Ur eyes talk to me more than ur voice.
- CAYIEN -
"AKU TANYA KAU, JAWAB LA! BISU?" kaki perlahan melangkah setapak demi setapak ke arah Ryna.
"R-Ryn n-naik atas dulu." Kaki melangkah dengan keberanian yang masih tersisa ke arah tangga. Beg sandang digenggam erat. Takut untuk bertentang mata dengan jejaka yang digelar suami. Dengan secara tiba-tiba, sanggulnya direntap kasar dari belakang. Badan comel itu ditolak ke dinding. Salur pernafasan terasa sempit.
"Kau nak keluar dengan jantan tu eh?!" Nada suara diturunkan separa bisik.
"T-tol...tolong l-lepas...kan" Ryna memukul lengan jejaka itu dengan tenaga yang masih ada menggunakan tangan kiri. Tangan kanan cuba untuk merungkai genggaman di lehernya.
"L-lepas... kan!" Ryna tersungkur menyembah bumi. K-kenapa?
Cough... cough... cough...
Ryna tersedar dari mimpi. Nafas cuba diatur kembali. Badan berpeluh seakan dia berlari jarak jauh.
"Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullahalazim..." dada diurut perlahan.
'Macam mana aku boleh tertidur?' niatnya untuk solat selepas mandi. Tapi lain pula yang jadi. Wuduk yang diambil pun sudah terbatal. Tidur mati. Sempat matanya mengerling ke arah jam yang terletak elok di atas meja belajar.
'3:15?!' Ryna bingkas bangun untuk mengambil wuduk semula.
Badan masih terduduk di atas tikar sejadah. Mulut masih terkumat-kamit dengan zikir. Mata dipejam untuk menghayati apa yang diucapkan.
Imbas kembali...
"AKU TANYA KAU NI, JAWAB LA! BISU?"
"R-Ryn n-naik atas dulu." Ryna dengan segera berjalan ke arah tangga. Sanggul direntap dan badannya ditolak ke dinding...
Imbas kembali tamat...
'Astaghfirullahalazim... Ya Allah, mimpi apa tadi tu?' tangan naik meraup muka sendiri yang dibasahi dengan air mata.
YOU ARE READING
DylanRyna : The Definition of Us
Genel Kurguبسم الله الرحمن الرحيم ⚠️ This story is purely fictional. 🚫 Origin spin-off by cayien™ Tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang sebaliknya. Sekiranya terdapat persamaan, maaf daripada pihak kami dan itu hanyalah satu kebetulan. ⋆*・゚:⋆*・゚☽ {TDOU...