ᵇᵃᵇ 2 - ᴊᴀɴᴊɪ

101 9 0
                                    

I'll hold your hand untill you ask me to let you go-

- CAYIEN -

"Mummy ohh mummy!! Mana sugar mummy aku ni?" Ryna dari tingkat atas sudah seperti anak hilang mak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mummy ohh mummy!! Mana sugar mummy aku ni?" Ryna dari tingkat atas sudah seperti anak hilang mak.

Sampai sahaja di dapur, Puan Rissa ditegur oleh Ryna.

"Mama ni orang panggil dari tadi tak menyahut pun. Boleh pulak layan mamat Turkey dekat kitchen island ni."

Ryna mendengus kecil lalu mengambil tempat berhadapan dengan mamanya.

"Mama dengar je cuma malas nak menyahut. Dah dengar anak dara sorang ni melalak macam Orang Utan." Balas puan Rissa pedas.

"Ish mama ni tak baik au kata gitu dekat Ryn yang comel ni." Ryna mencebik.

"Ha nak apa panggil mama? Kacau je mama nak layan drama Turki ni." Wajah Ryna bertukar ceria semula.

"Ma lepas maghrib Ryn nak keluar dengan abang boleh tak?" Dia kembali kepada tujuan asal mengapa Puan Rissa dicari.

"Pergi mana? Mid Valley? Ha boleh tapi balik sebelum pukul 12 malam." Belum sempat Ryna membalas, Puan Rissa sudah beri kata putus.

"Hehe mama ni macam tahu-tahu je. Thanks ma lope-lope." Ryna mencium pipi mamanya lalu naik ke bilik abangnya.

Buka sahaja pintu bilik, kelihatan Rykarl sedang membalas mesej seseorang sambil tersenyum. Ryna yang sememangnya tidak suka jika abangnya mempunyai girlfriend itu mengintai nama si penerima mesej.

"Nasib baik Damien. Kalau Ryn nampak nama Sufina tadi, jangan harap Ryn nak tolong abang iron baju dah lepas ni."

Rykarl yang agak terkejut dengan kehadiran adiknya memusingkan gaming chair menghadap Ryna.

"Anti sungguh Ryn dengan Sufina tu eh? Dah sekarang ni mama bagi pergi ke tak?"

Ryna kembali teringat niat asalnya untuk 'bersibling-date' itu.

"Haah mama bagi tapi macam biasa la balik sebelum pukul 12 malam."

Rykarl hanya mengangguk kemudian masing-masing di bilik sendiri untuk bersiap.

Rykarl hanya mengangguk kemudian masing-masing di bilik sendiri untuk bersiap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DylanRyna : The Definition of UsWhere stories live. Discover now