ᵇᵃᵇ 39: ʙᴜʙᴀʀ

31 3 2
                                    

Untuk apa lagi tunggu? Dia sudah jauh.

- CAYIEN -

Damien memikul Ryna dengan menggunakan sebelah tangannya untuk memaksa Ryna keluar daripada kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Damien memikul Ryna dengan menggunakan sebelah tangannya untuk memaksa Ryna keluar daripada kereta. Rontaan Ryna hanya dibiarkan persis angin lalu. Dalam hati tidak henti-henti berdoa agar diselamatkan. Di manakah jiran-jiran di sini? Tulikah mereka? Butakah mereka?

Kebetulan polis peronda meronda kawasan tersebut. Alangkah leganya dia tika ini. Riak Damien masih biasa. Malah lebih menggerunkan.

"Encik, sila beri kerjasama. Apa hubungan encik dengan wanita ini?" Dengan perlahan, Damien menurunkan Ryna dan tangan kekarnya dibawa ke pinggang Ryna. Satu senyuman palsu cuba dimaniskan.

"Kitorang suami isteri, tuan." Damien membalas. Ryna pada awal lagi disuruh mengunci mulutnya daripada bersuara. Dia hanya menurut apabila dia rasakan sesuatu objek tajam menekan badannya. Secara jelas lagi, pada pinggang.

Entah kenapa polis itu tiada rasa ragu-ragu dengan keadaan mereka tika itu. Wajah Ryna sudah memucat apabila polis tersebut berura-ura untuk pergi. Iyalah, buat apa hendak ganggu masalah rumah tangga orang, bukan?

---

Author 2: Tapi masalahnya, laki bini gaduh macam tu is not normal!!!!

Author 1: Tak apa, turn aku tulis ni. Apa ii enjoy.

---

Entah mana dia raih keberanian untuk bersuara. Belakang badannya terasa mencucuk tika ini.

"Encik! Tolong saya, encik. Kitorang bukan suami isteri. Dia ti-" Pisau yang berada di belakangnya kini bertukar arah.

"Selangkah korang gerak, aku tusuk pisau ni dalam-dalam. I wonder, mana untung ya? Perut diakah? Bahu diakah? Atau... nadi yang di sini?" Pisau itu terhenti pada nadi utama Ryna. Mahu telan air liur tika ini amat kesat. Bagai menelan kertas pasir rasanya. Polis yang berada di dalam kereta sudah berjaya mendapatkan bantuan daripada pihak atasan.

"Encik, sila turunkan senjata anda. Kita selesaikan dengan cara baik." Polis tersebut dengan perlahan mendekat. Pistol diacukan ke arah Damien.

"Aku cakap jangan gerak!"

"Argh!" Ryna mengerang kesakitan apabila pisau berjaya ditusuk pada abdomennya. Dia akan matikah? Sudah sampai serukah? Matanya kini semakin memberat. Dengar sahaja siren polis, Damien menarik pisau secara kasar dengan tergesa-gesa daripada abdomen Ryna lalu melangkah meninggalkan tempat kejadian. Ryna hanya dibiarkan jatuh terbaring di atas tanah. Darah banyak mengalir keluar daripada perutnya.

 Darah banyak mengalir keluar daripada perutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DylanRyna : The Definition of UsWhere stories live. Discover now