BAB LAPAN

564 24 2
                                    

SEGALA PERSIAPAN telah dilakukan. hidangan makan malam yang lazat dan enak sudah siap terhidang di atas meja makan mewah yang menempatkan enam hingga sepuluh orang padanya berserta chandelier yang terserlah serinya pada malam itu.

susun atur yang ada di dalam rumah itu juga telah ditukar untuk menonjolkan kelainan kepada para tetamu setelah sekian lama mereka tidak menjenguk. tiada langsung kesan habuk atau kotoran pada setiap perabot yang ada disitu. berkat azalea dan para pembantu rumah disitu, mereka dapat menyiapkan semuanya tepat pada waktu.

awning tudung mama okay tak sayang? ada nampak kesan recuk tak?” tanya puan ratna kepada azalea. dia juga agak gementar untuk bertatap dengan sahabat karibnya yang seorang itu setelah sekian lama mereka tidak berjumpa. haraplah pertemuan mereka nanti berjalan dengan lancar.

azalea yang peka dengan perasaan ibunya meyakinkan kepada wanita itu bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. sejujurnya, dia lebih takut. entah dia pun tidak tahu kenapa perasaan mula menguasai dirinya, tetapi dia dapat merasakan bahawa ada benda buruk yang akan terjadi nanti.

“azalea, mana abang-abang kamu? mereka tak siap lagi ke? biasanya mereka akan turun dulu tapi kali ini terbalik pula” tanya tan sri adreal yang sejak dari tadi masih mencari-cari sosok tiga orang anak jejaka tampannya yang masih lagi menghilang. setahu dia, puan aisyah itu bukannya ada anak perempuan pun, jadi tiada alasan untuk mereka berdandan lama sebegini.

“azalea pun tak tahulah ayah, diaorang kata diaorang dah nak siap dah tadi. ayah nak azalea tengok diaorang ke?”

tan sri adreal melihat jam yang tersarung pada tangannya. masih ada masa lagi sebelum tan sri hakam dan keluarganya datang, jadi bolehlah azalea melihat keadaan ketiga-tiga anak jejaka buat seketika.

“bolehlah, tapi azalea jangan lama-lama ya? takut tetamu dah sampai, azalea dengan abang masih dekat atas”

mendengar arahan dari tan sri adreal, azalea terus berlari anak menuju ke bilik abang-abangnya. mulanya dia ingin menggunakan tangga, tapi teringat dengan pesan ayahnya tadi, dia tidak jadi. terus ditekannya punat yang ada pada lift rumahnya untuk menjimatkan masa untuk sampai ke tingkat tiga, tempat dimana abang-abangnya berada.

setelah kurang daripada satu minit dia berada di dalam perut lift, azalea terus menapakkan kaki kearah bilik abang-abangnya. baru sahaja dia mahu membuka pintu bilik mereka, terlebih dahulu bau wangian maskulin kuat menusuk ke dalam hidungnya. hampir nak tersumbat hidung azalea dibuatnya. entah wangian apalah yang mereka pakai ini, makan malam aje kot, bukannya pergi gala!

fuish, bau apa ni sia? aku pun pakai perfume kedai dua ringgit aje ni. yang diaorang pakai perfume mahal-mahal ni buat apa? dekat rumah aje pun!”

tanpa membuang banyak masa, tombol bilik persalinan mereka dipulas, menampakkan tiga orang jejaka kacak sedang berdiri di hadapan pintu. riak mereka agak terkejut, mungkin tak sangka yang azalea ada di sini, membuka pintu untuk mereka.

my love? what are you doing here?”

“sayangku azalea, kenapa ada dekat sini?”

honey? tetamu dah sampai ke?”

serentak mereka bertanya kepada azalea. cumanya, gadis itu tidak membalas, masih terpaku pada kedudukannya. mata tidak berkedip melihat sosok abang-abangnya yang kekacakan mereka sudah sememangnya tidak tertanding lagi.

“azalea? everything’s alright?” rhys menggoyangkan bahu adik bongsunya itu dengan lemah lembut. menyedarkan gadis itu supaya kembali ke alam nyata.

“eh, azalea okay! cuma terpegun aje tengok abang-abangnya azalea ni”

mereka bertiga memandang antara satu sama lain, tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh gadis itu.

“maksud azalea? sorry, abang tak faham” sampuk ezrayn.

azalea menghela nafas panjang. abang-abangnya ini, nak kata polos, tak adalah polos mana pun! takkan kiasan yang dia berikan itupun mereka tidak faham!

