ᵇᵃᵇ 18 : ʜᴀᴛᴄʜᴜᴍ!!

44 4 0
                                    

Ur body said stop, rest a bit. take a sip of coffee ;).

-CAYIEN-

"Ryn jalan dengan dorang eh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ryn jalan dengan dorang eh. Abang nak naik roller coaster tu dengan Danish." Rykarl memaklumkan kepada Ryna terlebih dahulu.

"Rykarl! Kitorang ikut kau. Jom Mirae, Fathi." Iman menarik baju dibahagian pergelangan tangan Mirae dan mengajak Fathi.

"Hmm matilah aku nak naik 'natang' tu." Fathi sudah mula mencipta adegan dramanya sendiri.

"Ha okeh. Weh Fit. Aku pergi toilet jap eh."

Syaf hanya mengangguk.

Lepas 5 minit, Syaf baru perasan bahawa tangannya tidak dibaluti oleh apa-apa. Glove yang sepatutnya dia pakai, diberikan kepada abangnya semasa ke tandas tadi. Takkan la nak pergi ambil pula kan? Entah mana la abangnya tu hilang.

"Lia, kau nak ikut aku tak?"

"Gi mane?" Adilia menutup skrin telefonnya dan memandang ke arah Syaf.

"Aku nak pergi beli glove jap. Nak ikut ke nak stay? Aku okyh je pergi sorang."

"Ikut ah. Mana glove kau? Tadi bukan ade ke?" tangannya bertindak untuk menyeluk ke dalam sweater akibat terlalu sejuk.

"Ade dekat abang aku." Adilia hanya mengangguk sebagai balasan.

"Korang tunggu Ryn jap eh. Nanti kitorang datang balik."

"Kau tunggu la 'crush' kau jap. Aku beli a few snacks untuk kita tiga jap." Qasha mengambil langkah ke kedai makanan berdekatan.

Sejurus itu, Ryna keluar dari tandas dan terus dijerkah oleh Dylan.

"Lambat! Tinggal aku sorang je. Yang lain semua tinggal kau, kesiannya. Semua lupa kau."

Belum sempat Ryna bertanya apa-apa, Dylan sudah beritahu malah sempat mengusik.

"Ouh, okyh. aku tunggu sini je la kalau macam tu. Tunggu dorang sampai." Badan Ryna mula menggigil perlahan.

"Uish sejuknye..." Keluhan daripada Ryna menarik perhatian Dylan. Apa yang dia perasan, tangan Ryna mula membiru akibat daripada air basuhan tangan tadi. Tak lap betul-betul mungkin.

"Mana glove kau? Jangan kata kau tinggal."

"Macam tu la, aku ingatkan tak de la sejuk cenni." Ryna mencangkung sambil bergilir-gilir memegang tangannya sendiri untuk mengurangkan rasa sejuk.

---

Author 2: wahai ryna kesayangan author 1, ini Jepun tau. Bukan rumah kau.

Author 1: ala, dia tak tahu tu. *perli

Author 2: FAHAM.... SANGAT!!!

Author 1: HAHAHAHHAHA member kena troll ni ges-

---

'Aduh, ape aku nak buat ni?! Takkan nak pegang tangan dia pulak. Haram kan. Beban gile. Memang tak ah aku nak kasi glove aku, sejuk weyh.'

Syaf dan Lia baru tiba, cuak dengan keadaan Ryna dan terus berlari ke arah mereka.

"Ian, kenapa?"

"Kau beli glove kan? Ada beli lebih? Member kau tu tangan macam mayat dah aku tengok."

"T-tak b-baik g-gile." Gigih Ryna membalas. Dylan hanya mendecit malas nak panjangkan cerita.

"Nasib kitorang beli lebih. Tapi hot pad tak ada la." Lia luahkan rasa lega, bergaduh juga dia dan Syaf masa nak pilih tadi.

Imbas kembali...

"Eh asal kau amek dua?"

"Aku nak beli spare takut Ryn tak tahan nanti kang kejung member."

"Kot ye pun amek la yang elok sikit. Ni tak."

"Eh, kau tengok cantik ape Minnie Mouse ni dengan Ryn. Kau ape tahu."

"Ish tak. Beli yang plain macam kau sudah la!"

"Tak-"

"Kau dengar ak-"

"Tak, kau dengar aku-"

"Kita beli dua-dua." Serentak mereka beri kata putus.

"Yup, dah jom..." Lia menarik Syaf ke kaunter pembayaran.

Imbas kembali tamat...

"Nah Ryn, kau pilih nak mana." Lia menundukkan badannya separas dengan Ryna. Ryna hanya mendongak memandang ke arah Lia.

"Nak ni!" Ryna memilih glove Minnie Mouse.

"See?! Ko tengok, ko tengok, ko tengok." Flex siket. Bukan senang nak menang dengan Lia ni. Haih.

"Aku suggest je. Kot la dia ni nak lagi satu. Kita prepare." Lia cuba untuk berdalih dan teruskan dengan alasan.

"Dah-dah sekarang ni Amsyar mana? Bukan tadi dia ikut korang?" Dylan menghentikan perbalahan yang terjadi.

"Eh a'ah la. Tadi dengan kitorang pastu ghaib. Hilang, kena colek kot. Tah-tah bunian. Biarlah dia." Bebelan Syaf didengari oleh Amsyar.

"Sampai hati awak. Penat saya beratur beli teddy bear ni tau. Ambik ah, huh." Amsyar mengambil tempat duduk di bangku sebelah Ryna. Pandangan daripada kawan-kawannya tidak dihiraukan sama sekali.

"J-jauh la sikit kau ni pun." Ryna menolak Amsyar ke tepi apabila jarak mereka hanya 10 cm. Takkan la Ryna nak bangun, memandangkan dia sudah berada di hujung bangku. Apa lagi yang boleh dia buat selain tolak Amsyar ke tepi, kan? Lagipun kondisi badan tidak megizinkannya untuk bangun.

"Argh mayat hidup! Sapa kutip ni?!" Amsyar telah menarik perhatian pelancong lain kerana suaranya yang terlalu kuat.

"Kau ni Ryn, dah macam mayat hidup pun nak bercakap lagi. Kau Am, diam la sikit. 'Budak' ni mati terkejut karang sape susah?!" Dylan membebel berbaur gurauan.

"Entah dia ni. Tengok semua dah pandang kita skang." Syaf membenarkan apa yang Dylan cakap tentang Amsyar.

Ryna dan Amsyar masing-masing tidak mengendahkan mereka berdua. Sebaliknya, Ryna menarik Adilia untuk mencari sesuatu yang boleh menceriakan dirinya dan diikuti dengan Amsyar.

Tercengang Syaf dan Dylan dibuatnya.

'Lah. Majok?' getus hati mereka.

 Majok?' getus hati mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DylanRyna : The Definition of UsWhere stories live. Discover now