ᵇᵃᵇ 33: sᴘᴇᴄɪᴀʟ ᴅᴀʏ (ɪ)

25 2 4
                                    

Untuk dia yang menghuni hati;
jangan pamit untuk seketika.

- CAYIEN -

Kereta diparkir di car porch rumah Ryna seraya mematikan enjin kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta diparkir di car porch rumah Ryna seraya mematikan enjin kereta. Lengang sahaja rumah Ryna tika ini. Kereta Encik Qayyed dan motorsikal Rykarl juga tiada di situ. Itu yang sampai ke dalam dia masuk.

"Dah, jom." Syaf membuka tali pinggang keledarnya dan terus keluar dari kereta. Ryna menyusul tingkah. Memang jelas matanya merah dan mukanya sembap. Walakin itu, bibir masih mengukirkan senyuman manis buat Puan Rissa yang sudah berdiri tegak bagai patung cendana yang cantik di hadapan pintu rumah. Tidak tahu pula Syaf hendak kemari.

"Assalamualaikum, auntie!" Tangan wanita berusia itu disambut dan dikucup lembut.

"Waalaikumussalam, Syaf. Sorang saja? Mana yang lain? Tak tahu pula nak kemari. Kalau tahu tadi, auntie dah sediakan apa yang patut."

"Ala auntie ni. Syaf sorang je datang. Bukan ramai pun. Lagipun, Syaf baru turun airport. Alang-alang Ryn ada dekat luar, Syaf ajak dia breakfast sekali tadi." Jelas Syaf. Puan Rissa hanya mengangguk faham dengan apa yang dibicarakan.

"Lah, iyakah? Ha, mari la masuk. Apa berbual dekat luar ni." Pelawa Puan Rissa.

"Eh, tak apalah auntie. Syaf drop Ryn je. Syaf ingat tak ada orang dekat rumah. Alang-alang auntie ada dekat sini, jumpa saja la." Hanya gelakan halus mengiringi bicara mereka.

"Ha itulah tu, yang lelaki semua keluar. Entahlah ke mana. Hari cuti pun keluar. Ha, Ryn. Kenapa muka merah tu? Nangis? Rindu Syaf ke tu?" Puan Rissa sengaja mengusik Ryna. Memang jelas sangatlah wajahnya tika itu. Hendak mengelat pun tiada gunanya. Senyuman kelat dibentangkan. Syaf hanya tergelak kecil melihat dua beranak itu.

"Ok lah auntie. Syaf balik dulu. Ada rezeki, kita bual lagi ya."

"Ha iyalah. Hati-hati memandu tu." Tangan itu sekali lagi dikucup sebelum Syaf meloloskan diri ke keretanya.

"Hiks... Fit!" Ryna memeluk Syaf erat bagai tidak mahu lepas. Syaf suka lari. Nanti dia kena tinggal macam mana?

---

Author 2: Call je lah dia. Apa susah.

Author 1: Ok author 2. Ok.

---

Syaf membalas pelukan itu seraya berkata...

"Buruk gila kau menangis." Sempat lagi bibir melepaskan kata-kata itu. Ryna meleraikan pelukan lalu memukul belakang Syaf yang nyaman sedang gelakkan dia.

"Tak guna kau Fit!" Puan Rissa hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala melihat tingkah budak-budak itu.

"Assalamualaikum!!" Satu suara menerjah dari belakang mereka.

DylanRyna : The Definition of UsWhere stories live. Discover now