“maksud azalea, abang-abang azalea ni nampak kacak, dah macam putera raja dah azalea tengok”

mendengar ayat dari azalea, mereka bertiga tersengih-sengih seperti kerang busuk. maklumlah, tak pernah dipuji perempuan sebelum ini, sebab itulah mereka macam kanak-kanak ribena yang dapat gula-gila apabila dipuji oleh azalea.

“back to you, my love. jom, kita turun! biar putera raja ni yang escort puteri cantik turun bawah”
















“IT'S BEEN A LONG TIME, HAKAM”

tan sri hakam yang mendengar pernyataan dari rakannya itu hanya tersipu. memang benar, sudah lama sangat mereka tidak bertemu. bahkan, membuat panggilan video untuk bertanyakan khabar masing-masing pun belum tentu sempat dek kerana kesibukan urusan syarikat yang dijalankan pada pihak masing-masing.

“kau apa khabar? dah lama betul kita tak bersua, rindu betul aku pada hubungan persahabatan kita seperti dahulu”

“aku macam ini ajelah adreal, tiada apa yang berubah pun. lagipun sejak kami diluar negara, aku memang sibuk uruskan syarikat aku. kau tahulahkan syarikat tu kalau aku tak ada, huru-hara jadinya nanti”

tan sri adreal melepaskan tawa kecil sambil menyisip teh yang sudah terhidang. banyak benda yang mereka bualkan, terutamanya tentang hal pejabat sehinggakan terlupa dengan orang sekeliling.

“kau dekat sini pula macam mana? aku tengok dah makin berjaya dah kau sekarang. lagi-lagi dengan adanya malik nazhif, anak sulung kau yang uruskan syarikat. memang mencanak naiklah keuntungan yang kau dapat”

tan sri adreal mengangguk sambil mengukirkan senyum. memang benar apa yang dikatakan oleh tan sri hakam, sejak adanya malik dalam syarikatnya, banyak pelabur asing yang melabur di syarikatnya.

rhys dan ezrayn pun apa kurangnya. mereka berdua juga sudah berjaya dan mempunyai syarikat gergasi sendiri. masing-masing sudah mampu menyara hidup dan melebarkan sayap syarikat sehingga ke luar negara, melampaui dengan apa yang dia ada. dia bangga atas pencapaian anak-anaknya dan dia sentiasa gembira tentang itu.

“alhamdulillah, hakam. itu semua pun atas usaha diaorang sendiri, aku sebagai ayah, hanya berdoa supaya mereka terus berjaya dalam hidup. harapnya mereka tak lupa dia ajelah, itulah yang aku harapkan”

“iyalah adreal. aku pun harapkan macam itu. berjaya, berjaya juga. asal jangan lupa orang yang dibawah sudahlah”

puan ratna dan puan aisyah hanya mendengar. seketika juga mereka mencelah, menyertai perbualan rancak antara tan sri adreal dan tan sri hakam. bila berbual seperti ini, dapatlah juga mereka melepaskan rindu, mengeratkan silahturahim antara satu sama lain.

“haa, cakap pasal anak aku, anak kau apa cerita? dah besar panjang dah aku tengok. susah juga aku nak bezakan diaorang ni. yang mana ayden, yang mana rayden?” soal tan sri adreal.

tan sri hakam tersenyum, seraya berkata.

“yang pakai kemeja putih ini ayden al-hakeem, budak kecil yang pernah rapat dan menjadi peneman sunyi puteri kau dahulu. tengoklah adreal, dia sekarang sudah membesar, menjadi seorang pemilik syarikat perdagangan paling berjaya di dunia”

tan sri adreal mengangguk, mendengar setiap bibit bicara rakannya.

“dan yang ini, rayden al-mateen. budak pendiam dan dingin yang kau pernah kenal dahulu”

tan sri adreal hanya memerhati. entah kenapa disebalik rayden al-mateen yang kacak dan tampan itu dia merasakan ada aura gelap yang berlindung disebalik lelaki itu. bukan dia mahu memburukkan lelaki itu, tapi itulah hakikatnya.

kerana sejak dari tadi, ada sahaja kejanggalan yang dia lihat dari rayden ini. termasuklah kelakuannya yang selalu memandang tingkat atas rumah agam mereka, atau lebih tepat lagi pada tingkat dimana bilik azalea berada. dia juga dari tadi tidak henti mengusap lehernya seperti seakan-akan tidak selesa dengan keadaan yang dia alami sekarang.

tangan kekar dihulur untuk berjabat disambut lembut oleh tan sri adreal. segala fikiran buruk yang terlintas pada rayden segera dia buang. dia yakin rayden seorang lelaki yang baik dan tidak akan mengapa-apakan sesiapun.



















lagi-lagi puterinya, bunga nur azalea.

𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈Where stories live. Discover now