BAB TIGA PULUH TIGA

409 19 4
                                    

     16 JAM perjalanan, akhirnya mereka sampai ke leonardo da vinci–fiumicino airport. lapangan terbang yang tersergam mewah itu telah dihadiri oleh gio dan rayden dan disambut mesra oleh beberapa orang pegawai penerbangan yang kelihatan mesra, seakan sudah kenal lama.

benvenuto signorepegawai itu menunduk separa tanda hormat. dengan hormat, dia mengambil bagasi dari tangan rayden untuk membantu membawanya sehingga ke tempat penginapan mereka.

rayden juga menunduk separa. dia melihat mereka seketika sebelum melontarkan bicara.

“dia tak ada?” pegawai itu menggeleng. wajah ditundukkan, tidak berani melihat wajah rayden yang dingin dan tak berperasaan itu.

“don de luca kata dia tidak dapat hadir hari ini. ada hal dalam markas yang perlu diselesaikan. pihak sana juga sudah buat hal, jadi dia terpaksa turun tangan” rayden mengangguk faham. dia pun bukan mengharapkan sangat kedatangan ayah angkatnya itu. sekadar bertanya sahaja.

“kai tak ada?” gio menyampuk. mulalah dia nak berjumpa dengan ‘kembar’ sekepalanya itu. kalau dah berjumpa, memang ada aje benda pelik yang dibuatnya.

“aku kat sini!” satu pelukan menerkam tubuh gio tadi belakang. hampir nak terjelopok jatuh mamat tu dibuatnya. nasiblah badan sasa, kalau tidak, mahunya patah tulang rusuknya tadi?

dude, you scare me!”
scusa amico mio!”

rayden memandang kebelakang lalu meyengih. kaki perlahan ditapak keaeah kai lalu menepuk bahunya seraya menghulurkan tangan untuk berjabat. sudah besar panjang dah budak ini. dulu masa dia tinggalkan itali, kai ni masih baru sekolah rendah. sekarang dah membesar menjadi jejaka kacak dan bergaya. tapi bersoalannya. . .

bila nak kahwin?

rayden! rindu sia aku dekat kau!” kai menyambut tangan rayden sambil menepuk bahunya beberapa kali. sungguh dia rindu melihat sosok yang digeruni oleh semua orang dalam dunia gelap mereka. pasti mereka tidak percaya bahawa rayden sudah pulang ke tempat yang sepatutnya dia berada.

de luca families missed you, bro”

rayden hanya tersenyum. dia faham apa yang kai maksudkan itu. dia juga sama, sangat merindukan keluarga angkatnya disini. tapi apakan daya? ada urusan yang lebih mustahak di malaysia yang perlu diselesaikan oleh dia sebelum pulang ke itali semula.

“kau dah dapat dia?” rayden mengangguk.

“aku dah kahwin dengan dia dah pun”

terbeliak biji mata kai melihat rayden. apa mamat ni lupa makan ubat ke apa? rasanya haritu dia cakap tak adalah sampai nak kahwin bagai. dahlah kahwin tak jemput! balik-balik terus bagi orang sakit jantung!

“tapi bukan ke...”

“aku tahu, itu bukan dari rancangan asal kita sebelum ini. tapi aku tak ada pilihan. aku kena kahwin dengan azalea untuk tahu rancangan ayah dia untuk menentang kita”

“agak-agaklah rayden, macam lagi susah aje kerja kita nanti?”

“itulah aku cakap kai, ni azalea pun tak tahu kerja sebenar dia kau tahu tak” gio menyampuk. kai hanya menggelengkan kepala. dia dah tahu sangat perangai rayden ini. selalu sangat berahsia sampai benda yang kita tak tahu pun dia boleh tahu dulu.

sambil mereka berborak, sambil itu mereka berjalan kearah kereta untuk ke rumah agam de luca. kaki diatur perlahan, semua perhatian tertuju kepada mereka. dengan berpakaian sut yang kemas dan teratur membuatkan semua orang yang berada di situ terkesima dengan keberadaan mereka.

“target kita sekarang pada azalea rayden. kalau kau dah jalinkan hubungan dengan dia, macam manalah kita nak dapatkan data tentang organisasi rahsia ayah dia?”

“tan sri adreal tu dahlah bukan calang-calang orang. sistem sekuriti syarikat dia pun ketat, penggodam kita susah nak masuk”

“ini belum tentu lagi azalea boleh bantu kita, kalau dia tahu tentang organisasi rahsia ayah dia, tak apalah juga. kalau tak tahu, dah sia-sia semua rancangan kita”

“aku ada rancangan aku kai. aku tahu apa yang aku buat. azalea akan bagitahu aku segalanya dan aku akan pastikan itu”

kai memandang dia buat seketika, mencari kebenaran disebalik wajah dingin rayden. yang ada dia hanya menghela nafas berat, perlahan-lahan kepala mengangguk, akur dengan apa yang rayden katakan sebenar tadi.

“aku akan gunakan azalea sebaiknya, walaupun aku terpaksa”


𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now