ᵇᵃᵇ 28: ʙᴇʀɪᴀ!

34 2 0
                                    

Pusingkan badan tu,
dia takkan patah balik.

- CAYIEN -

Sedar tak sedar sudah enam hari mereka bertapa di Langkawi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedar tak sedar sudah enam hari mereka bertapa di Langkawi. Malam itu tiada aktiviti yang dirancang. Jadi Ryna awal-awal lagi sudah menapak ke persisiran pantai. Ryna mengambil tempat duduk dan kaki dirapatkan ke dada. Setiap deruan ombak itu dihayati dengan tenang.

Sedang Ryna ralit membaca cerita Bawa Pergi Cintaku karya Viepixxa. Satu persoalan terlintas di fikiran. Terhenti segala aktivitinya tadi. Kenapa harus dia fikir itu sekarang? Saja menyemai dilema dalam fikiran. Atma yang dari tadi tenang, tiba-tiba bergoncang hebat.

"Arghhh!" Secara spontan tanpa berfikir lebih telefon bimbit jenama Samsung S22 yang baru sahaja dibeli oleh abangnya itu dibaling.

---

Author 2: Syaitan mana yang telah merasukmu ini sahabat.

Author 1: Syaf punya pasal la, author 2! Takkan dia tak tahu Ryna ni minat kat Dylan. Ni semua idea kau. humphhh!

Author 2: Oh, iya eh. Ok.

Author 1: Ish manusia ni! Itu je kau balas!! *campak bantal, kejar satu rumah.

---

Ryna tersedar yang kelakuannya itu keterlaluan. Dengan gelabahnya dia mengambil semula telefon bimbitnya itu. Nasib waterproof. Percubaan untuk membuka kembali telefon itu berjaya, tetapi memakan masa yang agak lama. Sedang ralit mengeringkan telefon, esakan kecil mula meniti di bibir.

"Kenapa kau kena nangis? Wake up Ryna! Beria ah kau! Tak sedar diri! ~" Suara Ryna sudah memenuhi ruang. Nada naik seoktaf. Luahan dilontarkan ke arah laut malam itu. Mujur tak ada manusia yang berkeliaran di tempat yang dia menapak sekarang ini. Deruan nafas perlahan menyapa gegendang telinga Ryna.

"Kau gila ke menjerit sorang-sorang kat sini?" Nada itu memang kedengaran tenang. Cuma ayat yang dilontarkan itu mampu menghiris atma naif Ryna. Ayat langsung tidak berikan simpang.

Lidah terkelu bagai jiwa bisu. Mana suaranya? Kenapa? Kenapa dia perlu mengutarakan kata-kata itu? Dan kenapa, dia perlu jadi lemah sebegini rupa? Keadaan jeda buat seketika.

"Dylan... aku nak-"

"Kau buat je la hal kau. Sorry 'ter'kacau 'projek' kau tadi." Perkataan 'ter' ditekan. Badan kembali berpusing untuk beredar dari kawasan itu. Tengah tenang-tenang jalan tepi pantai, dengar makhluk menjerit. Mati-mati ingat hantu, rupanya lebih daripada itu.

"A-aku suka kau! Takkan itu pun kau tak nampak. Tak sedar ke selama ni aku-"

"Aku tak." Kata-kata Ryna membuatkan langkah dia terbantut untuk pergi. Singkat, padat, jelas jawapan yang diberi. Langkah yang terbantut tadi, kembali beroperasi. Ryna bangun dan membuang sisa-sisa pasir yang terlekat pada bontotnya seraya mengejar langkah kaki Dylan.

DylanRyna : The Definition of UsWhere stories live. Discover now