BAB EMPAT PULUH DUA

557 17 8
                                    

       “MORNING, SAYANG”

azalea tersenyum sambil mengaturkan langkah ke ruang tamu, lalu duduk disebelah rayden yang sedang duduk disitu sambil menghirup secawan kopi panas. punggung dilabuhkan lalu kepala dilentokkan di bahu suami dek kerana masih mengantuk.

“mengantuk lagi?” gadis itu mengangguk sambil menguap besar. selesa pula dia apabila meletakkan kepala di bahu suami. dah macam bantal pun ada. ni kalau ikutkan hati, mahu taknya dia tidur balik?

“awak ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?” azalea melihat suaminya atas bawah. kemas semacam aje. nak pergi kerja ke? tapi takkanlah pergi kerja pakai t-shirt aje kan?

“tak adelah, saya tak pergi mana-mana pun. tak pergi kerj pun harini. kai dengan gio yang ada kerja. saya tenang aje” jawab rayden sambil mengenyitkan mata kearah azalea. ish! tahulah ada iris mata yang cantik, tapi tak payahlah kenyitkan dekat orang! malu kita tau!

“oh, ingatkan awak ada kerja, sebab kemas semacam aje saya nampak awak pakai baju” mendengar pernyataan itu, rayden tersengih sendiri. alahai isteri, nak cakap kacak, cakap ajelah. nak malu-malu berudu pula.

rayden melihat isterinya buat seketika sambil mengelus pipi mulus gadis itu. sampai sekarang dia masih tidak percaya dengan apa yang ada dihadapan matanya. tak sangka, gadis yang dia puja selama ini, akhirnya menjadi isterinya yang sah walaupun pada mulanya hanya terpaksa. dia bersyukur, sangat bersyukur.

“sayang?”

“hm?” azalea menjawab. dia memandang wajah suaminya sambil menanti bibit bicara yang keluar dari mulut lelaki itu.

“kalaulah semua ini tak real, macam mana?” azalea menjongketkan kening, tidak memahami apa yang suaminya katakan. tak real? maksudnya, hanya halusinasi? ish, tak mungkin.

“awak nak tany tak. setiap kali saya bersama awak. saya tak rasa saya dalam dunia sebenar. awak buat saya rasa dicintai sangat. sampai saya tak rasa saya layak terima semua itu daripada awak

terima kasih azalea. terima kasih sebab buat saya rasa saya layak dicintai. saya tahu, ada banyak kekurangan dalam diri saya. namun, saya akan sedaya upaya untuk berubah, walau ia memakan masa”

gadis itu tersenyum. terharu dia mendengar ayat itu daripada suaminya sendiri. dia tahu rayden tidak sempurna seperti orang lain. dia tahu cara rayden mencintai lain daripada orang lain. namun jika itulah ketentuan daripada tuhan, dia sanggup terima. asalkan lelaki bernama rayden al-mateen itu sentiasa bersamanya, walau apa jua keadaan.

janji kita akan bersama?”

“saya janji”

itulah ayat yang diutarakan oleh rayden al-mateen setiap hari di hospital sakit jiwa. benarlah orang kata, tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan dan tak semua yang menjadi kenyataan adalah perkara yang kita impikan.

pada akhir cerita, rayden kalah. dia kalah dalam semua benda di dalam hidupnya. dia hilang ibu bapanya, dia hilang rakan-rakannya, dan yang paling penting, dia hilang wanita yang paling dia sayang, bunga nur azalea.

rayden kalah dengan sakitnya sendiri. dia kalah dengan semua benda yang dipertaruhkan dalam hidup. selama ini, dia hanyalah berhalusinasi. perkara yang dia alami selama ini adalah halusinasi yang dia reka untuk menyembunyikan kesedihannya atas peninggalan tunangnya yang bernama, eva mikayla.

bunga nur azalea sebenarnya adalah halusinasi yang rayden reka untuk menyembunyikan kesedihannya keatas kematian tunangnya, eva mikayla. oleh kerana wajah mereka agak mirip, rayden sentiasa beranggapan bahawa azalea adalah eva, sedangkan eva sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan tragik.

segala apa yang tertulis di dalam warkah ini adalah halusinasi yang rayden alami sepanjang dia berada di hospital sakit jiwa. dia sebenarnya tidak pernah berkahwin, ataupun membunuh sesiapa, melainkan menghidap depresi berat akibat kematian tunangnya.

“rayden...” lelaki itu mendongak, memandang gio yang menyeru namanya. walaupun badannya sudah diikat dan dibalut, dia masih boleh merespon lelaki itu. walaupun akalnya tidak sesempurna orang lain.

sudahlah rayden, kau perlu terima kenyataan yang eva sudah tiada. buang halusinasi kau dengan azalea dan biarkan eva pergi dengan tenang”

rayden memandang gio sambil perlahan-lahan air mata jatuh membasahi pipi. dia masih tidak putus asa. tidak mungkin eva meninggalkannya. eva sudah janji untuk sehidup semati dengannya, dan tak mungkin dia memungkiri janji itu.

e-eva... eva tak sayangkan aku ke gio? kenapa semua orang yang aku sayang tinggalkan aku? kenapa aku sentiasa bernasib malang? adalah aku tidak layak untuk dicintai?”

jeda.

sakitnya hati aku. setiap kali aku cuba mencintai seseorang, dia akan pergi jauh dari dakapan aku. aku rindukan eva, gio. bawa dia balik ke pangkuan aku. aku perlukan dia” tangis rayden sambil meluahkan segala perasaannya.

rayden masih tidak boleh berdamai dengan masa lalunya. dia masih tidak boleh menerima hakikat bahawa tunangnya sudah meninggal dunia walaupun perkara itu sudah terjadi selama bertahun-tahun yang lalu.

ikhlaskan dia, rayden. biar dia pergi. biarkan dia terbang tinggi di sana dan bebas. jangan halang dia lagi, rayden. aku rayu” pujuk gio dengan nada lembut sambil mengusap belakang badan lelaki itu.

rayden masih menangis. kesan torehan di tangan dilihat sebelum kembali melihat gio. lelaki itu mengangguk, memberikan isyarat supaya rayden lepaskan semua. dia tahu ianya berat, tetapi untuk kesihatan rayden, dia patut buat begitu.

air mata dikesat. di melihat keluar tingkap buat seketika sebelum memandang kearah langit. dengan berat hati, dia melafazkan,

“bunga nur azalea, aku lepaskan kau dari neraka aku. bebaslah engkau terbang di sana, moga engkau berbahagia sentiasa” lafaz rayden sebelum beberapa orang doktor dan juturawat menyuntik ubat penenang padanya.



𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now