BAB TIGA PULUH DUA

402 23 4
                                    

     AZALEA memandang tajam sosok suaminya yang sudah segak bergaya mengenakan sepasang sut hitam dengan lengan yang disengseng rapi, melihatkan tangannya yang berurat. dadanya naik turun dari tadi, menahan geram yang semakin sesak didada. baru berapa hari kahwin, tapi dah sibuk dengan kerja sampai nak kena pergi ke luar negara. apa dia ingat dia yang dekat sini ni mainan ke apa?

“perlu ke awak pergi ke itali sana? awak ada kerja apa sebenarnya sampai kena pergi jauh sangat?” azalea mendengus. matanya mengikut gerak-geri suami yang sibuk membawa bagasi keluar masuk dari rumah sejak tadi. dia ni nak kerja ke nak pindah rumah?

“azalea janganlah risau. kitaorang pergi tak lama pun! dua minggu aje. lepas selesai urusan kami dekat sana, kami baliklah ke malaysia semula!” gio menyengih. amboi! takut rindulah tu~ maklumlah, pemgantin baru kan? manalah nak berpisah walaupun sekejap!

“saya tak risau pasal tu gio, yang saya risau ni korang nak kesana buat apa? apa benda yang mustahak sangat sampai saya pun tak boleh tahu?” azalea berkata sambil perlahan menapak kearah suaminya yang sedang meletakkan barang di dalam kereta, sebelum menuju ke lapangan terbang milik syarikatnya.

“sayang, kan saya dah cakap, saya pergi atas urusan kerja. tak ada apa yang perlu awak tahu selain daripada itu. dan itu adalah muktamad”

“tapi–”

bunga nur azalea”

terus terkedu azalea dibuatnya apabila mendengar namanya diseru dengan menggunakan nada tegas. wajah rayden yang tadi ceria bertukar serius dek kerana sikap degilnya yang masih mempersoalkan kemana suaminya mahu pergi meskipun rayden sudah jelaskan banyak kali.

sosok azalea didekati, perlahan-lahan tangannya naik mengelus pipi merah gadis itu sambil mendaratkan kucupan hangat di sebelah bibir isteri.

“bila saya tak ada, jangan sesekali keluar kemana-mana seorang diri. ingat azalea, saya sentiasa ada dengan awak, meskipun saya jauh. saya akan sentiasa memperhatikan awak, meskipun saya tak ada disisi awak”

mata si suami ditatap, sebelum kepala perlahan mengangguk faham. dia sebenarnya ingin bertanya banyak lagi soalan, tapi apabila melihat perlakuan serta nada rayden, tak jadi dia ingin bertanya.

“awak tak boleh ke suruh anak buat awak aje yang pergi? awak kan ketua, takkanlah semua mesnyuarat dan kerja, awak yang nak kena uruskan?”

“listen, my love. mesyuarat dan kerja ini memerlukan saya dalam menjayakannya. saya kenalah pergi. kalau saya nak suruh anak buah saya, dari dulu saya dah suruh. tapi masalahnya sekarang, saya yang perlu terlibat sama, bukan mereka” pinggang azalea dirangkul.

“habis gio? dia bukannya kerja dengan awak pun kan?”

“uh-”

boom! inilah yang kita namakan soalan kbat sejarah 8 markah! kena jawab guna fikiran aras tinggi, kalau gagal, habislah sejarah hidup dia dibelasah dengan azalea. mata dilirik kearah gio, meminta isyarat pertolongan secara diam. tapi gio buat bodoh aje! kurang ajar punya kawan!

molto maleducato” bisik rayden.

“apa benda tu?”

“tak ada apa sayang, itu maksudnya ‘sayang’ dalam bahasa itali”

azalea tersenyum seraya memeluk tubuh sasa suaminya tanpa mengetahui maksud sebenar suaminya.



















naifnya kau azalea,
masih buta dengan rupa sebenar dia,
bodohnya kau azalea,
sebab percayakan dia,






kerana,








hakikatnya dia tak seindah yang kau bayangkan”
















𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now