ᵇᵃᵇ 35: ᴄᴏɴꜰᴇꜱꜱɪᴏɴ?!

32 3 0
                                    


Jika bunga itu milik dia,
bunga itu pasti akan kembali.

- CAYIEN -

Selesai sahaja majlis pernikahan Ayden dan Adilia tamat, Mirae meminta izin untuk pulang lebih awal berbanding yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sahaja majlis pernikahan Ayden dan Adilia tamat, Mirae meminta izin untuk pulang lebih awal berbanding yang lain. Katanya ada perkara yang harus dia selesaikan. Ini agak ragu-ragu. Jadinya sekarang ini, Ryna dan Alice perlu ikut Syaf pulang. Jika diimbas kembali, mereka berdua ke sini bersama Mirae. Mahu lakukan apa lagi? Hadap sahajalah.

"Lia, kitorang minta diri dulu." Sejurus sahaja mereka bersalaman, Qasha dan rakan-raknnya berjalan seiring ke arah Nik dan Adilia yang masih berada di atas pentas pelamin. Niat mereka hanya untuk mengucapkan selamat tinggal sahaja kepada Nik Ayden.

Mata Dylan hanya tertumpu pada Nik sahaja. Bukan dia tidak perasan. Tetapi perkara tersebut boleh dielakkan bukan? Amsyar masih lagi mengerling ke arah Syaf bersilih ganti. Mata kuyu itu memandang tepat ke arah Syaf untuk menagih kemaafan atas perbuatannya tempoh hari.

"Mana Iman?" Soal Ayden bila mana wajah dan sosok Iman tidak berada bersama mereka.

"Ada hal. Dia kena balik awal." Jelas Fathi yakin. Syaf, Alice, Ryna dan Adilia sudah memandang antara satu sama lain. Masing-masing mengukirkan senyuman penuh makna. Akhirnya terjawab persoalan mereka.

"Fit. Aku ingat kau ikut abang Nish balik." Ujar Qasha seraya tiba di situ.

"Tak adalah. Aku ada kerja dekat sini. Ini pun aku datang lewat. Mana boleh aku terlepas wedding dia ni." Mata seraya menunjuk ke arah Adilia. Semua di situ meletuskan tawa kecil.

"Bila kau balik Fit?" Setelah sekian lama, suara Dylan bak mutiara itu pun menerpa gegendang telinga semua orang.

"Tiga minggu lepas." Sempat dia mengerling tarikh di telefon bimbitnya.

"Oh, sama dengan Am la ni." Syaf hanya mengangguk dan senyum tipis.

"Aku gerak dulu Lia, Nik. Bye! Alice, Ryn jom." Ryna masih lagi terpaku di situ.

"Ryn, kita balik jom."

"H-ha, ok, ok. Jom."

"Fiy-" Bahu Amsyar ditahan Fathi. Kepala digelengkan tanda biarkan.

"Am, sini tempat orang. Jangan buat hal please." Rayu Fathi.

Badan dihempaskan ke katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Badan dihempaskan ke katil. Senyuman dari tadi tidak lekang dari bibir sejak pulang ke rumah.

Imbas Kembali...

"Kau ni! Tadi cakap nak keluar dengan aku. Tapi kau yang tinggalkan aku! Perlahankanlah sikit!" Mirae memberontak. Agak mengah mengejar langkah Iman. Iman hanya buat tidak reti dan teruskan melangkah meninggalkan Mirae di belakang.

"Kau ingat taman ni kecil ke? Dengan baju yang minta kena koyaknya ni!" Iman masih mengendahkannya. Haih!

"Iman Ashraff! Ok, aku balik-" Terus terbuntang mata Iman mendengarnya. Mirae sudah memalingkan badannya ke belakang untuk pulang. Iman berlari ke hadapan Mirae.

"Ok, ok sayang! Aku minta maaf. Aku nak keluar dengan kau tapi..." Kepala yang tidak gatal digaru.

"Kau ingat senang ke aku nak keluar? Penat la Man." Nafas yang mengah tadi cuba dibetulkan kembali.

"Ok, ok. Macam ni, lepasni kita balik, ok?" Nafas ditarik dan dihembus perlahan untuk hilangkan degupan jantung yang lebih laju daripada biasa. Persis hendak ditarik nyawa sekarang ini. Dia mahu pengsan.

"Mirae Amanda... jom kawin?" Jeda.

"HAHAHA kau ni lawak la Man. Kau main-main kan?" Perut yang senak asbab terhibur itu dipegang. Iman sudah kerutkan dahinya. Tawa Mirae terhenti pabila melihat dahi Iman yang sudah menunjukkan kerutan seribu.

"Aku... Iman Ashraff bin Faiq Irham nak jadikan kau, Mirae Amanda binti bapak kau sebagai pasangan sehidup semati aku. Aku tahu aku tak sweet macam Nik. Tapi, aku sayang kau..." Lidah jadi kelu. Apa yang dia terima sekarang ini? Satu confession?! Ya, confession!

"A-aku tak tahu. Tapi yang pasti aku tak suka macam ni. Meet my parents is the best choice for now. A-aku balik dulu." Mirae terus lari meninggalkan Iman yang masih terpinga-pinga.

"Itu satu penerimaan atau penolakan? Iman Ashraff kena tolak ke ni?" Satu senyuman nipis dicoretkan.

Imbas Kembali tamat...

Suasana di dalam kereta menjadi bisu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di dalam kereta menjadi bisu. Hanya radio sahaja menaikkan suasana. Masing-masing sudah penat dengan majlis hari ini.

"Alice. Kau dengan Fathi ada apa-apa ke?" Syaf membuka bicara. Tanpa bicara, dia mengantuk. Sudahlah dia memandu. Alang-alang itu, cungkil sedikit rahsia rakan-rakannya.

"Ish, asal kau cakap macam tu?"

"How Fathi tengok kau tadi. Nah, I don't know?" Bahu dijongketkan sekali.

"Ryn, tak perlu fikir pasal Dylan lah." Alice menepuk bahu Ryna sekali. Dengan tepukan itu membuatkan Ryna tersedar daripada lamunan.

"Eh, tak ada apalah." Kantoi menipu.

"Fit, apa jadi antara kau dengan Amsyar sebenarnya? Aku terperasan tadi sebelum kita balik dia ada panggil kau. Tapi kau buat tak dengar je. Ke memang kau tak dengar?" Bila teringatkan kejadian yang berlaku tadi di wedding Adilia, membuatkan dia pelik. Tidak pernah-pernah sebegitu rupa.

"Oh iyakah? Aku tak dengar pula yang dia panggil tadi. Tapi kitorang ok je." Syaf hanya tersenyum kelat. Tidak habis-habis masalah kembali. Orang sedang dikejar bahagia, dia dikejar masalah. Amat-amat dahsyat dunia ini.

 Amat-amat dahsyat dunia ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DylanRyna : The Definition of UsWhere stories live. Discover now