dia sentiasa ada dengan aku”

“kalau aku nak buat, dah lama aku buat, gio. seobses aku ni pun, aku masih boleh fikir dengan waras. aku memang nak dia jadi milik aku, tapi bukan kerana terpaksa”

“ya, mungkin orang akan cakap yang cara aku salah, cara aku keterlaluan. tapi sekurang-kurangnya, aku masih boleh kawal diri aku. sebab tu bila aku rasa aku tak boleh kawal diri, aku akan keluar cepat-cepat, pergi jauh dari dia sampai aku rasa aku tenang semula. lagipun, aku bukannya tidur satu bilik dengan dia. ya, memang kami serumah, tapi aku tidur tingkat bawah, dia tidur tingkat atas”

“makan minum pun aku bagi cukup, bukan aku siksa dia selama dia tinggal dengan aku. baju, seluar semua aku beli. kesihatan dia semua aku ambil kira”

gio masih memasang telinga, mendengar setiap butir bicara rayden dengan khusyuk. baru dia sedar, walaupun rakannya itu kadang-kadang lebih gila darinya, rupanya masih ada sisi baik yang ada dalam diri lelaki itu. dia lega. sekurang-kurangnya, azalea tidak diapa-apakan. dia bersyukur.

“cuma,”

“cuma apa?”

“cuma kadang-kadang aje aku berkeras dengan dia. contohnya, waktu malam aku culik dia tu, aku terpaksa suntik bius lebih dari dos yang ditetapkan supaya dia tak boleh rasa apa-apa dan tak boleh bergerak. bukan apa, aku takut dia lari. bukan aku tak tahu perangai azalea tu macam mana”

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now