ᵇᵃᵇ 30: 𝟸 ᴡᴏʀʟᴅ

27 3 0
                                    

Our past? Just forget about it.
What important is our effort.

- CAYIEN -

Logo of EU Business School, Geneva (Switzerland)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Logo of EU Business School, Geneva (Switzerland)

Lima tahun sudah berlalu. Masing-masing sudah mula melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan mereka sendiri.

Ryna mulakan rutin hariannya dengan pergi menghabiskan masanya di perpustakaan universiti. Jika tiada kelas dan perbincangan kumpulan, dia memang akan ke situ. Jika tidak study atau membuat research, pastinya dia membaca novel dan wattpad.

Menyibukkan diri? Ya, itulah yang dia lakukan sejak peristiwa di lapangan terbang beberapa tahun lalu. Memang. Benda tu memang dah lama. Tapi kesan dia... oophh-

Ryna yang dahulunya mudah bergaul dengan orang, mula berubah menjadi seorang yang sombong dan agak pendiam. Namun, dia masih bersikap profesional pabila berada di dalam kumpulan. Takkanlah dia mahu menjadi perosak pula dalam kumpulan itu. Habis rekod dia.

Sedang ralit membelek buku yang dicapai di rak buku, seseorang datang dan dengan sengaja menyepak kakinya.

"Ish, siapa yang tak reti minta maaf ni?" Ryna memusingkan badannya ke arah manusia tersebut. Kornea matanya disajikan dengan seorang jejaka bertubuh tinggi lampai yang sedang senyum manis ke arahnya. Riak terkejut dipamerkan dan mulutnya ditekup tanda tidak percaya. Wallahi?!

"A-abang? Buat apa kat sini? Tak inform Ryn pun." Perlahan sahaja nada suaranya mengutarakan kata.

"Tak payah banyak tanya. Kita duduk dulu. Penat tau cari Ryn. Nasiblah abang tahu hobi Ryn. Tapi penat juga pusing library ni. Besar gila!" Rykarl berjalan mengikuti Ryna di belakang sambil mulut mengomel. Ryna hanya menjadi pendengar setia walaupun dia tidak faham apa yang diomelkan oleh abangnya itu. Maklumlah dah berjauhan dengan abang kesayangan sekarang.

Selesai sahaja mengambil tempat, halwa telinga Ryna disajikan dengan pelbagai jenis soalan.

"Kenapa lama tak call?"

"Ada je call mama dua hari lepas."

"Ryn tak sayang abang dah ke?"

"Amende pulak ni."

"Kenapa Ryn berbisik?"

"Astaghfirullah, abang. Kita dalam library tahu tak?"

"Kenapa kita tak keluar?"

"Eh apa tiba-tiba pelik ni. Straight to the point je la."

"Ok ok. Bila cuti sem?"

"Bulan depan."

"Bila nak balik?"

"Cuti sem depan."

"Cukup-cukuplah dengan healing kau tu. Bulan depan balik. Ada benda nak bincang."

"Mende sampai kena balik?" Mata Ryna kembali memandang laptopnya. Abangnya dengan begitu sahaja dipulaukan.

"Dah. Abang nak stay sini seminggu. Kunci ni, thanks eh." Rykarl curi-curi mengambil kunci yang berada di dalam beg tangan Ryna.

"Oi! Bagi balik la!" Suara lantang Ryna jelas kedengaran.

"SHHHHH!!" Baru teringat di mana dia berada.

'Sorry.' Tangan diangkat sebagai tandai maaf daripadanya. Rykarl sudah terkekek-kekek gelakkannya. Mukanya merah bak tomato. Membahang muka Ryna melihat abangnya sedemikian. Hampir juga empangan air matanya tumpah. Haih, dugaan, dugaan.

New Haven, Connecticut (US)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

New Haven, Connecticut (US)

"Susah la kau ni! Tak boleh ke pergi tempat lain?" Keluhan berat dilepaskan. Kaki melangkah laju dengan niat untuk lari dari seseorang.

"Fit! Tunggu jap! Kau nak pergi mana. Jom la pergi sekali." Termengah-mengah Amsyar dibuatnya. Tak boleh stop ke?!

"Haih. Betul la apa yang Lia cakap, jangan lari dari masalah nanti masalah kejar." Syaf hanya mengomel sendiri. Tidak tahu pula Amsyar mendengarnya sebab perlahan sahaja nada suaranya. Terus terhenti langkah Amsyar.

"K-kau cakap apa?" Suara Amsyar mula serak. Nak nangis ke dia ni? Widih parah la. Apa nak kena buat ni. Mama!!! Tolong Fit ma!!!

"K-kau kenapa pulak ni?" Syaf mula gelabah. Apa yang aku kena buat ni? Tu la kau, cakap main lepas je. Tak fikir perasaan orang. Ya Allah. Tangan naik menampar bibir sambil menyalahkan diri sendiri. Padan muka kau Fit.

"Fy!! Jangan panggil aku masalah. Sakit huwaaa!! ~" Adu, mana keluarnya Fy ni. Habis nama aku. Dah la pendek. Dipendekkan lagi pula tu. Nasib aku tinggi.

"H-Hakimie, aku minta maaf-" Tanpa apa-apa warning, badan Syaf dipeluk erat. Astaghfirullahalazim!

"Weyh!" Badan Amsyar ditolak lebih kuat. Tubuhnya tersentak. Pahala dia dah la tak banyak, tambah lagi dosa pula tu.

"Sedar la Kimie!" Suara dinaikkan seoktaf. Amsyar bagai tersedar dengan apa yang berlaku.

Jeda.

"Kau macam ni buatkan aku lagi tak suka, kau faham tak?! Kau sama je macam lelaki lain! Pandang perempuan macam dorang tak ada harga diri! Kau ingat aku siapa?!" Kaki perlahan melangkah kebelakang setapak demi setapak. Dia rasa dunia dia melayang sekarang ini. Dunia... makin pelik.

"K-kau... stop kejar aku. Aku minta maaf sebab buat kau terasa. Memang salah aku." Tanpa banyak bicara Syaf terus pergi meninggalkan Amsyar terkulat-kulat di situ.

'Apa kau dah buat ni Hakim!' Tangan naik meraup muka. Kepergian Syaf hanya dihantar melalui ekor mata. Umi, Hakim minta maaf.

 Tambah nilai trauma ✅

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

 Tambah nilai trauma ✅

DylanRyna : The Definition of UsWhere stories live. Discover now