ᵇᵃᵇ 36: ᴛᴇʀʟᴇᴘᴀs

23 2 1
                                    

Lari dari kenyataan tidak akan selesaikan masalah.

- CAYIEN -

Setahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setahun kemudian...

"Ryn!!"

"Ye mama?" Dengan cepat Ryna berlari ke arah Puan Rissa.

"Kenapa?"

"Siap cepat. Damien nak ajak keluar."

"Ha?!" Terlopong mulut Ryna tika itu.

"Berdua?" Anggukan sebagai jawapan.

"Mana boleh, ma! Kalau jadi apa-apa dekat Ryn nanti macam-" Puan Rissa berdecit.

"Kalau pasal Damien, ada saja alasan kau. Dah, baik naik atas, pergi siap!" Muka Ryna sebal. Puan Rissa lebih percayakan orang luar daripada dia. Boleh pula berdua. Dengan lelaki bukan mahram pula tu.

"Memang! Orang luar lagi penting daripada anak sendiri." Baju di almari diselongkar. Kalau boleh dia mahu pilih pakaian yang paling buruk!

 Kalau boleh dia mahu pilih pakaian yang paling buruk!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ryn, nak makan apa?"

"Tadi ajak orang keluar lepastu tanya orang nak makan apa." Nada suaranya bagai berbisik dengan diri sendiri. Damien di jeling.

'Sabar Rith... Sekarang dia dah jadi milik kau.'

"Saya tanya elok-elok ni, Ryn. Awak nak makan apa?" Damien masih meneruskan pemanduannya. Agak terasa dengan kata-kata Ryna sebentar tadi. Sabar dia masih berlimit saat ini.

"Kita pergi D' Cayien Café boleh? Dah lama tak makan situ."

"Baik sayang." Senyuman yang cukup manis diukir.

'Oophh... heart attack.' Monolog Ryna. Tidak boleh dinafikan bahawa Damien mempunyai wajah yang dapat mencairkan hati mana-mana gadis mahupun wanita-wanita di luar sana. Amat bahaya.

Sepanjang perjalanan, Damien sahaja yang bercerita bagai nak rak. Segala kisah tentang dirinya diceritakan kepada Ryna dengan penuh perasaan. Ryna hanya memasang telinga tanpa bicara. Sejujurnya, tiada satu hal pun yang menarik perhatian dia. Sudah Damien bercerita, dia dengar sahaja. Tidak berniat untuk mencelah.

DylanRyna : The Definition of UsWhere stories live. Discover now